CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kakitangan Hospital Kantoi- 'Jual' Katil ICU Kepada Pesakit Covid-19 Yang Terdesak

23-7-2021 10:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2317| Komen: 7

Description: Sembilan individu termasuk kakitangan hospital awam ditangkap di Peru dipercayai 'menjual' katil unit rawatan intensif (ICU) kepada pesakit Covid-19 yang terdesak dengan harga ribuan dolar, kata polis ...
Sembilan individu termasuk kakitangan hospital awam ditangkap di Peru dipercayai 'menjual' katil unit rawatan intensif (ICU) kepada pesakit Covid-19 yang terdesak dengan harga ribuan dolar, kata polis dan pendakwa pada Khamis.


Sembilan individu itu yang juga termasuk pengarah badan bukan kerajaan (NGO) perawatan pesakit, ditangkap pada Rabu dan tiba di mahkamah pada hari berikutnya.

Pendakwa Reynaldo Abia memberitahu wartawan bahawa siasatan dibuka selepas aduan daripada seorang wanita yang mempunyai ahli keluarga dijangkit Covid-19 dan membayar untuk katil bagi pesakit itu.


Foto: AFP

Kumpulan itu didakwa meminta 82,000 sol (kira-kira RM87,705) bagi kemasukan orang yang dicintainya ke dalam senarai menunggu untuk mendapatkan katil itu di hospital Guillermo Almenara, di sini.


Peru terjejas teruk akibat pandemik ini dengan hospitalnya mengalami tekanan awal tahun ini dan bekalan oksigen hampir habis.

Pada April lalu, negara ini mempunyai 15,547 pesakit Covid-19 di hospital pada satu ketika yang menurun kepada kira-kira 7,000 orang hari ini.

Dengan kira-kira dua juta jangkitan dan hampir 200,000 kematian, Peru adalah negara di dunia dengan kadar kematian Covid-19 tertinggi.

"Adalah menjijikkan seseorang boleh berniaga katil ICU. Saya percaya hukumannya harus drastik," kata Menteri Kesihatan Oscar Ugarte. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 23-7-2021 11:17 AM
JNga risau xlama lagi berlaku kat malaysia...
Quote Skuau 23-7-2021 11:20 AM
msdummy.2018 replied at 23-7-2021 11:17 AM
JNga risau xlama lagi berlaku kat malaysia...


mohon sniper tunggu luar spital...
Quote nononcrux 23-7-2021 11:23 AM
Skuau replied at 23-7-2021 11:20 AM
mohon sniper tunggu luar spital...

yang kes vaccine tu boleh pulak spin statement.. huhuhu
Quote meisapoya 23-7-2021 11:47 AM
Orang mcm ni patut mati dek covid!
Quote Firenzza 23-7-2021 12:49 PM
Wah duit peru lg tinggi dr rm
Quote nakkomenjugak 23-7-2021 04:08 PM
Malaya bakalan jadik tak?
Quote Artemesiaa 23-7-2021 04:17 PM
Kalau makin tak terkawal tak hairan benda yang sama boleh berlaku ditanah air

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.145246 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top