CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Curhat' Soal Jodoh - "Sampai Orang Malaysia Tahu Saya Lambat Kahwin"

9-7-2021 02:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4702| Komen: 19

Description: Bandung: Seorang wanita meluahkan rasa sedih kerana dalam kalangan rakan-rakannya, hanya dia yang belum mendirikan rumah tangga.
Bandung: Seorang wanita meluahkan rasa sedih kerana dalam kalangan rakan-rakannya, hanya dia yang belum mendirikan rumah tangga.

Wanita yang yang mesra dipanggil Yaya itu meluahkan perasaan mengenai perkara itu menerusi akaun TikToknya.


Katanya, sama seperti wanita lain, dia juga berhasrat untuk berkahwin, namun belum bertemu dengan jodoh yang sesuai.


Kredit foto:

“Saya tidak pernah menetapkan sasaran bila mahu berkahwin, namun hasrat itu tetap ada.

“Antara rakan-rakan semua, hanya saya belum berkahwin, namun saya percaya jodoh dan ajal itu ditentukan Tuhan,” katanya.

Selain itu, Yaya turut memberitahu rakan-rakannya sering mendoakan kebahagiannya dan cepatbertemu jodoh.

Jelas Yaya, rakan-rakannya sering mengusik, bakal suaminya pasti seorang yang tampan dan baik hati, sebab itu jodohnya sedikit lambat.

“Saya tidak sangka luahan hati ini mendapat respons yang banyak dari pengguna TikTok dan saya ingin berterima kasih kepada mereka yang mendoakan perkara baik untuk saya.


“Mungkin ada wanita di luar sana yang juga senasib dengan saya iaitu belum bertemu jodoh,” ujarnya.

Yaya juga memaklumkan video luahan hatinya turut tular di Malaysia.

“Ketika ini, orang Malaysia juga sudah tahu yang saya belum jumpa jodoh dan lambat berkahwin,” jelasnya.


Sumber: Utusan 

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 9-7-2021 03:23 PM
Aku sbg rakyat malayaua xhingin tau dan xtau pun konlmbtbkawin...rmi jer org msia lmbtbkawin..bukan konsorangbjer
Quote nakkomenjugak 9-7-2021 03:28 PM
irrelevant punya cewek. nexttt
Quote KIM.K 9-7-2021 03:45 PM
rasa kerdil membacanya
Quote LadyCarefree 9-7-2021 03:59 PM
Kemain statement. Kosaper?
Quote cucuq 9-7-2021 09:48 PM
Msia pon same je..bnda normal x yah nk viral2 kn kot dik
Quote supernaturalee 9-7-2021 10:14 PM
Mcm muka pelakon mia tu

Lobai ada yg berminat x

Quote whimsicalmusic 10-7-2021 12:36 AM
Kezzahhhh sgt smpai nk bgtao org msia pn tao psl ko xsmpai jodoh lg..so kalo lg ramai tao lg cepat ke smpai jodoh tu?
Quote lurve82 10-7-2021 08:30 AM
Saja nk tgkp org msia ke apa…gedik..
Quote damsel_fiji 10-7-2021 12:21 PM
siapakah kamu?
Quote Carcosa 11-7-2021 12:10 AM
Ya ya ohhh je kau
Org Malaysia ramai yg tau psl kau nak carik jodoh? Aku haram taktau kalau tak baca thread ni.
Sapa2 nak ambik dia ni jadi bini, untung lah. Package jadi bibik sekali. #sorrynotsorry
Quote vender 11-7-2021 08:13 PM
BENgapnya ko dik....
Quote anony-mous 12-7-2021 07:29 AM
Mcm mgharap dgn jantan malaya jah
Quote annehuda 12-7-2021 03:55 PM
aku ingatkan yaya ngaku oku jual kek bulan perampas laki org tu
Quote anilanil 16-7-2021 12:32 AM
Kamu shiapa..?
Quote pearl.silver 16-7-2021 10:08 AM
Npe x ikut friska & trisna dtg mlysia, bole kawen ngn suami org kje gomen, kje insinyur
Quote doubleharmonic 16-7-2021 10:18 AM
sapo orang malaysia yang dah tahu ko lambat kahwin? ipanonline tu ke?
Quote cmf_premierleag 20-7-2021 09:45 PM
org msia dh tahu?
ko shiapa hah pompuan brengsekk
ni mesti nk tekel lelaki2 Msians pastu fefeling dpt suami mcm Arwah Asyraf Sinclair
Quote heythere123 31-7-2021 06:16 PM
msdummy.2018 replied at 9-7-2021 03:23 PM
Aku sbg rakyat malayaua xhingin tau dan xtau pun konlmbtbkawin...rmi jer org msia lmbtbkawin..bukan  ...

entah kan, berjuta lagi perempuan single dekat sini
Quote heythere123 31-7-2021 06:16 PM
doubleharmonic replied at 16-7-2021 10:18 AM
sapo orang malaysia yang dah tahu ko lambat kahwin? ipanonline tu ke?

viewers lebih 5 orang kira ramai la kot untuk dia

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.332022 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top