CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Difitnah Terima Duit RM76,000 Sebulan, Mila Jirin Nak Saman!

19-8-2021 11:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4865| Komen: 23

Description: Penyanyi dan usahawan Mila Jirin bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang lelaki susulan hantaran berunsur fitnah yang dimuat naik di Facebook, baru-baru ini.
Penyanyi dan usahawan Mila Jirin bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang lelaki susulan hantaran berunsur fitnah yang dimuat naik di Facebook, baru-baru ini.

Dalam satu hantaran di Facebook, lelaki terbabit mendakwa Mila menerima RM76,000 sebulan daripada kerajaan pada fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan RM38,000 pada fasa seterusnya.

Kredit foto: IG

Dia turut mendakwa syarikat yang diusahakan Mila beruntung kerana menerima bantuan terbabit sedangkan orang lain terpaksa menggunakan wang simpanan sehingga habis untuk meneruskan perniagaan serta kelangsungan hidup.

Lelaki itu turut menasihatkan Mila supaya berdiam diri dan menganggap penyanyi itu sudah pecahkan tembelangnya sendiri.


Mila berkata, bantuan subsidi upah yang diterima daripada kerajaan itu bukan untuk dirinya semata-mata, tetapi ratusan ribu majikan turut menerima manfaat sama.


"Peguam saya sudah mengambil kes ini untuk ambil tindakan kepada lelaki itu di atas fitnah yang dibuat. Semua komen di ruangan Facebook lelaki itu juga sudah diteliti dan diambil 'screenshot' (tangkap layar).

"Untuk kefahaman anda, saya hanya mensyukuri bantuan yang diterima. Bantuan subsidi upah bukan diterima oleh saya saja, tetapi ratusan ribu majikan lain juga menerima manfaat yang sama untuk menampung pekerja.

"Hasil bacaan saya ia sudah memanfaatkan kepada jutaan pekerja termasuklah pekerja di Bizmilla," katanya dalam satu hantaran terbaharu di Instagram.



Menurut Mila, fitnah yang dilemparkan lelaki terbabit menjejaskan nama baik dan reputasinya yang dibina selama ini.

"Untuk pengetahuan subsidi upah dibayar mengikut jumlah pekerja yang layak. Disebabkan fitnah yang dilemparkan ini, ia menjejaskan reputasi saya. Pihak guaman menasihati saya dan juga tindakan lanjut akan diambil kepadanya," katanya.

Sebelum ini, Mila meluahkan kesedihannya dan memuat nak video dia menangis apabila diberitakan mengenai desas-desus sebelum peletakan jawatan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, baru-baru ini.

Dalam hantarannya di Instagram, Mila menegaskan bahawa kesedihannya itu adalah kerana mengenangkan jasa dan bantuan Perdana Menteri kepadanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bedahmenjuyah 19-8-2021 11:51 AM
Time loyer kira duit upah plak
Quote aotearoa 19-8-2021 11:53 AM
Laku keras loyar sekarang. Musim retis saman menyaman
Quote cm_vungtau 19-8-2021 12:00 PM
Ramainya pekerja dia sampai 70k dapat bantuan
Quote kotakominami 19-8-2021 12:00 PM
Ok lah tu dpt subsidi upah.....lepas ni majikan yg dpt tu jgn mengeluh lg susah nk bayar gaji pekerja....takmo cite sedih lagi hokey.....peace
Quote airmineral 19-8-2021 12:04 PM
iols rasa dia boleh kuar statement je pasal tu
gigih nak bayar loyer utk benda2 cmni
better reserve duit tu utk kesinambungan hidup dan bisnes dia
Quote _blackbird 19-8-2021 12:13 PM
haha.. aku rasa ni status fb kawan aku.
Quote Jolabu 19-8-2021 12:13 PM
Benda fitnah kalau dibiarkan orang anggap betul, memang patut saman
Quote gorjeous 19-8-2021 12:15 PM
sikit-sikit saman... Yg untung loyer...
Quote opie5662 19-8-2021 12:22 PM
kotakominami: Ok lah tu dpt subsidi upah.....lepas ni majikan yg dpt tu jgn mengeluh lg susah nk bayar gaji pekerja....takmo cite sedih lagi hokey.....peace


Bkn dpt berterusan dik... Berapa bulan je tu... Sedangkan bisnes mcm die plg terjejas teruk. Mujur la ade yg pandai tukar strategy bisnes.. Kalau yg tak tau tu.. Mmg menangis la...
Quote opie5662 19-8-2021 12:25 PM
Edited by opie5662 at 19-8-2021 12:26 PM
cm_vungtau: Ramainya pekerja dia sampai 70k dapat bantuan


72k tu lebih kurang utk 100 org pekerja... Takde la ramai sgt klu tgk bisnes die yg merata2 tu... Silap2 lebih dr tu cume tak mencarum perkeso.. Dan total tu bkn utk sebulan... Utk 6 bulan..
Quote bayieng 19-8-2021 12:32 PM
cm_vungtau replied at 19-8-2021 12:00 PM
Ramainya pekerja dia sampai 70k dapat bantuan

ada 62 orang pekerja tak silap aku baca IG dia smlm.

Bg aku bagus mila ni amik PSU dan mmg kekalkan pekerja. Kalo takde PSU mmg semput nk bayar gaji penuh 62 org tu.
PSU tu bukan dpt banyak pun..dia still kena top up utk bg gaji penuh + caruman statutori KWSP, Perkeso etc.
tp banyak la membantu..sapa nk bg ko RM76k sebulan utk PSU 1.0 & RM38k sebulan utk PSU 2.0 & 3.0.
Quote tipahketipung 19-8-2021 12:35 PM
Deeba AA- Che Ta
CT Nordiana - frens
Lana- Mike Ang
Pok Jibby-Mahiadin
Mila- marhaen
Quote depresio 19-8-2021 12:55 PM
Lagi sekali aku komen
Kerajaan bagi bantuan sbb ko terkesan

Ni boleh plak nak spent bayar lawyer bagai?
Bayk duit ko?
Melainkan lawyer tu nak bg khidmat free
Bongok
Quote Meiizu 19-8-2021 12:58 PM
Wani budder ada my staff my staff..dpt berapatiberr
Quote slyfynx 19-8-2021 01:18 PM
thread Lilrose

Korang sesama wartawan xde group wassap ke?
Thread dah ade semalam
Quote opie5662 19-8-2021 01:19 PM
bayieng replied at 19-8-2021 12:32 PM
ada 62 orang pekerja tak silap aku baca IG dia smlm.

Bg aku bagus mila ni amik PSU dan mmg keka ...

Org yg x kene pikir bende ni mmh nampak mcm lebih2... Tp kalau org ade comp, mmg rasa bersyukur dpt bantuan ni. Aku pon bersyukur jgk... Bayangkan tak boleh kerja, tp ade staff nk jaga.. Kalau boleh xnak hilang staff... At least dpt bantuan 1200...kate la gaji admin 1600... So comp cume tambah 400 je... Utk selamatkan comp n staff stilk bergaji. At least kurang la beban comp yg takde income masa tu...
Quote imanjannah 19-8-2021 01:39 PM
saman lagiii.. kata dian bara.. saman online lagi
Quote jalfa 19-8-2021 02:15 PM
Elok buat mahkamah khas utk retis saman menyaman....
Quote mendeluk 19-8-2021 02:46 PM
Kadang pelik kalau kata benda itu salah buat apa nak saman and meronta- ronta

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.279923 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top