CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

33 Maut, Hospital Di Indonesia Terputus Bekalan Oksigen

5-7-2021 10:53 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2003| Komen: 2

Description: Puluhan kematian akibat COVID-19 dilaporkan selepas sebuah hospital awam di Pulau Jawa kehabisan bekalan cecair oksigen susulan peningkatan drastik kes di negara itu.
Puluhan kematian akibat COVID-19 dilaporkan selepas sebuah hospital awam di Pulau Jawa kehabisan bekalan cecair oksigen susulan peningkatan drastik kes di negara itu.

Menurut pihak berkuasa, sekurang-kurangnya 33 pesakit dengan simptom kritikal dilaporkan meninggal dunia selepas tiada bekalan cecair okisgen diberikan di Hospital Awam Dr Sardjito di Yogyakarta pada Ahad.



Kredit foto: AP

Malah ia dilaporkan kerana bekalan oksigen yang dihantar oleh syarikat pembekalan tiba lambat. Menurut jurucakap hospital, Banu Hermawan, kekurangan bekalan oksigen di hospital terbesar di bandar itu adalah kerana kebanyakan pesakit tiba dalam keadaan tenat.

Sejak Sabtu, 63 kematian akibat COVID-19 dilaporkan di hospital tersebut.

Jumlah kematian kian meningkat walaupun pihak hospital sudah menggunakan tangki silinder oksigen bagi merawat pesakit kronik.


Bekalan oksigen kembali pulih sekitar jam 4.45 pagi Ahad waktu tempatan selepas kira-kira 15 tan bekalan cecair oksigen tiba.

Malah, dalam keadaan kritikal itu, pihak hospital sudah memohon kepada pihak berkuasa kesihatan untuk menyegerakan bantuan.

Indonesia kini bertarung dengan peningkatan kes COVID-19 sehingga menyaksikan sistem kesihatannya hampir lumpuh.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 5-7-2021 11:37 AM
Tu pun forumer indon ada hati suruh contohi indo.. Tapi ambik vaksin kat malaysia juga.. Haktuih
Quote edayildiz 5-7-2021 11:50 AM
Edited by edayildiz at 5-7-2021 11:52 AM

siannya..tp dulu kt malaysia pnh blackout satu malaysia kn...i ingt dgr org ckp ramai jgk meninggal..tp xtau btl x..i umo 6 thn rasanya.ingt2 lupa..

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.136258 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top