CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

RapidKL Cari Penumpang Tercicir Gigi Palsu - Terhibur Baca Komen Netizen

9-7-2021 08:56 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 2973| Komen: 16|Original author: Oleh: rikuren

Description: RapidKL Cari Penumpang Tercicir Gigi Palsu - Terhibur Baca Komen Netizen


Gigi kita memang satu harta yang tidak ternilai harganya kerana jika sudah tiada gigi, nikmat untuk makan akan hilang. 

Namun, kehilangan gigi tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, teknologi kini membolehkan gigi kekal diganti dengan gigi palsu yang menjadi sama penting dengan gigi kekal.

Terbaru, RapidKL melalui Twitter menghebahkan bahawa terdapat penumpang tren laluan Kelana Jaya tertinggal gigi palsunya di dalam tren dan pemiliknya dicari untuk dikembalikan.



Perkongsian RapidKL itu menarik perhatian netizen. Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen berasa terhibur dengan perkongsian itu. 

Malah, ada yang mengaitkan dengan watak dalam filem Lagi-Lagi Senario. Seronok ya!



Kredit foto: Twitter

Walaupun netizen berasa pelik bagaimana seseorang itu boleh tertinggal barang penting sebegitu, mereka tetap berharap agar pemiliknya segera ditemui.

Maklum sajalah, pasti sukar hendak makan tanpa gigi palsu dan kalau nak beli yang baru, harganya bukanlah murah. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tripleid 9-7-2021 09:01 AM
watak pakcik yg tcabut gg palsu dlm lagi2 senario tu mmg legend
Quote tikusmontok 9-7-2021 09:29 AM
kesiannya..napa tak lekatkan pakai poliden?
Quote lattehazelnut 9-7-2021 09:38 AM
Tido dlm lrt lepas tu bukak gigi palsu ke
Quote nakkomenjugak 9-7-2021 09:43 AM
ha claim cepat. kang makan roti canai takde gigi
Quote SedihPedih 9-7-2021 10:00 AM
x boleh senyum sementara nk pi ambil gigi
Quote R2D2 9-7-2021 10:09 AM
tambang percuma selama sebulan ka, setahun ka
sure ramai dtg claim
Quote arnauld 9-7-2021 10:14 AM
tu gigi spare la
Quote MontanaHannah 9-7-2021 11:02 AM
entah-entah dia yang curi gigi palsu org lain punya.
Quote mama_neko 9-7-2021 11:50 AM
hahaha.. yang ni lawak.. adoila.. aku dok bayang dia tgh lapaq nak makan kepci, tgk2 gigi takda.. jemmm..
Quote mamajawie 9-7-2021 12:43 PM
kelakar mende..dibuatnya gigi tu gigi pembawa virus covid tak ke naya dibuatnya..
Quote Artemesiaa 9-7-2021 12:47 PM
Nampak macam masih baru je gigi palsunya tu mesti baru ambik dari dentist tah2 tak sempat guna lagi dan tercicir dalam train.
Quote doubleharmonic 9-7-2021 01:49 PM
kena gigit bontot katanyerr
Quote kiah_mai_pulak 9-7-2021 07:56 PM
hahahahahahahhaaa. abislahh nk mkn nnti gigi tkda{:laugh
Quote TomyamPuteh 9-7-2021 08:06 PM
Xde gigi palsu xpe. Blh cover dgn mask. Tang nk makan tu la..
Quote helicornia 9-7-2021 08:38 PM
mesti ada yg dtg claim tu.mahal wei buat gigi palsu ni.sebatang je dh berapa rm
Quote mxsssgi81 10-7-2021 02:03 AM
Selina Kaderi punye ke???hehehe

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.053845 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top