CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Enam Sekeluarga Positif Covid-19,-Masuk Hospital Sama-Sama, 3 Orang Dah Dijemput Illahi

9-7-2021 01:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7511| Komen: 57

Description: Cukup hebat dugaan yang menimpa wanita ini apabila dia terpaksa berdepan dengan pemergian tiga insan tersayang dalam sekelip mata.
Cukup hebat dugaan yang menimpa wanita ini apabila dia terpaksa berdepan dengan pemergian tiga insan tersayang dalam sekelip mata.

Berkongsi kisah kepada mStar, Nazirah Jasmani berkata, bapanya Jasmani Adnan meninggal dunia pada 27 Jun lalu, diikuti dengan dua adiknya Nur Najihah, 30, pada 1 Julai, dan Nur Haziqah, 25, pada 7 Julai 2021.


Wanita berusia 34 tahun ini berkata, kejadian seperti ini tidak pernah dibayangkan yang mana dia terpaksa berdepan dengan tiga kematian berturut-turut dalam masa yang singkat.


Foto: mStar

Mengimbas bagaimana keluarganya dijangkiti Covid-19, pada mulanya mereka yang tinggal serumah hanya mengalami demam biasa namun keadaan bertambah teruk selepas beberapa hari.


“Semua ahli keluarga saya dapat tahu positif Covid-19 bermula dengan demam. Kami ingatkan demam biasa, tapi makin lama rasa macam terus hilang deria rasa.

"Tujuh orang termasuk saya, ayah, ibu, dua adik, seorang anak saudara dan adik ipar, kami pergi klinik untuk buat swab test.

“Bila keputusan keluar, enam daripada kami positif. Hanya adik ipar (suami Najihah) sahaja yang negatif. Disebabkan ayah saya ada penyakit tiroid dan ketumbuhan dalam otak, ambulans datang ambil dia dulu, " katanya yang menetap di Muar, Johor.

Nazirah berkata keadaan dua adiknya yang dimasukkan ke hospital bagaimanapun semakin teruk dan dia cuba untuk mengumpul kekuatan apabila melihat ahli keluarganya bertarung nyawa melawan virus Covid 19.


Foto: mStar

“Masa kuarantin di hospital, saya dengan Najihah di bilik yang sama. Masa tu doktor ada kata, nak ‘tidurkan’ dia sebab tengok oksigen dan paru-paru dia dah teruk.

“Kalau ikutkan Haziqah paling lama ‘ditidurkan’ berbanding Najihah, kalau boleh doktor nak selamatkan dia sebab muda lagi, baru 25 tahun.

Menurut Nazirah, doktor memberi ubat antibiotik dan oksigen 'paling tinggi' kepada kedua-dua adiknya, namun paru-paru mereka sudah tidak mampu untuk menerima ubat tersebut lagi.

“Saya tahu doktor dah cuba sedaya upaya, tapi Allah lebih sayangkan mereka semua.

Orang lain tak rasa apa yang saya rasa. Bila berita kehilangan tu datang saya rasa gelapnya dunia ni. Hidup saya dalam masa dua minggu ni terus berubah.

“Masa arwah ayah meninggal, saya dengan mak masih dekat wad lagi. Najihah dan Haziqah di ICU sebab mereka ‘ditidurkan’. Bila dapat tahu ayah dah tak ada, saya reda sebab ayah pun dah sakit lama. Saya tak boleh nak buat apa dah, " katanya.

Hanya mampu berserah dan berdoa, Nazirah mengakui ketika ini dia masih lagi dalam keadaan trauma apabila tiga insan tersayang pergi secara mengejut dari hidupnya.

Semua hanya tinggal kenangan buat Nazirah dan ibunya, mereka akur dengan ketentuan Ilahi.

Foto: mStar

“Kami kemudian dimaklumkan Najihah dah tiada. Saya dalam hati berkata dugaan apa ini sambil memikirkan nasib adik bongsu saya Haziqah yang tengah bertarung nyawa lagi.

“Setiap kali saya terdengar bunyi telefon atau nak tidur malam saya jadi takut. Mak saya reda dengan apa yang Allah uji, bayangkan suami dan anak-anak dia dah tak ada tapi mak lagi kuat dari saya, " katanya.

Cukup menyayat hati apabila dia terpaksa melihat, anak tunggal arwah Najihah yang kehilangan ibu tersayang disaat ianya masih kecil.

Walaupun perit untuk menerima kenyataan, Nazirah cuba untuk tabah dan turut menasihati masyarakat di luar sana agar sentiasa menjaga kebersihan diri, penjarakan sosial dan kekal di rumah sekiranya tiada keperluan untuk keluar.

Kini Nazirah bersama ibunya, sedang menunggu abang ipar (suami Najihah) untuk memotong gelang kuarantin pada 10 Julai 2021, dan mereka akan melakukan sanitasi di rumah sebelum menziarahi ke perkuburan.

