CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Tak Mungkin Saya Biar Orang Lain Terus Bermain-main Dengan Nama Saya' - Ronaldo

19-8-2021 01:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1901| Komen: 8

Description: Setelah sekian lama mendiamkan diri berhubung masa depannya bersama Juventus, penyerang prolifik, Cristiano Ronaldo akhirnya membuka mulut semalam.
Setelah sekian lama mendiamkan diri berhubung masa depannya bersama Juventus, penyerang prolifik, Cristiano Ronaldo akhirnya membuka mulut semalam.

Menurut Ronaldo, spekulasi dan khabar angin seperti itu jelas tidak mengormati mana-mana kelab yang dikaitkan dengannya termasuk majikannya iaitu Juventus.



Kredit foto: IG Ronaldo

Sejak beberapa hari ini, nama Ronaldo hangat diperkatakan apabila dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester City, PSG serta dua bekas kelabnya, Manchester United dan Real Madrid.

Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti sebelum ini secara terbuka menafikan bahawa pihaknya berminat untuk membawa semula Ronaldo ke Santiago Bernabeu.

Justeru, kapten Portugal itu telah memuat naik satu hantaran di Instagramnya bagi menjawab segala khabar angin tersebut sekali gus membersihkan namanya daripada segala spekulasi yang disifatkannya sebagai biadab itu.


"Sesiapa yang mengenali saya sedar betapa fokusnya saya terhadap pekerjaan saya sebagai pemain bola sepak. Saya memang kurangkan percakapan dan lebih banyak tindakan kerana ia telah menjadi moto saya sejak awal karier.



"Namun, disebabkan semua perkara yang diperkatakan dan ditulis baru-baru ini, saya harus menyatakan kedudukan saya.

“Bukan saja ia tidak menghormati saya sebagai seorang manusia dan seorang pemain, masa depan saya juga dilaporkan secara semberono dan amat tidak menghormati semua kelab yang terlibat dalam khabar angin ini, termasuk pemain dan kakitangan mereka.

“Kisah saya di Real Madrid telah ditulis dan ia telah dirakam. Dengan kata-kata dan angka, trofi dan gelaran, dalam rekod dan tajuk-tajuk utama. Ini semua ada di muzium di Stadium Santiago Bernabeu dan juga di fikiran setiap peminat kelab.

“Saya tahu peminat Real Madrid akan terus meletakkan saya di hati mereka, dan saya juga pastinya akan meletakkan mereka di hati saya,” tulis Ronaldo.

Tambahnya, beliau mengambil keputusan untuk bersuara memandangkan terdapat banyak khabar angin dan spekulasi tentang masa depannya bersama beberapa pasukan.



"Saya tidak akan berdiam diri, mana mungkin saya membiarkan orang lain terus bermain-main dengan nama saya.

"Saya tetap fokus pada karier dan pekerjaan, selain kekal komited dan bersedia untuk menghadapi semua cabaran yang harus saya hadapi. Yang lain? Semuanya hanya pandai berkata-kata,” jelas Ronaldo.


Sumber: mStar
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xpdckelate 18-8-2021 08:09 AM

Bintang Juventus, Cristiano Ronaldo. FOTO Agensi
Quote auntyonion 19-8-2021 02:34 PM
Woahhhh {:shy {:love {:love {:love
Quote Olumis 19-8-2021 04:05 PM
I love u Ronaldo
Quote Kurex 19-8-2021 04:37 PM
Semoga dapat bermain bola dgn abg ronaldo
Quote Kurex 19-8-2021 04:37 PM
Semoga dapat bermain bola dgn abg ronaldo
Quote HappyClown 19-8-2021 04:39 PM
c罗去哪个队 我就支持哪个队 c罗 加油!
Quote Jemahjemah1988 19-8-2021 08:49 PM
Ingat pesanan ronaldo tu
Quote Itzy 19-8-2021 09:22 PM
Kurex: Semoga dapat bermain bola dgn abg ronaldo

insaf la kamu wahai manusia. jgn jd kaum dilaknat Allah dan RasulNya.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.138706 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top