CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rina Harun Tak Politikkan Isu Bakul Makanan

5-7-2021 03:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1730| Komen: 8

Description: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun menafikan dakwaan mempolitikkan isu bakul makanan dengan menolak permohonan seorang penduduk yang dipercayai dari Parlimen l ...
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun menafikan dakwaan mempolitikkan isu bakul makanan dengan menolak permohonan seorang penduduk yang dipercayai dari Parlimen lain.


Sebaliknya beliau menjelaskan, bantuan bakul makanan diberi tanpa mengira status pemohon.

Pun begitu, beliau berharap mereka yang tampil memohon bantuan supaya bersifat jujur dan tidak menyekat rezeki orang yang lebih memerlukan.


Kredit foto: AWANI/BERNAMA

"Dan di pusat khidmat saya juga, kita sentiasa ada juga sediakan gerobok rezeki dan yang datang memohon bantuan.

"Dan ada juga kes-kes yang tidak genuine. Dalam keadaan begini, kita harapkan kerjasama dari semua pihak terutamanya bagi mereka yang memerlukan tapi bagi mereka yang tidak memerlukan, kita tidak perlu menyekat rezeki lain," katanya ketika Program KPN@Kongsi Rezeki di Taman Maluri, pada Ahad.


Sebelum ini Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh mendakwa Rina mempolitikkan isu bakul makanan apabila menolak permohonan seorang penduduk dengan alasan pemohon bukan pengundi kawasannya.

Program Kembara Prihatin Negara@Kongsi Rezeki merupakan inisiatif Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi menghulurkan bantuan kepada golongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Menurut Rina, program ini adalah hasil kerjasama KPWKM, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Yayasan Kebajikan Negara (YKN .

"Dan kerana kita tahu ramai yang terjejas maka kita tidak mahu ada yang terputus bekalan makanan. Jadi ini merupakan salah salu inisiatif kementerian supaya van Kembara Prihatin Negara ini boleh bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang memerlukan bantuan dan sebagainya.

"Jadi tadi saya telah menyerahkan bantuan yang diperlukan oleh mereka," katanya lagi.

Justeru, Rina berharap bantuan dan sokongan daripada kerajaan ini akan membantu meringankan beban dihadapi rakyat.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MFR_IN 5-7-2021 04:45 PM
Edited by MFR_IN at 6-7-2021 02:17 AM

Kalau tanya ahli politik ni semua die nafikan.semua dia tak tahu. Bila time mengundi tebal muka nak raih undi. Sampai masa rakyat nak minta bantuan balik terus muka pun xnampak dah la..nak nampak muka nanti nak dekat2 PRU baru tgk kawasan.

Kawasan aku ni dah start2 kol tanya apa tak cukup. Padahal masa PKP 1 tu. Senyap takda khabar berita. Nampak la xlama lagi ni nk PRU. Haha
Quote nakkomenjugak 5-7-2021 05:39 PM
amboiiiii pandai dahhh mekap melawa sekarang
Quote kakikuDibibirmu 5-7-2021 05:43 PM
Quote mohdcrow 5-7-2021 05:54 PM
MFR_IN replied at 5-7-2021 04:45 PM
Kalau tanya ahli politik ni semua die nafikan.semua dia tak tahu. Bila time mengundi tebal muka nak  ...

Kan...dulu ada sorang menteri tak tahu bawah kementerian dia hilang duit rm 100 juta...

Sekarang jadi menteri balik

Kikiki...malaysia2
Quote sekngucing 5-7-2021 05:57 PM
Edited by sekngucing at 5-7-2021 05:58 PM

Sejak engkau.....pergi dulu...kau bawa bersama...bisa hati ini
Quote kakikuDibibirmu 5-7-2021 06:02 PM
Empat dara duduk di tepi sungai.... Duduk menjerat si ketamlah batu...
Quote ali2nt5 5-7-2021 10:30 PM
salam semua.. yg bantuan GKP 4 mcm mana ye? ak nk apply.. aritu terlepas huhu.

tnya mmber ak aku, dia bg link ni >> https://www.tcer.my/gkp-4/

so kene tggu 15 julai nt ke?
Quote Kitty_catz 6-7-2021 02:29 PM

hahaha

boleh la sheols hapdet bilboard ni yach.. dah kuwussss

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.114285 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top