CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Positif Covid-19 Terus Melonjak Naik, Artis Mengamuk!

9-7-2021 10:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9059| Komen: 82

Description: Kuala Lumpur: Angka kes positif Covid-19 yang melonjak ke 8,868 kes hari ini mendorong ramai selebriti tanah air meluahkan kekecewaan mereka di media sosial.
Kuala Lumpur: Angka kes positif Covid-19 yang melonjak ke 8,868 kes hari ini mendorong ramai selebriti tanah air meluahkan kekecewaan mereka di media sosial.

Rata-ratanya sedih dan tidak kurang juga dilihat marah dengan keadaan negara yang seolah-olah sudah 'lumpuh' walaupun dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sejak awal bulan lalu.

Apa yang menjadi kekesalan kebanyakan mereka adalah penguatkuasaan PKP dilihat seolah-olah 'longgar' serta tidak lagi relevan apabila angka kes positif terus mencatatkan peningkatan setiap hari.


Kredit foto: NSTP


Ramai yang tampil bersuara berpendapat kerajaan sepatutnya mengeluarkan langkah yang lebih efektif untuk membendung penularan Covid-19 di negara ini.


Antara selebriti yang dilihat meluahkan kekecewaan mereka ialah Janna Nick, Adam Lee, Mila Jirin, Abby Abadi, Jaclyn Victor dan Ajai.

Tidak ketinggalan penyanyi Aiman Tino, Mark Adam, Josiah Hogan dan ramai lagi yang tampil bersuara di media sosial.

Janna menerusi beberapa hantaran di Instagram Story meluahkan kekecewaannya dan berharap pihak bertanggungjawab menjalankan kerja dengan lebih baik.

Janna berpendapatan pelaksanaan PKP dan terbaru Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan Kuala Lumpur seolah-olah membuang masa rakyat.

"Duit boleh cari, tapi masa yang terbuang ini mana nak dapat balik," katanya.


Pelakon Adam Lee berpendapat pelaksanaan PKP dan PKPD dilihat seperti sia-sia dan pengorbanan rakyat seolah-olah seperti dilupakan.

Dalam pada itu, pelakon Josiah Hogan memohon kerajaan segera mencari penyelesaian terbaik untuk menangani kes Covid-19.



"Memang lambat lagilah nak kerja kalau begini gayanya. Kerajaan kena cari solusi (penyelesaian)," katanya dalam satu hantaran terbaharu di Instagram.

Sementara itu, Jaclyn berpendapat lebih baik tiada 'lockown' jika kes terus mencatatkan peningkatan.


Komposer popular, Ajai pula dalam hantarannya berkata, kerajaan sepatutnya sudah mempunyai langkah baru untuk menangani penularan kes positif Covid-19. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MontanaHannah 9-7-2021 10:57 AM
Sampai hati cakap macam tu ,,,,
Quote nazzse 9-7-2021 10:59 AM
Mila ni kuat betul mencapub..
Ada ke nak compare Spore yg sekankang kera & gomen tegas tu dgn Msia. Jauh panggang dari api lah
Quote AbukRokok 9-7-2021 11:04 AM
97% sokong pkp lockdown
hahahaha dah tercirit semua ye? best best best
Quote kerunai 9-7-2021 11:27 AM
sampah semuanya

Quote lavieenrose 9-7-2021 11:31 AM
Sembang kencang boleh la
Quote tipahketipung 9-7-2021 11:31 AM
Artis Malaysia adalah golongan yang terakhir akak nak baca diaorang punya opionion dek.
Samaada nak cari attention nama masuk Rotikayo, Oh Bulei takpon utk content socmed.
2 tu je.
Next?????
Quote Ahgerbitch 9-7-2021 11:33 AM
nazzse replied at 9-7-2021 10:59 AM
Mila ni kuat betul mencapub..
Ada ke nak compare Spore yg sekankang kera & gomen tegas tu dgn Msia ...

Hahaha semenjak ada covid ni…nama dia asyik naik…hahaha mcn laa dia sorang yg terkesan..hahaha tk habis2 merempan
Quote ally9970 9-7-2021 11:33 AM
Buat PKP tp kes tak turun, salahkan gomen...

Tak buat PKP, salahkan gomen...

Semua tu usaha. Takde siapa boleh gerenti setiap usaha kita akan menjanjikan hasil yg kita mahu...

Retis2 ni bising pasal tak boleh buat show jer, mcm lah dorang jer yg terkesan...
Quote nazzse 9-7-2021 11:41 AM
Ahgerbitch replied at 9-7-2021 03:33 AM
Hahaha semenjak ada covid ni…nama dia asyik naik…hahaha mcn laa dia sorang yg terkesan..hahaha t ...

itula, macam dia sorang yang terkesan. at least boleh berniaga lagi dia ni
Quote lattehazelnut 9-7-2021 11:43 AM
Of cos la naik kan mass testing kat kws pkpd
Duduk dalam gua ke masing?
Quote laksmanabentan 9-7-2021 11:45 AM
ally9970 replied at 9-7-2021 11:33 AM
Buat PKP tp kes tak turun, salahkan gomen...

Tak buat PKP, salahkan gomen...

panggil jannanick tu pergi hospital la...
biar dia jadi frontliner kejap, nak tak???
mulut mcm hangsuang!!!!
Quote c===8 9-7-2021 11:52 AM
apalah sumbangan artis pada negara nak banding dgn kilang2
Quote jalfa 9-7-2021 11:55 AM
Masa terbuang tu boleh la mek jannah ikut macam daiyan trisha...jadi sukarelwan
Quote KIM.K 9-7-2021 12:01 PM
nazzse replied at 9-7-2021 10:59 AM
Mila ni kuat betul mencapub..
Ada ke nak compare Spore yg sekankang kera & gomen tegas tu dgn Msia ...

iols suka baca dia merempan sbb sheol buat bisnes. Saja buat parameter distressed
Quote KIM.K 9-7-2021 12:02 PM
lattehazelnut replied at 9-7-2021 11:43 AM
Of cos la naik kan mass testing kat kws pkpd
Duduk dalam gua ke masing?

Ada gak konspirasi sembang gini
Quote famri7 9-7-2021 12:05 PM
These braindeads celebs have no idea how infectious disease works...lockdown means nothing bitch kakau xbuat total screening..artis bodoh ni selayaknya mereput kemiskinan with your dumbass lifestyle.
Quote Artemesiaa 9-7-2021 12:11 PM
Kebanyakan job dah tak ada nak niaga banyak sangat saingan yang nak beli pun kurang.  Nak mewah2 macam dulu dah tak boleh lagi mana tak masing2 mula merempan.
Quote tipahketipung 9-7-2021 12:19 PM
Artemesiaa replied at 9-7-2021 04:11 AM
Kebanyakan job dah tak ada nak niaga banyak sangat saingan yang nak beli pun kurang.  Nak mewah2 mac ...

Bukan apo tu sis.
Artis2 majoriti banyak garit2.
Bila kena kurung mulalah merempan.
Dah biasa idop narcist.
Bila takde perhatian tak boleh bebas mendiva masing2 cam jembalang tanah.
Quote clarizsa 9-7-2021 12:43 PM
Gi mam la retis kepam
X ujud pun xde kesan pada rakyat pun
I sndri lama x tgk tv msia kecuali berita
Jijik wpun dgr suara retis ni kt tv

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.230417 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top