CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tahu Takut! Sorok Motor Dalam Bilik Tidur Selepas Aksi Bahaya Viral

6-7-2021 10:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2628| Komen: 12

Description: Kuala Lumpur: Cubaan seorang remaja lelaki menyembunyikan motosikalnya di dalam bilik tidur di rumahnya di Taman Harmonis, Gombak, dekat sini, selepas video aksinya menunggang motosikal secara berbaha ...
Kuala Lumpur: Cubaan seorang remaja lelaki menyembunyikan motosikalnya di dalam bilik tidur di rumahnya di Taman Harmonis, Gombak, dekat sini, selepas video aksinya menunggang motosikal secara berbahaya tular di media sosial gagal selepas ditahan polis hari ini.


Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, pihaknya menerima maklumat pada 9 pagi ini berkaitan dua rakaman video yang tular di Twitter berdurasi 22 saat dan 30 saat.

Menurutnya, hasil risikan pada rakaman video pertama dapati kejadian berlaku jam 5.30 petang semalam di Jalan Sungai Tua menghala ke Ulu Yam.

Kredit foto: Harian Metro


"Hasil paparan video itu dapat dikenal pasti suspek berusia 15 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 warna biru hitam menetap di Batu Caves sebelum dia ditahan jam 2.45 petang tadi.



"Hasil risikan pada rakaman video kedua dapati kejadian berlaku pada 29 Jun lalu jam 1 tengah hari di Jalan Batu 6 1/2 Jalan Gombak (Kampung Tengah) menghala ke arah Kuala Lumpur.


"Siasatan lanjut kemudian mendapati suspek berusia 15 tahun menunggang motosikal Yamaha 135LC dan menetap di Taman Harmonis, Gombak, dekat sini, sebelum dia ditahan jam 3 petang ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Nadzri berkata, bagi mengelak motosikalnya dikesan, remaja lelaki terbabit turut menyembunyikan di dalam bilik tidurnya namun gagal selepas pemeriksaan menemuinya.

"Mereka bersama motosikal itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 6-7-2021 11:02 AM
sembunyikan bawah katil lain kali dek non hikhiikhkk

dasar bocahhh. ingat berani sangat, sekali kecut jugak
Quote prettyuglybabe 6-7-2021 12:59 PM
mak bapak sayang anak kan..
Quote bulalof 6-7-2021 01:27 PM
kecik2 dah hilang akal dpt pegang handle motor.
Quote I.K.A888990 6-7-2021 02:49 PM
tangkap mak bapak sekali senang
Quote djzara81 6-7-2021 03:35 PM
Acik puji bab bilik dia yg nmpk kemas & bersih tapi..ko dah kenape dik sorok motor dlm bilik?! Tau takut ehhh..acik mmg cukup benci mat rempit !!!
Quote any42 6-7-2021 05:04 PM
elok2 ade motor pgi salah guna. baik la p blajar elok2 jd pelumba negara ke.
Quote BeskotCekelat 6-7-2021 06:20 PM
djzara81 replied at 6-7-2021 03:35 PM
Acik puji bab bilik dia yg nmpk kemas & bersih tapi..ko dah kenape dik sorok motor dlm bilik?! Tau t ...

Hahaha... Betul lah, walaupun perangai adik ni rempit, tapi bilik dia memang kemas...
Quote Artemesiaa 6-7-2021 06:22 PM
Yang sorok dalam bilik kan dah kantoi lain kali campak dalam lombong udah
Quote Fortiori02 7-7-2021 10:45 PM
Buat benda bykan2, x pasal2 kena sorok moto dlm bilik
Quote sukacactus 8-7-2021 12:12 AM
djzara81 replied at 6-7-2021 03:35 PM
Acik puji bab bilik dia yg nmpk kemas & bersih tapi..ko dah kenape dik sorok motor dlm bilik?! Tau t ...

Aku pun perasankan kekemasan biliknya dl lps tu br nampak motor yg dicari polis tu
Quote None68 8-7-2021 07:10 AM
Pengemas orangnya..
Quote aint 8-7-2021 07:13 AM
bersih dan kemas serta teratur bilik nya... walopun kecik... iols kagum

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.283185 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top