CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hobi Mahal Tapi Sengkek-Lelaki Tukar Daging Korban Dengan Spare Part Motor

23-7-2021 10:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1875| Komen: 6

Description: Seorang lelaki di Indonesia tergamak menukar sumbangan daging korban yang diterima sempena Hari Raya Aidiladha dengan alat ganti untuk motosikalnya, lapor Suara.com, semalam.
Seorang lelaki di Indonesia tergamak menukar sumbangan  daging korban yang diterima sempena Hari Raya Aidiladha dengan alat ganti untuk motosikalnya, lapor Suara.com, semalam.


Menerusi  status di laman Facebook, lelaki itu memuat naik agihan daging korban sebanyak 13 kilogram (kg) yang diterimanya daripada jiran-jiran.

Menurut kenyataan di laman sosial tersebut,  dia memberitahu telah membohongi ibunya bahawa daging korban yang diterima hanyalah 2 kg.

Foto: Facebook

“Saya beritahu ibu agihan daging yang diterima daripada jiran cuma 2 kg, manakala lebihan 11 kg lagi saya tukarkan dengan alat ganti motosikal.

“Tidak sangka ada yang mahu lakukan sistem barter alat ganti motorsikal menggunakan daging korban,” tulisnya.


Tindakan lelaki itu mengundang kemarahan netizen yang rata-rata mengecam dan berharap alat ganti yang diperoleh adalah palsu.

“Ini ialah spesis orang yang ditunggu paling hadapan di pintu neraka,” tulis seorang warganet.

“Orang tidak sedar diri, miliki hobi mahal (ubah suai motorsikal) namun sengkek,” komen seorang lagi. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 23-7-2021 11:02 AM
Jgn riso indon..kat msia pun ramai perangai mcm tuh
Quote sambaldurian 23-7-2021 11:28 AM
klu kt Msia ada org buat lawak/urban legend, zakat melawat yg x berkemampuan bg mesin rumput. next week tanya balik mana mesin rumput yg disumbang, sudah dijual kpd bangla.
Quote nononcrux 23-7-2021 12:00 PM
Dasyatnya.. kemiskinan kat sana smpi mcm tu sekali ye..
Quote Artemesiaa 23-7-2021 12:12 PM
Kat mana2 negara ada je species macam tu
Quote nakkomenjugak 23-7-2021 04:09 PM
banyak je spesis gini kat malaya
Quote mawar_pink 23-7-2021 06:30 PM
jenis xcerdik mcm tu la...

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.044919 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top