CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bas Bomba Jadi PPV

11-8-2021 02:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1505| Komen: 2

Description: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan menyediakan inisiatif bas bagi membantu melancarkan lagi proses pemberian vaksin di kawasan pedalaman melalui platform Pusat Pemberian Vaks ...
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan menyediakan inisiatif bas bagi membantu melancarkan lagi proses pemberian vaksin di kawasan pedalaman melalui platform Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bergerak.


Pemangku Ketua Zon 3 Jempol JBPM Negeri Sembilan, Timbalan Penguasa Bomba, Ahmad Nazmi Halil berkata, ia adalah julung-julung kalinya bas yang digunakan untuk pameran bomba akan dijadikan tempat pemberian vaksin di negeri ini.



“Kemudahan itu juga akan diteruskan di lokasi lain di negeri ini bergantung kepada permintaan dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau permintaan pihak berkaitan,” katanya sempena Majlis Simbolik Penyerahan Bas Pameran Bergerak (Bomba) di PVV Bergerak Peringkat Daerah Jempol di Sekolah Kebangsaan (SK) (Felda) Lui Selatan, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Jempol merangkap Pegawai Daerah, Nawal Mohamed Amin berkata, kemudahan bas berkenaan akan dimanfaatkan oleh kira-kira 600 penduduk di penempatan felda tersebut dan kawasan berhampiran selama dua hari. 



Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ayda89 11-8-2021 08:05 PM
Tahniah. Ke arah herd immunity la kita
Quote I.K.A888990 12-8-2021 01:29 AM
good job
mmg patut dr dulu kwsn pedalaman ni diutamakan
msh tak terlambat.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.050161 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top