CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mana Peguam 5 Sekawan?

11-8-2021 02:54 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 52255| Komen: 358|Original author: Oleh: LilRose

Description: Lima sekawan yang disaman RM2.5 juta oleh penyanyi Siti Nordiana dilaporkan masih tidak diwakili peguam.
Lima sekawan yang disaman RM2.5 juta oleh penyanyi Siti Nordiana dilaporkan masih tidak diwakili peguam.


Kredit foto: IG


Peguam dilantik Siti Nordiana atau Nana, Abang Azlan Abang Ariffin memaklumkan, ketika pengurusan kes secara dalam talian di hadapan hakim Zulqarnain Hassan kelmarin, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengarahkan pihaknya memfailkan afidavit penyampaian.

Ia perlu difailkan sebagai bukti serahan writ saman dan pernyataan tuntutan terhadap Lan Solo, atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 36, isterinya, Nur Sheila Hassim, 36, Zuraidah Badron, 35, atau lebih dikenali sebagai Syura, Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar Samin, 43, serta jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad Senusi, 42, yang dinamakan sebagai defendan dalam kes saman itu.


Kredit foto: IG


"Bagaimanapun, kelima-lima defendan terbabit masih tidak diwakili oleh peguam serta tiada kehadiran dan pernyataan pembelaan yang difailkan oleh defendan-defendan setelah writ saman dan pernyataan tuntutan diserahkan kepada kesemua defendan. 



"Sehubungan itu, tarikh akhir untuk kelima-lima defendan memfailkan kehadiran dan pernyataan pembelaan adalah pada 17 Ogos ini.

"Mahkamah menetapkan jam 9 pagi pada 23 Ogos ini sebagai tarikh pengurusan kes (eReview) baru dan untuk memaklumkan defendan-defendan mengenai tarikh baru pengurusan kes tersebut," katanya dipetik dari laporan Harian Metro.

Sementara itu, mStar melaporkan kesemua defendan berkemungkinan besar boleh diisytiharkan muflis jika gagal menjawab tuntutan.

"Seperti yang kita tahu, untuk diisytihar muflis tuntutan itu mesti melebihi RM100,000 dan dalam tuntutan saman ini, anak guam saya menuntut RM500,000 daripada setiap seorang.

"Perkara ini (muflis) berkemungkinan berlaku sekiranya defendan-defendan gagal untuk beri pengesahan kehadiran beserta kenyataan pembelaan selewat-lewatnya 17 Ogos ini," katanya kepada mStar.

Mungkinkah ada di antara mereka akan diisytiharkan muflis? - CARI
2

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mawar91 11-8-2021 02:56 PM
So katenye yg Alan Razak jadi peguam tu propa ke cmne?
Quote MissYouSayang 11-8-2021 02:58 PM
Alan x berani nak ambil kes derang ke?
Quote akuchenta 11-8-2021 03:01 PM
Bukan alan ke lawyer dorg
Quote Bumbu 11-8-2021 03:01 PM
Alan taknak rosakkan reputasi kot. Agaknya sah2 5sekawan ni salah nak tegakkan apa lg
Quote alexandria_iz 11-8-2021 03:02 PM
Aik? Kata si Alan Razak penguam?

Ke.... mmg memula si Alan setuju nk wakil diorang. Tapi lepas teliti kes ~ dia pun tarik diri? Atau dia dah nasihat kan 5 sekawan jgn bukak mulut , or mintak maaf je. Tapi 5 sekawan degil.  So dia as peguam pun malas membodohkan diri utk mewakili org2 kurang credit, dia pun tarik diri.

Sekian aku buat andaian sendiri. Hahhaha
Quote kikyou 11-8-2021 03:03 PM
Propa jelah agaknya sebelum2 ni, konon nak ambil Alan tu. Ataupun, memasing taknak bayar upah peguam. (Kot jelaaahhhhhh).sedangkan makan pon mengharap org belanja. Gitcheww.
Quote Jiddin 11-8-2021 03:04 PM
Yg MUA tu kesian pulak. Sheols byk diam je dlm tu. Ckp pun 5,6 ayat bila ditanya pengalaman tak manis.  She was at the wrong place at the wrong time with the wrong people. Kesian....I rasa sheols ok2 ja
Quote nakkomenjugak 11-8-2021 03:31 PM
pulakkkkkk ..
hmmm pandai2 laaa hidup yach
Quote edayildiz 11-8-2021 03:37 PM
kalau slh sorg mitk maaf jer ngn nana...terlepas tak sheols..(org yg mohon maaf)
tu la padah..bodoh tu simpan sikit..
Quote Fortiori02 11-8-2021 03:42 PM
Mungkin masih usaha korek duit tabung tok cover upfront tok loyer {:smile
Quote Fortiori02 11-8-2021 03:48 PM
Jiddin: Yg MUA tu kesian pulak. Sheols byk diam je dlm tu. Ckp pun 5,6 ayat bila ditanya pengalaman tak manis.  She was at the wrong place at the wrong time w ...


Oyeke. Kdg2 ada dgr org bercerita, kalo kes2 saman fitnah / malu gini, mana yg peranan sgt minimum, dorang nasihat cari loyer asing tok diri sendiri spy boleh defend diri kat mahkamah cakap dia x tuturkan apa2 kata fitnah masa kejadian tu atau apa2 pembelaan lain yg bersesuaian. X sure la betul ke tak.
Quote Parit.Hilton 11-8-2021 03:54 PM
ayoyoooo hari tu kata pasang lawyer power si alan rambut blonde?
apa sudah jadi?
Quote Fortiori02 11-8-2021 03:55 PM
edayildiz replied at 11-8-2021 03:37 PM
kalau slh sorg mitk maaf jer ngn nana...terlepas tak sheols..(org yg mohon maaf)
tu la padah..bodoh ...

Kan sis. Patut kalo nak bergosip, gosip antara ko ngn yg rapat2 sudahla. Ni siap gi wat live bagai, kan dah mendapat. Retis ni mmg otak x pikir panjang ek?
Quote 266799eMkaY 11-8-2021 03:58 PM
Ntah2 kot propa je lebih kata rambut blonde tu lawyer diorang. Padahalll
Quote makadek 11-8-2021 03:58 PM
Bole tnya asiah kot dia nk amik kes ni
Quote GegarVaganja 11-8-2021 03:59 PM
Harap kalau Alan xambek kes diorang, Siti Kassim ambek. Ada jugak modal nak carutkan diorang sesambil carut Siti Kassim.

Quote opie5662 11-8-2021 04:00 PM
Takde duit kot nk bayar alan tu.. Hahahahah
Quote jemahjacjon 11-8-2021 04:03 PM
Knp bila tgok 5 sekawan tu rasa mcm bini lan tu punca. Dah la setakat pgg status bini retis. Tp sbok nk mencapub jugak haaa. Plg2 syurah tu ada la jugak jd penyanyi wpun sendu
Quote edayildiz 11-8-2021 04:04 PM
Fortiori02 replied at 11-8-2021 03:55 PM
Kan sis. Patut kalo nak bergosip, gosip antara ko ngn yg rapat2 sudahla. Ni siap gi wat live bagai ...

berfungsi ke idok otak dorg tu agaknya
sbb tu jd artis jer.

Lihat semua komen(358)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.062717 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top