CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Neymar Tayang Helikopter Mercedes RM58 Juta Miliknya

23-7-2021 11:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3766| Komen: 21

Description: Neymar menggemparkan peminatnya di media sosial apabila berkongsi gambar dia berswafoto bersama helikopter Mercedes miliknya.
Neymar menggemparkan peminatnya di media sosial apabila berkongsi gambar dia berswafoto bersama helikopter Mercedes miliknya.

Bintang Paris Saint-Germain itu menayangkan foto yang diambil dihadapan kediamannya di Rio de Janeiro untuk tatapan 155 juta pengikut di Instagram.



Kredit foto: IG

Pemain termahal dunia berusia 29 tahun itu tampak selamba dengan berpakaian serba hitam ketika helikopter mewah terbabit dipakir di hadapan rumahnya yang bernilai £7 juta (RM40 juta).

Tandatangan Neymar NJR tertera di bahagian ekor helikopter bernilai £10 juta (RM58 juta) yang digunakan sebagai pengangkutannya ke tempat latihan ketika bersama skuad kebangsaan.


Penyerang itu yang sebahagian daripada anggota pasukan Brazil yang tewas kepada Argentina pada final Copa America baru-baru ini dikatakan tinggal di kawasan indah Mangaratiba.

Resort itu terkenal dengan pelabuhannya dan pantai memutih pernah menjadi lokasi perfileman The Expendables yang dibintangi Sylvester Stallone.



Awal tahun ini, Neymar yang berpindah ke PSG dari Barcelona dengan harga £198 juta (RM1.15 bilion) pada 2017 dilihat hadir menjalani latihan bersama pasukan kebangsaan dengan menaiki helikopter Airbus Mercedes.

Model H-145 itu salah satu keluaran terkini syarikat pengeluar kenderaan udara terbabit.

Media Sepanyol mendakwa warna hitam helikopter diinspirasikan dari filem Batman dan Dark Knight salah satu watak adiwira kegemaran Neymar. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 23-7-2021 11:48 AM
'tauke' produk timbang kilo kat Msia bila lagi nk pakir heli dpn umh camni???
Quote Simunggu 23-7-2021 12:04 PM
dia boleh drive sendiri kah???
Quote TOPwind 23-7-2021 12:19 PM
zaman ini mana ada orang pakai HELI- now dah naik flying Car senyap je.
Quote JohnyEnglish 23-7-2021 12:26 PM
blh terbang ke tu?
Quote helicornia 23-7-2021 12:29 PM
seronok ah ada heli. nk pi mana2 tk perlu hadap jem, rodblok
Quote mikasa 23-7-2021 12:32 PM
Kat mesia pun ramai parking heli depan umah...ada siap bergaduh lagi
Quote bakingsoda 23-7-2021 01:17 PM
rumah 40m, heli 58m
Quote dua_chzy 23-7-2021 01:31 PM
Belajar bodoh pun ok je mampo kaya raya ibarat dewa kayangan jika hada skill menjadi bintang bolasepak kegilaan internasional.
Quote ezacbee 23-7-2021 01:33 PM
Jgn dah tua cam Ronaldinho.
Quote Tinot7 23-7-2021 01:35 PM
Baper gaji pilot?
Quote Artemesiaa 23-7-2021 01:37 PM
Duit banyak mampu apa ada hal nak beli semua tu
Quote dua_chzy 23-7-2021 01:38 PM
ezacbee replied at 23-7-2021 01:33 PM
Jgn dah tua cam Ronaldinho.

Betul juga.
Quote ElizabedahTan 23-7-2021 01:47 PM
tak handsome ...abaikan.
Quote Belibis 23-7-2021 02:35 PM
bakingsoda: rumah 40m, heli 58m

Nak mintak jijang nasihatkan ke caner??{:cryrun
Quote nakkomenjugak 23-7-2021 04:03 PM
curlasstttttt!
lepas ni boleh pergi space ala2 jep bezos dengan riched branson
Quote edayildiz 23-7-2021 04:09 PM
rio de janeiro..sapa pnh sampai situ?mcm menarik dan misteri gituh i rasa situ..
untung la ada heli tp skrg org kaya dh xnaik heli la
Quote rainbowrainz 29-7-2021 07:34 PM
nasib baik iols minat kau dik..selain messi dengan ronaldo :}
Quote any42 29-7-2021 07:42 PM
klau i kaya raya pun mcm2 i bli utk kmudahan sndri & fmly.
syurga dunia btul hdup dorang
Quote Nham22 29-7-2021 07:46 PM
Wow kaya sgt nihhhh....

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.166183 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top