CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Berbulan Tak Kerja, Duit Habis- Isyariana Jauhi Media Sosial Untuk Elak Stres

5-7-2021 03:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4827| Komen: 19

Description: Enggan terkait pengaruh negatif yang akhirnya mampu menjejaskan kesihatan mental, pelakon dan juga penyanyi, Isyariana mengambil pendekatan untuk tidak terlalu aktif dalam media sosial.
Enggan terkait pengaruh negatif yang akhirnya mampu menjejaskan kesihatan mental, pelakon dan juga penyanyi, Isyariana mengambil pendekatan untuk tidak terlalu aktif dalam media sosial.


Isyariana atau nama lengkapnya Isyariana Che Azmi berkata, dia mengambil langkah sedemikian kerana berasakan media sosial lebih banyak membawa perkara negatif dalam hidupnya, khususnya ketika persekitaran masih dihantui pandemik.

“Saya tidak mahu terlalu terikat dengan media sosial kerana pengaruhnya sangat luas. Ada yang membawa pengaruh positif, tetapi kebanyakannya menjurus kepada perkara negatif.

Kredit foto: IG

“Lagi pun saya rasa perkara ini baik untuk saya kekalkan kesihatan minda dan jiwa saya dengan mengurangkan aktiviti dalam media sosial dan lebih fokus untuk memperbaiki diri,” katanya kepada Kosmo! Online.


Disoal tentang perasaan yang dialaminya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 1 Jun lalu, pemenang Artis Baharu Wanita Popular Anugerah Bintang Popular 2020 itu mengakui tidak terlepas daripada berdepan tekanan kerana tiada pekerjaan.

Dia percaya ramai lagi individu lain turut melalui kondisi sama lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan PKP untuk tempoh yang panjang.



“Sejujurnya saya dan mungkin ramai lagi masyarakat di luar sana agak tertekan menghadapi situasi PKP yang panjang. Sebab kita pun sudah terlalu lama tidak keluar bekerja.


“Saya rindu untuk kembali bekerja, beraksi di set penggambaran dan keluar mencari rezeki. Sudah beberapa bulan saya tidak bekerja, duit simpanan juga akan habis,” katanya.

Bagaimanapun, Isyariana atau lebih mesra disapa Isya menganggap perkara yang berlaku sebagai sebuah ujian agar tidak terlalu memikirkan kehendak peribadi.

“Mungkin ini adalah masa untuk saya muhasabah diri dan memperbaiki diri sendiri dengan lebih memperbanyakkan ibadah,” kata Isya.



Sepanjang tempoh PKP, Isya berkata dia mempunyai banyak masa untuk melakukan aktiviti yang jarang dia dapat lakukan ketika waktu-waktu lain antaranya menambah ilmu dengan memperbanyakkan membaca buku, al-Quran, menghayati sirah Rasulullah dan mendengar majlis-majlis ilmu secara dalam talian.

“Setiap minggu juga saya akan menjalani latihan teater bersama ibu Fauziah Nawi dan akan membuat pembacaan skrip bersama-sama rakan pelakon lain secara dalam talian.




Isya yang kini tampil dengan single baharu berjudul Bisik Hati sejak 6 Jun lalu juga sibuk mempromosikan lagu berkenaan.

“Bertepatan dengan mesej lagu ini yang ke arah bicara kita dengan Tuhan, saya rasa Bisik Hati sangat sesuai dilancarkan ketika PKP ini apabila ramai antara kita yang tertekan dengan keadaan semasa,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nana_Man 5-7-2021 04:07 PM
Comel budak Isya ni.
Quote Kurex 5-7-2021 04:16 PM
Who are youssssss
Quote salimrock 5-7-2021 04:22 PM
Bertepatan dengan mesej lagu ini yang ke arah bicara kita dengan Tuhan, saya rasa Bisik Hati sangat sesuai dilancarkan ketika PKP ini apabila ramai antara kita yang tertekan dengan keadaan semasa,” katanya. -CARI


wah bagus nya mesej bakal album yg akan terbit ni, bicara kita dgn Tuhan,


mesti best ... dan tak boleh kecam sebab dia dah guna Tuhan sebagai backup
Quote ImpianSeroja 5-7-2021 04:23 PM
Cantik juga
Quote aammyy 5-7-2021 04:31 PM
Halo wartawan cari. Tolong bukak benang pasal mak mertua mira basic. Isu tengah panas kat twitter skrg. Itupun nak kena ajar ke? Jadi kerja pulak aku nak komen kat sini
Quote slyfynx 5-7-2021 04:34 PM
Eh jap, aku rase baru tadi aku taip kt satu lg benang lain yang aku x kenal nama, muka and bakat die
Quote nakkomenjugak 5-7-2021 05:38 PM
whoareyussss tapi comel
Quote JohnyEnglish 5-7-2021 05:39 PM
Comey..kucing dua ekor tuh
Quote Berbudibahasa 5-7-2021 11:00 PM
Whoryuss jugak.. tp comel macam muka EJA
Quote samshik 5-7-2021 11:50 PM
aammyy replied at 5-7-2021 04:31 PM
Halo wartawan cari. Tolong bukak benang pasal mak mertua mira basic. Isu tengah panas kat twitter sk ...

Kes gapo neh.. Bnyk naw badot dlm kabinet.. Smpai kenot brain dah
Quote awenda507 6-7-2021 02:31 AM
Knl dia ni sbb tgk sepahtu reunion. Lawa la pd mata aku.
Quote fadzyjemi 6-7-2021 02:55 AM
Sape ni? Muka mcm pelakon eja version muda
Quote hotmak 6-7-2021 05:33 AM
maaf tak kenal, ada iras elizad, bertabahlah dik semua org pun terkesan

pernah menang bintang popular, ambil lah kesempatan buat review ke, jadi ds ke, takpayahlah nak mengeluh takde job, cari job tu
Quote Lydiawie 6-7-2021 07:38 AM
Not bad muka
Quote fealefea 6-7-2021 08:14 AM
Sygnye cantik tapi x marketkan nilai dia.
Quote lina21 6-7-2021 08:34 AM
Tak pe lah isya, walaupun uols sendu di aidilfitri, iols tetap ngefans
Quote lina21 6-7-2021 08:37 AM
Penyanyi baru nk up, hehe

[youtube]bQPypjG98Ao[/youtube]
Quote Raline 6-7-2021 10:31 AM
slyfynx replied at 5-7-2021 04:34 PM
Eh jap, aku rase baru tadi aku taip kt satu lg benang lain yang aku x kenal nama, muka and bakat die

https://mforum1.cari.com.my/foru ... ;page=1#pid72875080


dah ada
Quote Catpaw 15-9-2021 12:44 AM
Macam penah tengok. muka iras siti elizjad

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.052467 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top