CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rela Dilokap Kerana Tak Mampu Bayar Denda RM29

9-7-2021 09:40 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1875| Komen: 11

Description: Seorang penjaga tandas di Bandar Serang, Banten, Indonesia lebih rela ditahan di lokap selama 24 jam kerana tidak mampu membayar denda akibat kesalahan tidak memakai pelitup muka.
Seorang penjaga tandas di Bandar Serang, Banten, Indonesia lebih rela ditahan di lokap selama 24 jam kerana tidak mampu membayar denda akibat kesalahan tidak memakai pelitup muka.

Portal Kompas melaporkan, Boni Hamzali, 30, dari Kaliwadas, Bandar Serang ditahan melakukan kesalahan itu oleh pihak berkuasa ketika dia melalui Jalan Maulana Hasanudin, Pasar Lama, Kota Serang pada Rabu.



Kredit foto: Kompas

Oleh kerana tidak mampu membayar denda sebanyak 100,000 rupiah (kira-kira RM29), dia akur apabila perlu ditahan di lokap.

"Bagaimana saya mahu membayar denda 100,000 rupiah itu, hendak makan sehari saja sudah susah.

"Saya kerja sebagai penjaga tandas saja," kata Boni selepas selesai menjalani perbicaraan di Alun-alun Barat Kota Serang, pada Rabu.

Menurut Boni, tiada ahli keluarga yang dapat membantunya membayar denda itu.

"Tiada, keluarga juga tiada wang. Mereka juga susah, jadi bagaimana mahu membantu saya," katanya.

Boni diiringi petugas ke balai polis Bandar Serang untuk menjalani hukuman itu.

Sementara itu, Ketua Polis Bandar Serang, Kusna Ramdani berkata, seramai 39 orang ditahan kerana melakukan kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP).

"Salah seorangnya ditahan di lokap kerana tidak mampu membayar denda," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 9-7-2021 10:00 AM
Dolu2 ada dgr polis habaq, ada org sanggup curi duit singgit sbb nak masuk lokap. Sbb kat dlm tu, tmpt tinggal, makan pakai sumer dah terjaga. Giteww la susahnya sesetengah org
Quote Skuau 9-7-2021 10:23 AM
Tinot7 replied at 9-7-2021 10:00 AM
Dolu2 ada dgr polis habaq, ada org sanggup curi duit singgit sbb nak masuk lokap. Sbb kat dlm tu, tm ...

mungkin tu jugak indon berhabis nk msk secara haram ke Msia...lolos boleh 'hidup'..kena tangkap pon boleh mkn sedap.
Quote nakkomenjugak 9-7-2021 10:25 AM
hmmmmm sanggup ke lokap.. kesian
Quote MontanaHannah 9-7-2021 10:52 AM
sebab susah  pun ada yang mausk saja lokap tanpa banyak cakap

atau zaman viral ini nak kan perhatian yg boleh membantu dia semula

Quote Tinot7 9-7-2021 10:55 AM
Skuau replied at 9-7-2021 10:23 AM
mungkin tu jugak indon berhabis nk msk secara haram ke Msia...lolos boleh 'hidup'..kena tangkap po ...

Hidup marhaen sana berbeza dgn kat sini pada pendapat iols. Hidup depa ramai2 susah.. kat sini, kalau susah, pasti ada org nak bantu. Lain la kalau matpet ka, perompak ka.. geng tuh mmg layak dikecam.

Nih hasil pemerhatian iols masa pi jjcm sana sblm pandemik. Takazut tgk la..
Quote Skuau 9-7-2021 11:38 AM
Tinot7 replied at 9-7-2021 10:55 AM
Hidup marhaen sana berbeza dgn kat sini pada pendapat iols. Hidup depa ramai2 susah.. kat sini, ka ...

sampai sini...bukan main berlagak juga indon.tu...
Quote BoongaKertas 9-7-2021 11:41 AM
Allahu, 100k rupiah jer...kesiannya dia.
Quote Tinot7 9-7-2021 11:57 AM
Skuau replied at 9-7-2021 11:38 AM
sampai sini...bukan main berlagak juga indon.tu...

Hahaha.. mcm half-half dok namakan anak jepeh, lahir kat paree, masa org pkp gigih pi paree nak daftar anak tadika sana.. nih kluar pulak berita lahirkan anak sana dibayar oleh taxpayers of malaysia.. sama la pangai pprt .. hahahah
Quote kiah_mai_pulak 9-7-2021 07:55 PM
kesiannnnn….
Quote I.K.A888990 9-7-2021 08:35 PM
kalau yg btul2 susah ni x bole settle kan ke denda tu
tapi takut pula ada yg tipu kan
Quote supernaturalee 9-7-2021 09:49 PM
Kemeja denim jacket kulit lg

Bgs lh sape sedekah mask kt die
Kt sn berapa lh agknya harga mask

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.052872 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top