CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kau berlakon ke buat reviu, alahai!" - Netizen muat naik babak drama "hard sell" lakonan Amyra Rosli

6-7-2021 05:15 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 24154| Komen: 130

Description: Baru-baru ini, tular di Twitter mengenai video babak drama yang dilakonkan oleh Amyra Rosli yang dimuat naik oleh seorang netizen, memperlihatkan Amyra sedang bercakap sambil mempromosikan produk pena ...



Baru-baru ini, tular di Twitter mengenai video babak drama yang dilakonkan oleh Amyra Rosli yang dimuat naik oleh seorang netizen, memperlihatkan Amyra sedang bercakap sambil mempromosikan produk penajaan drama tersebut yang dirasakan terlalu "menjual".

"Kau berlakon drama ke nak buat product review alahai bxdoh nya cringe pulak tengok dia bercakap dengan vitamin c tu", tulis netizen tersebut.


Penempatan produk dalam drama itu sangat jelas sehingga kelihatan seperti iklan dan membuat ramai penonton meluat. Ini antara komen netizen yang turut merasa terganggu dan hilang fokus akibat product placement dalam drama Melayu. 


Menjawab mengenai isu tular itu, pengarah drama fenomena Nur dan Nur 2, Shahrulezad Mohameddin meminta penonton agar membuka minda dengan tidak menyalahkan pengarah atau pelakon sekiranya terdapat unsur iklan yang terlalu menjual atau "hard sell" dalam sesebuah drama.

Memetik mStar, pengarah itu berharap penonton dapat memahami konsep politik belakang tabir yang mana membuatkan pengarah dan stesen televisyen tersepit dengan permintaan penaja drama berkenaan.

Antara babak drama yang dimuat naik oleh netizen.

"Penonton sebenarnya tidak faham akan konsep politik belakang tabir.. kebanyakan pengarah dan pihak stesen tv tersepit dan ini merupakan antara dilema yang selalu dihadapi penggiat seni.

"Kebanyakan brand yang sponsor mereka bukan penonton drama Melayu tegar, jadi mereka tak tahu yang penonton kita memang tak suka konsep hard sell.. mereka hanya nampak rating drama itu tinggi..

"Yang jadi kambing hitamnya pengarah dan stesen tv.. penonton kemudian banding-bandingkan dengan produksi drama Korea Selatan tapi saya tengok drama di Korea pun ada juga yang hard sell" katanya ketika dihubungi mStar.

Shahrulezad berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu product placement yang dianggap keterlaluan sehingga menganggu jalan cerita sesebuah drama itu sehingga ia memimbulkan rasa kurang senang penonton.

"Tolonglah agensi nasihatkan client anda yang hard sell memang tidak bagus untuk brand pelanggan anda. Dalam konteks hiburan, hard sell never works.

"Perkara itu boleh backfire balik brand tersebut sebab nanti penonton akan menyampah sebab ia menganggu estestik cerita tersebut," katanya lagi.

Jadi, apa pula pendapat anda mengenai product placement dalam drama Melayu? - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fadz84 6-7-2021 06:04 AM
mmg try hard sgt nk menjual produk dlm drama tu.. tgk drama Penthouse ada jugak product placement tp xla nmpk hard sell sgt.. cth produk cereal untuk breakfast, pelakon just ckp bnda tu sedap & bagus kat partner yg berlakon sekali.. bukan bercakap sorg2 ngn vitamin C... Yg pengarah ajet2 ni pun semua bnda nk menjawab dh kenapa...
Quote beta_carotene 6-7-2021 06:56 AM
bodoww.. siapa pengarah sangkak drama ni
Quote missHaidiD 6-7-2021 06:57 AM
Si bdk ijat ni makin lama makin over yach. Ada je isu dia pun nk komrn utk naikkn nama. Iols suka jgk tgk dram2 dia. Tp makin annoying pulak dgn dia. Dok diam2 tak bole ke. Ada je keja nk mencapub. Dah cm ponen dah dgn gigi bersinar engkau tu
Quote BungaTepiMeja 6-7-2021 07:04 AM
So pengarah tak ada hak ke nak tolak cadangan atau bagi suggestion lebih baik pada client yg katanya bukan penonton tegar drama Melayu itu?
Quote printercomel 6-7-2021 07:07 AM
Ciri ciri pengarah syok sendiri. Hujung blame org tengok cite dia.

Takde penonton takde makna drama kau la. Boikot je pengarah mcm ni. Drama dia je pakat tukar channel.
Quote wirazam 6-7-2021 07:12 AM
fadz84 replied at 6-7-2021 06:04 AM
mmg try hard sgt nk menjual produk dlm drama tu.. tgk drama Penthouse ada jugak product placement tp ...

