CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mula Berjubah Dan Berserban, Ippo Hafiz Bukan Nak Jadi Ustaz

9-7-2021 10:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2344| Komen: 6

Description: Penyanyi Ippo Hafiz berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata kedua apabila isterinya iaitu Fara Roslan kini hamil tiga bulan.
Penyanyi Ippo Hafiz berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata kedua apabila isterinya iaitu Fara Roslan kini hamil tiga bulan.

Ippo atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Yaziz, 31, bersyukur dikurniakan rezeki zuriat selepas anak sulung mereka hampir mencecah usia setahun pada Ogos.



Kredit foto: IG
"Alhamdulillah... isteri saya kini sedang hamil cahaya mata kedua dan kandungannya sudah mencecah tiga bulan. Buat masa sekarang dia tidak mengalami sebarang alahan.

"Berharap dia sentiasa sihat saja sepanjang kehamilan kedua ini. Ikutkan masa anak pertama, dia alami alahan teruk ketika kandungan empat hingga lima bulan.

"Sebenarnya kami tak ada perancangan pun dalam soal anak sebab serah pada Allah yang beri rezeki dan kami terima, " katanya kepada mStar.




Berbicara soal jantina, Ippo yang juga komposer berkata dia dan isteri tidak meletakkan harapan sama ada dikurniakan cahaya mata lelaki atau perempuan memandangkan mereka sudah mempunyai sepasang anak.

"Saya dan isteri tidak meletakkan sebarang harapan untuk jantina. Kami pun sudah ada anak lelaki dan perempuan. Tak kisah la bayi lelaki atau perempuan, janji sihat dan sempurna.

"Kalau diberikan rezeki anak lelaki, memang saya sudah ada nama dalam hati... perempuan pun sama. Doakan yang baik-baik untuk saya sekeluarga, " ujarnya.

Untuk rekod, Ippo mendirikan rumah tangga dengan Fara pada 24 Ogos 2019 dan dikurniakan cahaya mata bernama Yusuf Zarin Nur yang lahir pada 6 Ogos tahun lalu.



Ippo turut mempunyai seorang anak angkat perempuan bernama Cinta Rizky Amanda, 4, yang dijaga sejak dilahirkan.

Sementara itu, ketika ditanya tentang penampilan baharunya yang lebih Islamik, Ippo mengakui sedang mendekatkan diri dengan agama.

"Sebenarnya sebelum saya berkecimpung dalam dunia seni, saya memang selalu pakai jubah dan serban. Saya pernah belajar di sekolah tahfiz.



"Sejak pandemik berlaku, saya kembali mempelajari ilmu agama lebih mendalam. Saya baca semula hadis dan pelajari ilmu yang pernah saya belajar sebelum ini.

"Tapi penampilan saya ini bukan bermaksud saya nak orang menggelarkan saya sebagai ustaz tapi ia sekadar ikut sunnah nabi, " katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 9-7-2021 11:09 AM
iPhone + OPPO = Ippo
Quote doubleharmonic 9-7-2021 11:15 AM
whoareyouss?
Quote makadek 9-7-2021 11:15 AM
Tayah berjubah bole tak
Tayah ikut erebs shangat
Quote uda 9-7-2021 11:17 AM

Penyanyi. Lagu2 dia selalu jadi lagu runut drama2 tv. I suka lagu2 dia, sentimental gitu.
Quote per706 9-7-2021 12:27 PM
doubleharmonic: whoareyouss?

X famous sgt dekat mainstream tpi lagu dia salu jadi ost drama..n ofkos lagunya sedap
Quote nakkomenjugak 9-7-2021 01:33 PM
memang keperluan dan sunnah ke pakai turban, jubah ni?

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.038962 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top