CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ahli parlimen K.Kangsar, Ibu mertua Mira Filzah nafi ada keluarga 2 hari tak makan seperti didakwa

6-7-2021 06:21 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 7646| Komen: 29

Description: Baru-baru ini tular di media sosial mengenai satu rakaman seorang pemanggil lelaki yang menghubungi Suria FM berkongsi keadaan sebuah keluarga yang kini berada dalam keadaan menyedihkan sejak pelaksan ...



Baru-baru ini tular di media sosial mengenai satu rakaman seorang pemanggil lelaki yang menghubungi Suria FM berkongsi keadaan sebuah keluarga yang kini berada dalam keadaan menyedihkan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Menurut pemanggil itu dengan nada sebak menceritakan bahawa dia telah pergi sendiri menyampaikan bantuan kepada keluarga berkenaan dan mendapati anak-anak sudah terbaring tidak bermaya kerana sudah dua hari tidak makan.


Susulan pelbagai reaksi dari netizen mengenai video berdurasi 16 saat itu telah menarik perhatian ibu mertua kepada Mira Filzah iaitu Datuk Mastura Yazid yang merupakan ahli parlimen Kuala Kangsar. Ini kerana lokasi keluarga susah terbabit berada di kawasan beliau.



Datuk Mastura yang juga merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri melalui Instagram miliknya telah berkongsi penjelasan dari Pejabat Parlimen Kuala Kangsar apabila mereka telah berjaya menemui sendiri keluarga berkenaan bagi melihat keadaan serta mendapatkan penjelasan lanjut namun keluarga berkenaan menafikan bahawa mereka berada dalam situasi sukar atau menerima bantuan.


Menerusi kenyataan sebagai reaksi video tular temubual sebuah stesen radio itu, Pejabat Ahli Parlimen Kuala Kangsar memaklumkan sudah melakukan pelbagai usaha termasuk memberi bantuan sejak PKP 1.0 pada tahun lalu.

Menurutnya, ia bagi memastikan tiada pihak atau keluarga di parlimen itu terputus bekalan makanan.


"Usaha terkini adalah menggerakkan kempen besar-besaran melalui talian hotline khusus bagi mereka yang memerlukan dengan segala aduan akan diambil tindakan sewajarnya.

"Terdapat juga kemungkinan berlaku kekeliruan dalam memahami takrifan 'Kuala Kangsar' seperti dinyatakan dalam temubual berkenaan sama ada merujuk kepada parlimen atau daerah.

"Untuk makluman, daerah Kuala Kangsar mempunyai tiga parlimen iaitu Parlimen Padang Rengas, Parlimen Sungai Siput dan Parlimen Kuala Kangsar sekali gus timbul sedikit kekeliruan dalam menentukan kedudukan lokasi penerima bantuan," katanya dalam kenyataan dimuat naik di Facebook Pejabat Parlimen Kuala Kangsar.



Dalam kenyataan yang dikongsikan juga, keluarga yang didakwa kelaparan itu turut mengakui tidak pernah terputus bekalan makanan dan juga tidak tahu menahu tentang cerita yang disampaikan di radio Suria FM. - CARI






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mopiko 6-7-2021 06:54 AM
jap macam mana boleh tahu rumah yang didakwa tu.dengar rakaman tu tak sebut alamat pun?
Quote md_nana 6-7-2021 06:57 AM
Mopiko replied at 6-7-2021 06:54 AM
jap macam mana boleh tahu rumah yang didakwa tu.dengar rakaman tu tak sebut alamat pun?

Hahaha tu laaa pasal. kau tau pulak family tu yg abg din dok cerita. ntah2 abg din tu pun yb ni x knl. siapa lah balaci dia yg tolong cover dia neh.
Quote jiwarasa 6-7-2021 07:26 AM
Mopiko: jap macam mana boleh tahu rumah yang didakwa tu.dengar rakaman tu tak sebut alamat pun?


Buka ig yb kat atas tu skroll page 2 ada cakap pjbt parlimen call pengadu tu nak dapatkan maklumat orang susah tu. Pastu kat page fb rasmi ahli parlimen ckp dah gi jumpa orang susah tu tapi orang tu nafi apa yg pengadu cakap
Quote fealefea 6-7-2021 07:34 AM
Org susah ada maruah kot. Tetapi kene interview bagai malu alah, die nk ngaku susah kot. Tak pe lah. Allah tau. Dari situasi penceritaan NGO tu dia p terjah je kot.