Ketiga-tiga tiga insan istimewa buat Nazirah, dikebumikan di Tanah Perkuburan Bakri Batu 6, Muar Johor. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 9-7-2021 01:49 PM
Siannyaaa.. moga syurga tempatmu
Quote msxx 9-7-2021 01:50 PM
Takziah atas dugaan yg maha berat ini
Quote makiting 9-7-2021 01:51 PM
Allah menguji berdasarkan kemampuan setiap hambanya. Beruntung mereka Allah sayang dan byk pahala mereka dpt jika redha dan sabar. Untuk ke syurga bukan mudah. Byk ujian berat kena tempuh.

Moga mereka sekeluarga sentiasa sabar dan ada hikmah dan sesuatu yg istimewa yg Allah nak beri nnti..

Sedih bila dengar ada kematian.. sakit nya menanggung rindu yg tidak berpenghujung
Quote tipahketipung 9-7-2021 01:51 PM
@Blasoff n the gang sila komen sikit.
Varian data, gama, conspiracy theory laju je.
Percaya plak sains kan.
Quote Kitty_catz 9-7-2021 01:52 PM
salam takziah

ada org kata, yg obese ni rata2 kut kena mmg teruk

so sila la diet kome2 oii
Quote nakkomenjugak 9-7-2021 01:54 PM
Moga bertabah kepada yang berkenaan
Quote Buritan 9-7-2021 01:57 PM
Kitty_catz replied at 9-7-2021 01:52 PM
salam takziah

ada org kata, yg obese ni rata2 kut kena mmg teruk

Emm betul.. kalo obese mmg bahaya.. sbb tuu aku rela tahan mkn tak nak ikut nafsu sbb taknak gemok sbb satu nmpk hodoh satu lg penyakit
Quote Ferr_Remy 9-7-2021 02:00 PM
Inalillah Al Fatihah.
Quote sukacactus 9-7-2021 02:00 PM
Salam takziah
So dr 3 beradik, tinggal dia sorang sj la
Quote orgsepang 9-7-2021 02:03 PM
Semoga adik ni terus tabah, untung ibunya kuat semangatnya.
Quote Manjahati 9-7-2021 02:04 PM
Moga diberikan kekuatan n ketabahan utk fmly ni
Quote Kitty_catz 9-7-2021 02:06 PM
Buritan replied at 9-7-2021 01:57 PM
Emm betul.. kalo obese mmg bahaya.. sbb tuu aku rela tahan mkn tak nak ikut nafsu sbb taknak gemok ...

ha tu lah tu

staff meols sowang positip ritu kluster raya, tp CT value dia dah tinggi , dekat 35 dah, so by right dah tak contagious, tp KKM amek sbb katanya obese, but lepas 2 hari sambung korentin umah je sbb takde mende

katanya mmg kkm amek sbb kata dia obese, ada abang sebelah tu terus masuk stage 4, kn hangkut pi sg buluh dr maeps , gumuks juge

so buat2 yg gumuks tu, anda high risk , maka esok boleh start poserrr
Quote nazzse 9-7-2021 02:08 PM
tipahketipung replied at 9-7-2021 05:51 AM
@Blasoff n the gang sila komen sikit.
Varian data, gama, conspiracy theory laju je.
Percaya plak s ...

Bab ni no komen terus.
Laju bila tang vaksin je
Quote nazzse 9-7-2021 02:10 PM
Takziah utk dia & maknya.

Selurih keluarga under kategori morbiditi obese ni, based on gambar.

Klu sendiri sakit ok lagi,ni klu close family , risau tu extra.
Quote ninjago 9-7-2021 02:11 PM
makiting replied at 9-7-2021 12:51 PM
Allah menguji berdasarkan kemampuan setiap hambanya. Beruntung mereka Allah sayang dan byk pahala me ...

amiiinnn..

aaa ayat last tu.. i x dpt bygkan tiba masa i kena tanggung rasa tu
Quote lasagnaklcc 9-7-2021 02:12 PM
Beratnya dugaan... balik rumah sunyi.
Quote famri7 9-7-2021 02:14 PM
Obesiti dan hbp memang amplify symptom covid kan. No wonderlah tgk gambar semua..takziah
Quote white_musk 9-7-2021 02:16 PM
Bukan ada kempen gemuk itu awesome ke?
Quote syamzana 9-7-2021 02:25 PM
Kitty_catz replied at 9-7-2021 02:06 PM
ha tu lah tu

staff meols sowang positip ritu kluster raya, tp CT value dia dah tinggi , dekat 3 ...

yg kes adik staf tv3 ke mana entah sbb obese jugak kan?adik dia dah x bernyawa masa kat maeps. org sebelah kiri kanan tak perasan igt tido. ni pun ramai +ve dlm fmly, dan ramai juga meninggal. kes beraya tp sbb kesedihan teramat punca utama berziarah tu tenggelam dlm news.

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.058349 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top