CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fattah Amin Bersyukur Doa Dah Makbul, Fazura Kini Berhijab Sepenuhnya

23-7-2021 11:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 60248| Komen: 377

Description: Penyanyi dan pelakon, Fattah Amin meluahkan kesyukuran dan mengakui, isterinya yang juga seorang aktres, Nur Fazura Sharifuddin kini telah berhijab sepenuhnya.
Penyanyi dan pelakon, Fattah Amin meluahkan kesyukuran dan mengakui, isterinya yang juga seorang aktres, Nur Fazura Sharifuddin kini telah berhijab sepenuhnya.

Pendedahan tersebut diluahkan Fattah berhubung penampilan Fazura yanhg sebelum ini menarik perhatian ramai apabila kerap mengenakan hijab dalam setiap gambar yang dimuat naik menerusi media sosial, termasuklah yang terbaharu ketika sambutan hari raya Aidiladha baru-baru ini.

Menurut Fattah, sejak bergelar suami kepada Fazura pada 27 November 2017, dia tidak pernah berhenti memanjatkan doa agar isterinya mengubah penampilan menjadi Muslimah sebenar.

Foto: IG

“Alhamdulillah, itu sahaja yang boleh saya katakan mengenai penampilannya. Sebagai suami, penampilan Muslimah itu yang sentiasa saya doakan selama ini. Sekarang, dia pun sudah bertudung,” kongsi Fattah yang dalam sidang akhbar secara virtual sempena pelancaran single terbaharunya yang berjudul Hamba sebentar tadi.


Dalam pada itu, pemilik nama sebenar, Abdul Fattah Mohd. Amin itu turut mendedahkan, destinasi pertama yang ingin dilawati bersama anaknya Nur Fatima Aisya selepas pandemik Covid-19 berakhir adalah zoo.

Terang Fattah, 31, sejak Covid-19 melanda, anaknya Nur Fatima Aisya yang kini berusia sembilan bulan hanya terperap di rumah berbeza dengan anak-anak lain yang lahir sebelum pandemik.





“Tempat pertama yang saya teringin bawa Fatima adalah zoo. Sebabnya saya selalu bacakan buku tentang haiwan kepadanya, tetapi dia sendiri tidak tahu bunyi atau bentuk sebenar haiwan-haiwan kerana tidak pernah melihatnya secara depan-depan.

“Saya hanya mampu tunjuk menerusi telefon , buku dan televisyen. Suatu hari nanti andai kita semua sudah dibenarkan keluar dan keadaan kembali normal, zoo tempat pertama yang saya fikir untuk pergi,” ujar Fattah.



Selain itu, Fattah menjelaskan, sepanjang pandemik dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia banyak menghabiskan masa di rumah menjaga anaknya.

Kata Fattah, dia dan isterinya begitu menyayangi Fatima sehingga timbul perasaan bimbang andai anak mereka meragam atau menangis.

“Kami berdua memang tidak boleh dengar Fatima menangis. Perasaan terlalu sayang sangat dengannya sehingga dia meragam atau menangis sedikit pun kami sudah panik. Mula timbul persoalan, kenapa dia menangis, salah makan atau sebab lain?



“Bila sudah jadi bapa saya memang selalu dengannya kerana ibunya kadangkala sangat sibuk kerana banyak produk. Jadi, tiada masalah, kami sama-sama menjaganya,” ujar Fattah.

Dalam perkembangan lain, single terbaharunya yang berjudul Hamba merupakan kolaborasi ketiga Fattah bersama komposer Hafiz Hamidun selepas single Kiriman Agung dan Sinar Selawat.




Lagu yang turut mendapat sentuhan serta kolaborasi bersama penyanyi rap Kmy Kmo itu bakal dilancarkan di kesemua pelantar penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, JOOX, KKBOX, Deezer dan YouTube Music mulai 23 Julai. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tomatome 22-7-2021 06:28 PM
Alaa helok abam tah keh3….

