CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sesak Nafas, Lelaki Belanja RM3,200 Sebulan Untuk Beli Makanan Online

8-7-2021 01:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3726| Komen: 24

Description: Lelaki dari China sanggup menghabiskan kira-kira 5,000 yuan (RM3,200) sebulan hanya untuk membeli makanan secara dalam talian.
Lelaki dari China sanggup menghabiskan kira-kira 5,000 yuan (RM3,200) sebulan hanya untuk membeli makanan secara dalam talian.

Lapor media tempatan, Xiao Li dari pekan Xi’an, wilayah Shaanxi memesan makanan menerusi perkhidmatan penghantaran sebanyak lima hingga enam kali sehari.


Antara makanan dipesan terdiri daripada nasi campur, mi daging, stik, ayam goreng yang kesemuanya merupakan makanan berkalori tinggi.



Katanya, dia kerap memesan makanan yang diinginkannya dan selalu menurut nafsu selera makan sebaik mungkin.

Akibat pengambilan makanan berlebihan, berat badan Xiao Li telah bertambah sebanyak 100 kilogram (kg).

Pada awalnya, Xiao Li mempunyai berat badan 90kg yang dikatakan melebihi tahap Indeks Jisim Badan (BMI) bagi ketinggian 180 sentimeter (cm).

Kini, berat badan Xiao Li mencecah 190kg dalam tempoh beberapa bulan sahaja.

Menurut Xiao Li, dia berasa tidak selesa malah mudah mengalami sesak nafas ketika berjalan beberapa langkah di sebabkan berat badannya yang melampau.

Katanya, dia gemar makan dan akan duduk sehari suntuk ketika bekerja.

Ini bermakna Xioa Li kurang bersenam dan menambah berat kira-kira 6kg setiap bulan.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 8-7-2021 01:21 PM
Dah 5-6 kali sehari order makan macam mana tak tinggi belanjanya
Quote matamata 8-7-2021 01:38 PM
10 tahun lepas mmg tak pernah jumpa warga China yg obes mcm ni
Quote nakkomenjugak 8-7-2021 01:38 PM
macam abang aku. tunggu masa nak kena tiga serangkai je tu.
Quote eragon 8-7-2021 01:44 PM
lebih kurang  RM100++ seharI. kalau untuk 3-4 org makan, normal je. tapi kalau untuk seorang, agak banyak ni.  unless mmg makanan harga mahal dari restoran2 terkemuka.
Quote imransulaiman 8-7-2021 01:45 PM
Ingatkan berita salah tulis berat badan bertambah 100kg. Sekalinya berat asal 90kg! Ambek ko!
Quote merrissa 8-7-2021 01:50 PM
Gile ar byknya duit. Ak nk bljr seribu sebulan pon x mampu
Quote netto_ 8-7-2021 01:57 PM
Membazir btul. Dgn segala penyakit dtg. Dgn jd boroi lg. Mahu sehari 3 kali order food delivery. Aku yg order sehari sekali pon rase mahal da.
Quote mclaren 8-7-2021 02:41 PM
Kayanya seorang makan sampai banyak tu spend.

Ish how can some people sanggup makan terlalu banyak?

***teringat bonda peti ais from thread sebelah
Quote ninjago 8-7-2021 02:43 PM
netto_ replied at 8-7-2021 12:57 PM
Membazir btul. Dgn segala penyakit dtg. Dgn jd boroi lg. Mahu sehari 3 kali order food delivery. Aku ...

hmmm pasnie get ready la medical bill dia lak melambung
Quote Rmz83 8-7-2021 03:10 PM
netto_ replied at 8-7-2021 01:57 PM
Membazir btul. Dgn segala penyakit dtg. Dgn jd boroi lg. Mahu sehari 3 kali order food delivery. Aku ...

Ni bkn 3 kali sehari..5-6 kali sehari n mesti setiap kali tu msti dlm portions yg bnyk smpai blh naik 100kg dlm msa beberapa bulan je
Quote MissyMolly 8-7-2021 03:24 PM
Tp bila mmg ngadap lappy je kejenye, pn mkn xmenentu. Plg win bila tibah lapaq pi cari megi cup koh2 heaven{:run
Quote netto_ 8-7-2021 03:33 PM
Rmz83 replied at 8-7-2021 03:10 PM
Ni bkn 3 kali sehari..5-6 kali sehari n mesti setiap kali tu msti dlm portions yg bnyk smpai blh n ...

Betul jgk mahu 5,6 kali beli. Aku beli sehari sekali je tu pon cari yg murah2 je. Ni dgn duet abes, bdn rosak dgn jd gomok lg. Apoo
Quote Tinot7 8-7-2021 03:44 PM
baper gaji dia?
Quote cmf_premierleag 8-7-2021 03:47 PM
pi la buat gastric bypass..tahan sket nafsu makan tu
ni sumbat mcm2 mmg la membelon
Quote mesmerize 8-7-2021 03:50 PM
bestnya bole order makanan sedap2 setiap kali meal time.. kat tempat aku ni foodpanda choices pun nan hado aje..semua tak best
Quote dani-rox 8-7-2021 03:59 PM
hola....





belanja dah sama dgn korga 12 org sebulan
Quote makadek 8-7-2021 04:01 PM
Ni kalau kena covid cpt je jalan 1hala
Quote mbhcsf 8-7-2021 04:29 PM
my god? ???

awat la dia tak habiskan dengan membli sayuran and buh buahan

at least sihat jugak lah  kalau nak perabis duit penuhi nafsu hawaniyyah tu ...
Quote Fortiori02 8-7-2021 09:32 PM
Wat intermittent fasting tok control nafsu mkn. Zaman2 covid ni nafsu mkn menjadik2 sbb wfh

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.105519 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top