CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tentera Wanita Buat Perbarisan Pakai Kasut Tinggi, Motif?

6-7-2021 10:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2347| Komen: 8

Description: Kiev: Tindakan Kementerian Pertahanan Ukraine menetapkan anggota tentera wanitanya memakai kasut tumit tinggi ketika perbarisan sempena Hari Kemerdekaan negara berkenaan tahun ini hanya mengundang kri ...
Kiev: Tindakan Kementerian Pertahanan Ukraine menetapkan anggota tentera wanitanya memakai kasut tumit tinggi ketika perbarisan sempena Hari Kemerdekaan negara berkenaan tahun ini hanya mengundang kritikan orang ramai.


Terdahulu, gambar anggota tentera itu berlatihan untuk perbarisan dengan mengenakan kasut tumit tinggi hitam, tular di media sosial, menurut Sputnik News.

Banyak pihak yang mempersoalkan kewajaran penggunaan kasut terbabit dengan BBC memaklumkan bahawa, sebelum ini ada wanita yang mengambil bahagian dalam perbarisan sebegitu memakai kasut tentera.

Kredit foto: Agensi


Menurut media tempatan pula latihan berkenaan berlangsung kira-kira empat jam sehari.

Ahli Parlimen Ukraine turut mempertikaikan tindakan itu, bahkan Menteri Pertahanan Andriy Taran turut 'dihadiahkan' sepasang stiletto merah sebagai menzahirkan kemarahan.

Dalam kenyataan bersama tiga anggota Kabinet Ukraine termasuk Menteri Hal Ehwal Veteran Tentera Yulia Laputina, mereka menegaskan perbarisan sempena hari kemerdekaan adalah untuk menunjukkan keupayaan ketenteraan sesebuah negara.

"Perarakan dan perbarisan ketenteraan tidak seharusnya dijadikan isu stereotaip atau seksisme.

"Seramai 57,000 anggota tentera wanita di negara ini sepatutnya memegang mesingan, bukannya memakai kasut tumit tinggi," menurut kenyataan itu.

Pengguna media sosial pula secara terang menzahirkan rasa tidak puas hati bahkan, ada yang berdebat bahawa keadaan itu mungkin masuk akal sekiranya kasut tumit tinggi adalah sebahagian daripada pakaian seragam tentera wanita, namun ia tetap dianggap 'ketinggalan'.

Dalam pada itu, Taran dimaklumkan sudah menemui kadet wanita daripada Institusi Ketenteraan Universiti Kebangsaan Taras Shevchenko, Kiev yang dijangka menyertai perbarisan itu untuk berbincang mengenai isu pakaian seragam mereka.

Kementerian Pertahanan mengumumkan etika pemakaian kasut bagi menyertai perbarisan ketenteraan pada 24 Ogos itu, minggu lalu.

Media Rusia gazeta.ru melaporkan kementerian itu juga bersetuju untuk menggantikan kasut tumit tinggi dengan kasut lain yang bersesuaian buat kadet wanita. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninja9 6-7-2021 10:22 AM
menteri pertahanan terpedaya dgn nafsu sendiri. nak juga masukkan unsur godaan dlm bidang yg tak perlu.
Quote Tinot7 6-7-2021 10:53 AM
Kaki tak sakit ke kena berbaris mcm tuh?
Quote nakkomenjugak 6-7-2021 10:58 AM
kat murica, propaganda recruit soldier nya perempuan. Perempuan yang dibesarkan dek alphabet people aka elgibiti. jauh beza dari video ketenteraan china russia.
Quote sukacactus 6-7-2021 01:13 PM
Kasut tumit tinggi dicipta untuk melambatkan pergerakan wanita
Takde la aku…buat sakit kaki je
Setia dgn fitflop & sneakers aje
Quote Artemesiaa 6-7-2021 01:18 PM
Tak tinggi mana pun kasutnya tu dalam 2 inci je pun tapi lebih baik guna kasut tentera nampak lebih berani.
Quote I.K.A888990 6-7-2021 02:51 PM
tabik spring la yg thn pakai kasut tinggi mcm ni. i mmg xboleh pakai lama2 kasut ni sakut yg amat
Quote TOPwind 6-7-2021 02:58 PM
sakit tu = nasib baik bukan (Yang Hensom) mat sabu mentorinya
Quote tikusmontok 6-7-2021 04:07 PM
Tak melecet ke tu

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.051337 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top