CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berbaris Panjang Dari 6.30 Pagi Sampai Ke Petang- "Ya, Semua Mereka Positif Covid-19"

6-7-2021 10:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7715| Komen: 46

Description: Shah Alam: Dianggarkan lebih 1,000 individu yang disahkan positif Covid-19 beratur sepanjang 500 meter di laluan pejalan kaki untuk memasuki Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Malawati, Seksyen ...
Shah Alam: Dianggarkan lebih 1,000 individu yang disahkan positif Covid-19 beratur sepanjang 500 meter di laluan pejalan kaki untuk memasuki Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Malawati, Seksyen 13, di sini, sejak pagi hingga petang hari ini.


Sejak tengah hari tadi, video berdurasi 52 saat yang memaparkan sejumlah besar individu beratur panjang sehingga ke persimpangan sebuah pasar raya besar itu tular di media sosial.

Pengurus Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd (DEFM) yang juga koordinator bagi kemudahan fasiliti diperlukan oleh CAC, Ahmad Sayuti Bashiron berkata, pertambahan jumlah pesakit berlaku antara dua hingga tiga minggu kebelakangan ini.


Foto: Harian Metro

"Ya, semua yang beratur (mereka yang disahkan) positif Covid-19 dan ini pertama kali mereka ke Stadium Malawati untuk tujuan penilaian (daripada pihak KKM) sebaik disahkan positif.


"Kehadiran pada hari ini saya jangkakan antara jumlah paling tinggi dalam operasi CAC sejak Februari lalu, tetapi jumlah tepat hanya pihak KKM boleh sahkan.

"Sebagai koordinator mewakili Stadium Shah Alam, saya hanya boleh mengesahkan video yang tular sejak pagi tadi adalah gambaran suasana berlaku mutakhir ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahmad Sayuti berkata, mereka datang ke CAC berkenaan seawal jam 6.30 pagi.

"Sehingga 3 petang, mereka masih lagi beratur terutama yang datang menaiki bas dari kilang dan sebagainya.

"Apa yang dilihat dalam video, itu memang situasi sebenar di sini, jumlah warga asing yang datang memang mendadak dan kebanyakannya dari kilang.

"Semua yang datang adalah di bawah kawal selia Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling sahaja," katanya yang turut bertugas sebagai sukarelawan di lokasi berkenaan setiap hari. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 5-7-2021 08:05 PM
Da 1 hal membuang ms org yg nak ditest plk.
Kalo org yg beratur tu jenis rebel baik dia pg jalan2 bg skit virus tu kat org lain.
Nant bila parlimen da bukak bleh la pg jalan2 kat parlimen tu. Biar pemakan gaji buta dpt covid. Rasain.
Quote noor2 5-7-2021 08:09 PM
Hahhhh. ....berapa orang semua tu
Quote renko 5-7-2021 08:13 PM
perghhhhhhh
Quote mrsamz 5-7-2021 08:15 PM
Yg dtg tu mmg dah buat rt pcr dan positif..pergi CAC tu utk assessment layak kuarantin d rumah atau kene hantar pusat kuarantin atau kene masuk hospital ...
Quote MeghanK 5-7-2021 08:15 PM
"Apa yang dilihat dalam video, itu memang situasi sebenar di sini, jumlah warga asing yang datang memang mendadak dan kebanyakannya dari kilang"


Quote Skuau 5-7-2021 08:32 PM
MeghanK replied at 5-7-2021 08:15 PM
"Apa yang dilihat dalam video, itu memang situasi sebenar di sini, jumlah warga asing yang datang me ...

"Sektor kilang bukan punca kes covid-19 terus tinggi"- Pak Munteri.
Quote kakikuDibibirmu 5-7-2021 08:34 PM
tak nyanyi ke?

indonesia itu anjing,
indonesia itu anjing,
indonesia itu anjing,
indonesia itu anjing... (33x)



[youtube]vvw1OjOrPgk[/youtube]

http://youtu.be/vvw1OjOrPgk
Quote LoveSungmin 5-7-2021 08:35 PM
mrsamz replied at 5-7-2021 08:15 PM
Yg dtg tu mmg dah buat rt pcr dan positif..pergi CAC tu utk assessment layak kuarantin d rumah atau  ...

kalau kena hantar ke pusat kuarantin, dia hantar on the spot ke? or boleh balik rumah ambil barang keperluan dulu?
Quote harisbee 5-7-2021 08:41 PM
otai_g replied at 5-7-2021 08:05 PM
Da 1 hal membuang ms org yg nak ditest plk.
Kalo org yg beratur tu jenis rebel baik dia pg jalan2 b ...

bukak parlimen baru dikira kerja ker? ayya

Quote mrsamz 5-7-2021 08:43 PM
LoveSungmin replied at 5-7-2021 08:35 PM
kalau kena hantar ke pusat kuarantin, dia hantar on the spot ke? or boleh balik rumah ambil barang ...

Rasa mmg terus hantar..tak sure plak kalau sapa2 tak bawa barang camne plak
Quote harisbee 5-7-2021 08:44 PM
Skuau replied at 5-7-2021 08:32 PM
"Sektor kilang bukan punca kes covid-19 terus tinggi"- Pak Munteri.

ada kilang2 yg pekerja positif pun x report...siap soh keje lagi...

Quote misc 5-7-2021 08:49 PM
Boleh tahan jauh kena beratur tengah panas tu. Dah la tengah sakit. Mencabar betul.
Quote noor2 5-7-2021 08:50 PM
harisbee replied at 5-7-2021 08:44 PM
ada kilang2 yg pekerja positif pun x report...siap soh keje lagi...

Patutlah Malaysia X pernah surut kes...punca utama ialah kilang...
Quote mclaren 5-7-2021 09:02 PM
noor2 replied at 5-7-2021 08:50 PM
Patutlah Malaysia X pernah surut kes...punca utama ialah kilang...

Tapi Azmin setuju bukan dari kilang?p
Quote noor2 5-7-2021 09:07 PM
mclaren replied at 5-7-2021 09:02 PM
Tapi Azmin setuju bukan dari kilang?p

Tu lah yg buat ramai marah....
Quote kerunai 5-7-2021 09:22 PM
puak2 kilang ni :

1. Boss komunis + rasuah kuat
2. Pekerja salai balai tak ikut SOP

dua benda ni je ..hancurr ameno

opss..hancur Selangor

Negara
Quote otai_g 5-7-2021 09:35 PM
Edited by otai_g at 5-7-2021 09:37 PM
harisbee replied at 5-7-2021 08:41 PM
bukak parlimen baru dikira kerja ker? ayya


Tu dikira sbg salah satu skop keje la.
Unpama ko keje angkat najis, tp x nak buang najis dlm tong tu.
Mn blh mcm tu. X sempurna kerja tu.
Quote drivethru 5-7-2021 09:42 PM
Ade satu projek pembinaan kat putrajaya, rase nye kes covid jugak kot. Tengahari tadi, berpuluh bus beratur kat tepi projek tu. Mcm nak ambil pekerja projek tu.
Quote pu3_rania 5-7-2021 09:47 PM
Sekarang tengah menonton TV3 tentang kes kanak-kanak dan bayi yang di jangkiti Covid di Hospital Sg Buloh dan HKL serta kes kematian
Ikutkan tak sanggup nak nonton coz sebak sangat2 tapi keras kan hati teruskan nonton sekarang ni

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.065648 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top