CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Rentung Dalam Kereta

8-7-2021 04:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5601| Komen: 24

Description: Seorang wanita ditemui rentung dalam kebakaran sebuah kereta di Bandar Baru Selayang, Gombak, awal pagi tadi.
Seorang wanita ditemui rentung dalam kebakaran sebuah kereta di Bandar Baru Selayang, Gombak, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima laporan kebakaran sebuah kereta pada jam 4.25 pagi.




Norazam berkata, pasukan bomba yang sampai ke lokasi mendapati sebuah Perodua Kancil terbakar 40% pada bahagian dalam kereta dan mengambil masa kira-kira 15 minit bagi operasi pemadaman.

“Mayat yang tidak dikenal pasti identiti itu ditemui di tempat duduk pemandu selepas sepasukan bomba membuat operasi pemadaman,” katanya.

Tambahnya, punca kejadian masih dalam siasatan dan mayat mangsa sudah diserahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.


Sumber: FMT

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote insulin 8-7-2021 12:07 PM
Takziah. Bunuh diri ke ni?
Quote whimsicalmusic 8-7-2021 01:08 PM
Kena bunuh dulu ke?
Quote lasagnaklcc 8-7-2021 01:17 PM
Mcm susah dgr bunuh diri main bakar2.
Quote miszclassique 8-7-2021 01:22 PM
Kalau dari hasil tgk2 movie dan drama, i speku orang yg bunuh pastu bakar untuk hilangkan cap jari dia n bukti2
Quote Artemesiaa 8-7-2021 01:56 PM
Kes bunuh diri ke macam mana maklumlah sekarangkan musim ramai bunuh diri
Quote johnazizul 8-7-2021 01:59 PM
Rindunya BBS. Air cup RM5 kat stadium Tu ada lagi tak? Dah 4 tahun pindah dari Sana....
Quote Acikgomen 8-7-2021 04:26 PM
johnazizul replied at 8-7-2021 01:59 PM
Rindunya BBS. Air cup RM5 kat stadium Tu ada lagi tak? Dah 4 tahun pindah dari Sana....

Maksud ko kedai yg jual makanan and air portion besar tu ke
Quote salmon-suki 8-7-2021 04:31 PM
Kena bunuh ke? menakutkan skrg,kes bunuh,kes bunuh diri dah rampant..asal x je pegi serang menteri2?in despair kan .ni x,duk serang org tak terdaya bt ape..
Quote nakkomenjugak 8-7-2021 05:27 PM
mohon ada update lepas ni
Quote doridori_hi 8-7-2021 05:36 PM
Oh myyy hari2 semuaaa...
Quote Perawankota 8-7-2021 07:02 PM
Kalau tak bunuh diri, kena bunuh... Sedihnya
Quote CatMiow 8-7-2021 07:10 PM
Kena bunuh kot, kalau bunuh diri mcna dengan kaedah membakar?
Quote marigold90 8-7-2021 08:17 PM
Kes bunuh ke..pukul 4 pagi sapa yang tekad nk bunuh diri waktu tu
Quote TravellingBear 8-7-2021 08:19 PM
Acikgomen replied at 8-7-2021 04:26 PM
Maksud ko kedai yg jual makanan and air portion besar tu ke

maksud ko
Quote Lolalala 8-7-2021 08:35 PM
johnazizul: Rindunya BBS. Air cup RM5 kat stadium Tu ada lagi tak? Dah 4 tahun pindah dari Sana....

Ada... sekarang ada menu chocolate cheese. Sedap wei {:teatime
Quote None68 8-7-2021 10:34 PM
Ni sure ler kena bunuh kan..harap ada info lanjut
Quote johnazizul 8-7-2021 10:56 PM
Acikgomen replied at 8-7-2021 04:26 PM
Maksud ko kedai yg jual makanan and air portion besar tu ke

Bukan. Kat parking stadium Tu dulu ada jual air cup green tea Thai tu. RM5 satu cup. Kan trending air Tu dulu. Aku dah try banyak tempat, kat situ paling padu. Sebelah food truck nasi kukus alif. Dah lama tak pegi sana. last 2018.
Quote budaktua 9-7-2021 12:36 AM
johnazizul replied at 8-7-2021 10:56 PM
Bukan. Kat parking stadium Tu dulu ada jual air cup green tea Thai tu. RM5 satu cup. Kan trending  ...

la ni 3 budak gemok ada la...
Quote johnazizul 9-7-2021 01:39 AM
budaktua replied at 9-7-2021 12:36 AM
la ni 3 budak gemok ada la...

Budak-budak tu ex student bini aku dulu... Makcik nasi kukus stadium tu pun dah tak ada ye?

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.058810 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top