Salahkan penulis skrip..tak kreatip langsung
Quote sayawifenikmie 6-7-2021 07:28 AM

... tak cantik dah amira ni ... too thin ..  
Quote KIM.K 6-7-2021 07:34 AM
Dakijat makin skeri dgn muka plastik hensem dia tu. Memancor aura kunyit idup

Level2 afrika selatan iklan vit.c ni. Jelas dan senang faham. Semoga dihencap nurtizen internasional
Quote fealefea 6-7-2021 07:40 AM
Tgk cite korea missing the other side promo samsung s20 fe 5g. Dia guna fon tu utk call, cari maklumat, waze, record. Pastu kat awal dan akhir credit letak beso2 logo ape.
Quote rokarina 6-7-2021 07:51 AM
Banyak je tengok drama melayu camni skg.. Tapi dulu2 elok je xde hard sell kenapa skg wajib kena buat? Nak buat hard sell filem youtube pendek sesuai la. Buat content lawak hujung2 suruh pakai produk. Ok je but not on tv series la. Lari feel kot
Quote kaoru44 6-7-2021 07:54 AM
fadz84 replied at 6-7-2021 06:04 AM
mmg try hard sgt nk menjual produk dlm drama tu.. tgk drama Penthouse ada jugak product placement tp ...

Dlm ni mmg lawak la..dh dialog vit C pnjg plak tu..
Slalu tgok drama korea ratus psl syarikat shampoo ke supplement ke..mmg promote produk tu..tp xlah fokus kat produk tu tiap masa..kdg2 ada la dialog sale mningkat sbb shampoo tu bagus..mcm tu je la..
Yg penthouse baru ni ttgok part dia buat teh ungu..lpas tu dialog.."minum x teh ungu?"..
Simple je..tp cntik wrna teh purple tu..
Quote miu84 6-7-2021 08:03 AM
Hmm tp haritu tgk drama korea "Mine", walaupun drama dia posh, fashion cantik, setting meletups, tapi ada juga hard sell. Jual probiotics budak. Budak tu tengah sedih, mak sebenar dia pergi ambil satu jar probiotics tu suruh dia makan. Lebih dari sekali product tu muncul. Tengah syok layan drama, terus rasa "huh"?
Quote TomyamPuteh 6-7-2021 08:04 AM
Nasib baik bkn opah yg buat iklan tu
Quote salmon-suki 6-7-2021 08:12 AM
Kalau nk sgt tnjukkn sponsor,bt mcm jdorama tu haa,terus keluar sponsor2 dorg,sebut sebijik2 main sponsor..dlm drama plak dorg just guna bnde tu mcm biasa,kalau fon,dorg guna fon tu..kalau air,dorg minum air tu,xde nak ckp psl kelebihan yadayada psl produk tu lah dlm cerita dorg..subtle n yet powerful yee..
Quote fadz84 6-7-2021 08:14 AM
kaoru44 replied at 6-7-2021 07:54 AM
Dlm ni mmg lawak la..dh dialog vit C pnjg plak tu..
Slalu tgok drama korea ratus psl syarikat sha ...

Haah perasan gak scene teh ungu tu... Tp setakat tu jela... Xdelah berjela dialog kebaikan teh tu... Kita sebagai audience klu tertarik ngn produk tu akan Google later
Quote setori_mori 6-7-2021 08:19 AM
Alahaiiiii cringy nyaaa. Patut lepas dah masuk tablet dlm air dah boleh stop. Pastu kalau nak emphasized buat la skrip sikit dgn orang ye bukan dgn botol vitamin pengarah ponnnnn nak defend diri
Quote fadz84 6-7-2021 08:20 AM
beta_carotene replied at 6-7-2021 06:56 AM
bodoww.. siapa pengarah sangkak drama ni

Mohd Fazli Yahya.. drama Sabarlah Duhai Hati
Quote anony-mous 6-7-2021 08:25 AM
missHaidiD replied at 6-7-2021 06:57 AM
Si bdk ijat ni makin lama makin over yach. Ada je isu dia pun nk komrn utk naikkn nama. Iols suka jg ...

I rasa heols mmg ponen? Sbb jantan straight x mcm ni rasanya
Quote supermum 6-7-2021 08:30 AM
Product placement dalam drama local memang cringy. Macam tak sanggup mata aku tengok kalau scene tu keluar. Between dialog yang casual tetiba terselit promo skema.

Lihat semua komen(130)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.214399 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top