Suka tengok fattah.. nmpk lembut diam tp sbrn dia tegas.. wlpn org kutuk2 sbnrnya dia jenis hati kering gak! Bila dia bulat buat keputusan mmg xde pth balik..da bertudung bininya diam2 je didik. Tak perlu tnjuk kt iglive ngaja bini   Segala mak nenek hukum hadis mcm mr.know everything
P/s: tiada kena mengena dgn set pakis
Quote shernazz 22-7-2021 06:35 PM
Geram dgn baby tu rasa cm.nakmcubit je pipi...
Quote Hypothetically 22-7-2021 06:39 PM
Alhamdullillah, with or w/o tudung, u still glow. Nampak sgt2 bahagia with yr loved ones. Happy for u, take care.
Quote haruslah 22-7-2021 06:45 PM
ni nak curik limelite mana lak ni
larikkkk
Quote Nurul_007 22-7-2021 07:09 PM
haruslah replied at 22-7-2021 06:45 PM
ni nak curik limelite mana lak ni
larikkkk


Dh nak dekat seminggu you fattah tu anouce dekat ig nak launch lagu.media kita ni punya perangai bila orang launch produk dia tnya hal peribadi.

Apapun alhamdulilah semoga terus istiqama bertudung itu mudah nak istiqama tu yang payah.
Quote jijioaynna 22-7-2021 07:11 PM
Match made in heaven they say....semoga terus bahagia Fattzura family hingga ke jannah...forum cari menjadi saksi betapa berlikunya kehidupan masing2 before they get to taste the happiness.
Quote hidet 22-7-2021 07:12 PM
tomatome replied at 22-7-2021 06:28 PM
Alaa helok abam tah keh3….

Suka tengok fattah.. nmpk lembut diam tp sbrn dia tegas.. wlpn org ku ...

hahahaha..boh disclaimer bawah tu siap2 ye..ye iols pun suka cara Fattah tu..tak perlu menayang ngaji sngt ke ape ke..jadi mcm orang biasa
Quote timohnotecah 22-7-2021 07:23 PM
Untung sesangat pajura....patah ni kalu bulih di klon  dan dijual kat shoppee.... mesti laris....tak payoh berbidadari kehulu kehilir tapi bulih nampak patah ni sayang sungguh ke pajura....aku tumpang gumbira....
Quote newyork 22-7-2021 07:37 PM
Bini mau dgr cakap ok la.. dpt yg Queen kontrol makan hati la..
Quote Vellfire 22-7-2021 07:38 PM
Alhamdulillah.. cutenya fatima
Quote beatgirlX 22-7-2021 07:41 PM
Moga Istiqomah ye Faz...
Alhamdulillah
Quote my_irina 22-7-2021 07:41 PM
Alhamdulilah....tahniah fatah brjaya membimbing fazura ke jalan yg diredhai...semoga masing2 trus istiqamah
Quote thomas25 22-7-2021 07:58 PM
Alhamdulillah. Dulu aku macam tak suka dgn faz ni tapi lama lama okey je . Sebab dia tak mendiva pun gitchuu
Quote melur2 22-7-2021 08:02 PM
jijioaynna replied at 22-7-2021 07:11 PM
Match made in heaven they say....semoga terus bahagia Fattzura family hingga ke jannah...forum cari  ...

Meols nak tekan like 1000 kali pasal yg ni tp tak dop butang like meols kasi vunga jerlah
Quote MatDeghem 22-7-2021 08:12 PM
haruslah replied at 22-7-2021 06:45 PM
ni nak curik limelite mana lak ni
larikkkk

Nak curi  limelite  ustad jadi jadian  laaa...yg isteri nya asik usap usap perut.... hehehe
Quote Fly_over 22-7-2021 08:12 PM
Nurul_007 replied at 22-7-2021 07:09 PM
Dh nak dekat seminggu you fattah tu anouce dekat ig nak launch lagu.media kita ni punya perangai ...

takde dia mmg mcm tu. out of nowhere tiber gitu…
Quote nakkomenjugak 22-7-2021 08:22 PM
bagus lerrr... dari berjodohan dengan....
tahniah laa..
Quote haruslah 22-7-2021 08:22 PM
MatDeghem replied at 22-7-2021 08:12 PM
Nak curi  limelite  ustad jadi jadian  laaa...yg isteri nya asik usap usap perut.... hehehe

Seminggu dua ni org x layan artis sgt...bz sayu sedih ke sana ke mari jer...
Quote me12345 22-7-2021 08:30 PM
Dah bertudung? Alhamdulillah.... dh bertudung i suka....

Lihat semua komen(377)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.066519 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top