CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Sebenarnya Tak Okay Tapi Kena Okay,"-Ramai Sokong Luahan Daiyan Trisha

9-7-2021 11:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3483| Komen: 11

Description: Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha hadir dengan satu ciapan berbaur kriptik yang mendapat sambutan dari segi respons dalam kalangan netizen yang sekarang kian dihimpit masalah Covid-19.
Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha hadir dengan satu ciapan berbaur kriptik yang mendapat sambutan dari segi respons dalam kalangan netizen yang sekarang kian dihimpit masalah Covid-19.


Menerusi ciapan yang dimuat naiknya dalam Twitter, Daiyan atau nama sebenarnya, Daiyan Trisha Mohd. Nasaruddin seperti faham dengan situasi yang sedang dihadapi lebih 32 juta rakyat Malaysia.


Foto: IG

“Sebenarnya tak okey tapi kena okey juga tapi macam serius, tak okey doh sebenarnya. Begitulah,” ciapnya ringkas dalam Twitter.

Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter kemudian membalas ciapan berkenaan: “Samalah. Saya sangat cemburu dengan kawan-kawan yang masih mempunyai motivasi kerana kehidupan saya seperti sudah tidak mempunyai erti.


“Ibaratnya, secara dalaman, saya sudah mati tetapi saya masih di sini.”



Setakat tengah hari tadi, ciapan tersebut mendapat hampir 25,000 retweet (ulang kicau) dan 27,600 likes (tanda suka).

Sebelum ini, pelakon drama Projek: Anchor SPM itu berbakti kepada negara apabila sama-sama menjadi sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi bagi membantu menangani penularan virus Covid-19.


Daiyan, 28, berkata, impian tersebut terlaksana selepas hampir tiga bulan menunggu panggilan sejak Mei lalu.

Lebih sebulan ‘berkurung’ disebabkan penularan wabak Covid-19, Malaysia masih lagi bergelut untuk melandaikan graf Covid-19. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 9-7-2021 01:13 PM
ughhhhhh next.
Quote sok_suci 9-7-2021 01:32 PM
Bosan. Nexxttt
Quote izztmhmd 9-7-2021 06:08 PM
dua tiga minggu lepas ada tengok muzik2. masa tu alif satar tanya daiyan lepas habis covid ni nak holiday dkt mana... so daiyan jawab dia tak terfikir lagi. dia cuma nak survive je. lebih kurang mcm tu la ayatnya. tgk riak muka dia masa jawab tu nampak betul terkesan.   
Quote Buritan 9-7-2021 07:12 PM
izztmhmd replied at 9-7-2021 06:08 PM
dua tiga minggu lepas ada tengok muzik2. masa tu alif satar tanya daiyan lepas habis covid ni nak ho ...

Area rumah aku yg kayo kayo pun terukkk.. engineer mas teruk.. hutang bykk.. pilot teruk.. hutang byk.. aku alhmdlh sbb laki aku utang rumah je.. kete pun dah abis utang.. duit gaji utk mkn je
Quote Hoola 10-7-2021 01:23 AM
Edited by Hoola at 10-7-2021 01:26 AM

Biasa fly sana sini obersea
Sekrg????
Twit sana sini ke sana sini...
Smpai terover twit minta hal mysjhtera
Than delete.gabra

Ouchhhh
Quote eizarz 10-7-2021 02:17 PM
hidung jambu...lps tu otter ..
Quote cheezel 11-7-2021 06:40 AM
apasal ramai budak suka dia? byk plk like kt tweet tu. nak kata cantik ramai g cantik. nyanyi pn xtau lagu apa. sendu je
Quote apedehal 11-7-2021 02:32 PM
Ada sokmo benang dak daiyan ni tp tetaplah sendu jua
Quote apedehal 11-7-2021 02:33 PM
cheezel replied at 11-7-2021 06:40 AM
apasal ramai budak suka dia? byk plk like kt tweet tu. nak kata cantik ramai g cantik. nyanyi pn xta ...

Dia rajin mencapub ken so ramai la mengikuti
Quote kalchi 11-7-2021 03:06 PM
apedehal replied at 11-7-2021 02:33 PM
Dia rajin mencapub ken so ramai la mengikuti

Mcm trying hard kan haha. Jd volunteer pun gigih nk amik gamba, rekod. Lain la kalau org dtg cucuk yg snap pic dia.
Quote anakmak 11-7-2021 03:12 PM
cheezel replied at 11-7-2021 06:40 AM
apasal ramai budak suka dia? byk plk like kt tweet tu. nak kata cantik ramai g cantik. nyanyi pn xta ...

Dia ada aura girl next door je
So macam anak2 jiran sebelah rumah
Biasa2 je
Mungkin sbb tu ramai suka

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.053736 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top