Saidina Umar pon menyamar jadi rakyat biasa mlm2 nk tgk rakyat dia. Baru la dia lihar wajah rakyat die yg sebenar. Ni yb dtg, kene interview ramai2, maruah ko nk letak mane. Ckp la utk tutup aib yg mampu.
Quote watatakut 6-7-2021 07:40 AM
Menantu menteri rupanya.. ai c
Quote TomyamPuteh 6-7-2021 08:06 AM
Kita ikuti apa kata mira filzah sekarang.....
Quote salmon-suki 6-7-2021 08:15 AM
fealefea: Org susah ada maruah kot. Tetapi kene interview bagai malu alah, die nk ngaku susah kot. Tak pe lah. Allah tau. Dari situasi penceritaan NGO tu dia p  ...

Politaik msia xsah kalau bg bantuan x tnjuk..nak tnjuk y dorg terpaling kesah akan rakyat padahal once in a blue moon jah,nak2 org kata dh nak dekat PRU kan..{:smile
Quote Incanto 6-7-2021 08:23 AM
politicians skrg bukan jer otak, tapi keikhlasan pun kat lutut

anyway kat bod CI ada thread pnjg lebar psl isu ni
Quote Kurex 6-7-2021 08:23 AM
Apa2 yg berkaitan dgn sembam basic fake ni, aku benci!!!! Puihhhhhhh
Quote cik_ingeniare 6-7-2021 08:24 AM
Gigihnya weh kau pi cari org tu ape la salahnya mintak maaf sebab terlepas pandang & terus bagi sumbangan.. ni cari bukti utk bersihkan nama.. kenot brain
Quote fadz84 6-7-2021 08:24 AM
Mopiko replied at 6-7-2021 06:54 AM
jap macam mana boleh tahu rumah yang didakwa tu.dengar rakaman tu tak sebut alamat pun?

Baru nk tnya... Caller tu xde ckp specific pun pasal org yg ditolong tu
Quote eyansss 6-7-2021 08:41 AM
dia ni naik sebab suami meninggal kan kan...  pastu aku nak tanya adik aku la, betul ke statement dia  orang kuale takde yang susah langsung...
Quote bulalof 6-7-2021 08:46 AM
kalau tak camni, bukan politik namanya. well done politaik's.
Quote sranua 6-7-2021 09:00 AM
Edited by sranua at 6-7-2021 09:01 AM

Hidup ni bukan semuanya sempurna, semua tersusun rapi mcam dalam kalendar. Shit happen. Mengaku kekihlafan telah berlaku dan langkah pencegahan dan pembaikan telah diambil. Kali ini dengan penglibatan NGO. Bukan susah sangat nak buat kerja. Libatkan NGO yang ada tu, dana YB yang cari, orang susah biar NGO yang cari.
Masalah YB atau orang politik ni sebab banyak nak nafi itu ini....sudahnya kantoi. Siapa yang malu. Ya mereka dan keluarga mereka. Tapi kalau duit pree dapat..malu tolak tepi. Tak percaya tanya Timbalan dengan Menteri yang ada.
Quote jarimanis 6-7-2021 09:04 AM
Abg din tak ckp pun dlm parlimen kola kangsar. Abg din kola kangsar je. Kola kangsar kan luas. Ada 3 parlimen.Acah2 terasa kenapa. Menggelabah lebih..aduss la menteri
Quote matbad 6-7-2021 09:24 AM
apa yg dia cuba sampai kan?? politikus betoi
Quote SedihPedih 6-7-2021 09:30 AM
kenapa politician malaysia ni mcm kehilangan sel-sel otak ja lately?
Quote aireen24 6-7-2021 10:10 AM
tadi ada baca ada NGO tu cabar jumpa dia, sbb dia kata perak ada orang susah dan kebanyakkan yang contact depa orang dari kuale...


mastura ni anak orang kaya...dia tahu ke kesusahan orang misikin?
Quote fadz84 6-7-2021 10:14 AM
aireen24 replied at 6-7-2021 10:10 AM
tadi ada baca ada NGO tu cabar jumpa dia, sbb dia kata perak ada orang susah dan kebanyakkan yang co ...

Jd YB pun sbb ganti tempat arwah suami... Ala2 bidan terjun je pun.. huhuhu

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.054168 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top