CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bakal Kahwin Dalam Masa Terdekat? Syafiq Kyle Minta Doa Peminat

23-7-2021 11:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5694| Komen: 20

Description: Melalui fasa 'turun naik' dalam percintaan sejak enam tahun lalu, pelakon Syafiq Kyle mengakui dia dan aktres Mimi Lana kini dalam proses membawa hubungan cinta mereka ke peringkat yang lebih baik.Bia ...
Melalui fasa 'turun naik' dalam percintaan sejak enam tahun lalu, pelakon Syafiq Kyle mengakui dia dan aktres Mimi Lana kini dalam proses membawa hubungan cinta mereka ke peringkat yang lebih baik.


Biarpun tidak menyatakan hasrat untuk berkahwin dalam masa terdekat, namun Syafiq atau Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak mengharapkan peminat mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.

Menurut pelakon berusia 29 tahun ini, dia enggan berkongsi lebih lanjut mengenai perkara itu kerana bimbang tersalah cakap atau termakan kata-katanya sendiri.

Foto: IG


"Sebenarnya semua orang dah tahu (hubungan dengan Mimi). Saya dengan Mimi baik-baik sahaja... Insya-Allah kami menuju ke perkara yang baik dan positif juga.


"Apa yang saya harapkan doa daripada semua orang selain saya juga sentiasa berdoa. Saya nak cakap lebih-lebih pun tak berani, sebab takut tersalah cakap atau termakan apa yang saya cakap.

"Benda ini pun melibatkan soal jodoh... tapi saya menghargai apa yang ada dan yang lain, saya serahkan kepada Allah serta semua orang agar doa yang baik-baik untuk kami," katanya kepada mStar.



Sebelum ini, hubungan cinta pasangan itu pernah dikatakan putus pada Mei tahun lalu selepas lima tahun melayari bahtera cinta.

Biarpun tidak menyatakan secara rasmi kembali berpacaran, namun menerusi beberapa perkongsian Mimi di laman Instagram beberapa bulan lalu bagaikan mengesahkan cinta bertaut semula.

Dalam pada itu, pelakon drama Nur ini memberitahu dia hanya akan berbicara mengenai kisah peribadi sekiranya berasa selesa untuk berkongsikan perkara itu.



"Saya akan kongsi tapi tidak la sepenuhnya... mungkin ada orang suka kongsikan semuanya dan ada orang lebih selesa hanya kongsi 10 peratus sahaja kepada umum.

"Tapi saya fikirkan keselesaan saya sendiri... kalau saya selesa untuk kongsi tentang peribadi, saya akan kongsi. Tapi kalau saya tak selesa, paksa macam mana pun... saya tak akan share," ujarnya.




Untuk perkembangan terbaharu, Syafiq kini tampil dengan drama berjudul Suara Hati yang ditayangkan di Astro Prima pada pukul 6 petang, setiap Isnin hingga Jumaat.

Selain Syafiq, drama yang mempunyai 13 episod sahaja itu turut dibintangi oleh Hanna Aqeela dan Aidil Aziz. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MoonRise 23-7-2021 11:22 AM
Aku baca "batal" kawin.

Laju2 buka, dah asal baru get back nak batal plak.
Quote beta_carotene 23-7-2021 11:49 AM
untunglah mimi lana dh dpt preview
Quote helicornia 23-7-2021 12:28 PM
baru 29 ke syafiq ni.aku rasa mcm dh lama dia berlakon
Quote kakigojes 23-7-2021 02:34 PM
Agak2 time ambik gamba masa kenduri, bila cameraman kata, “fiq, belakang sikit..” trigger tak apa2
Quote bottombikini 23-7-2021 02:48 PM
awww..

lawa mimi ni
Quote hasniey 23-7-2021 03:49 PM
Alaaa jd jgk ke dgn mimi lana?ai suspicious la sejak2 ada "fiq belakang sikit" ni
Dah la minah tu prmpuan jadian.capik boleh bg video
Quote nakkomenjugak 23-7-2021 04:07 PM
hehehe teringat blog zaman bbnu mimilan ni
Quote Lelli 23-7-2021 04:23 PM
Semoga semuanya dipermudahkan..tahniah utk Syafiq Kyle n Mimi Lana.
Quote nanasno 23-7-2021 04:27 PM
ala capik nak kawen dah ye. ok la semoga berbahgia capik.
Quote bedahmenjuyah 23-7-2021 06:31 PM
Tahniah la.. Sedar2 je sah! Uqamal je degar2 tp belum jadi lagi. Sowie peminat couple ni.
Quote dudaberhias 23-7-2021 08:25 PM
fikir masak2 lah yer sebelum nak berkahwin tu... dah la mimi tu tinggi...

dah bersedia ke nak merasa putik jagung yang satu tangga atas pada aliff aziz dan budak tadika?

takpe lepas pkp ni boleh slow2 pergi mengurut dengan sohai dekat bumi kelantan yang mendatar as preparation nak kahwin nanti...

moga berbahagia gittew aminnn...
Quote slyfynx 23-7-2021 09:09 PM
Xpe. Pasni xyah blkg sikit dah.
Boleh kedepan sikit pulak
Quote I.K.A888990 25-7-2021 02:12 PM
syafiq ni dah xnmpak sgt berlakonnya
tertgk citer baru suara hati tu baru nmpak.dia
Quote Indahnya 23-6-2022 06:34 AM
Dia ni hensem kalau ada misai n rambut okay
Quote belilies 23-6-2022 06:37 AM
Hodoh betul syafiqkyle ni, xpadan dgn mimilana.
Quote makadek 23-6-2022 07:06 AM
hasniey replied at 23-7-2021 03:49 PM
Alaaa jd jgk ke dgn mimi lana?ai suspicious la sejak2 ada "fiq belakang sikit" ni
Dah la minah tu pr ...

Hah minah ni pondan ke
Quote phalanx 23-6-2022 07:32 AM
makadek replied at 23-6-2022 07:06 AM
Hah minah ni pondan ke

Yg catfish tu pondan. Bukan mimilana pondan
Quote Fly_over 23-6-2022 07:43 AM
lahhh tered lama..
Quote wirazam 26-6-2022 08:33 AM
kakigojes replied at 23-7-2021 02:34 PM
Agak2 time ambik gamba masa kenduri, bila cameraman kata, “fiq, belakang sikit..” trigger tak apa2 ...

Hahahaha mesti dia terus teringat

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.148436 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top