CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PKPD: Dua Lelaki Menyelinap Keluar Bawah Pagar Kawat Berduri

5-7-2021 12:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1998| Komen: 14

Description: KUALA LUMPUR: Dua lelaki dipercayai penagih dadah sedang diburu polis selepas melarikan diri dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Pantai Dalam di sini yang kini dikenakan Perintah Kawalan Pe ...
KUALA LUMPUR: Dua lelaki dipercayai penagih dadah sedang diburu polis selepas melarikan diri dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Pantai Dalam di sini yang kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).


Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata satu laporan polis dibuat di Balai Polis Pantai susulan tular di media sosial satu rakaman video berkaitan kejadian itu, hari ini.


Foto: Berita Harian

"Sepasukan anggota polis kini menjalankan operasi mengesan dan menangkap kedua-dua suspek yang dipercayai penagih dadah.

"Buat masa ini suspek belum dapat ditangkap dan semakan mendapati mereka melarikan diri ke arah kawasan sungai di bahagian belakang PPR terbabit," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman video berdurasi 2 minit 5 saat dua lelaki tidak berbaju menyelinap keluar daripada bawah pagar kawat berduri yang dipasang di sekeliling PPR terbabit.



Sebaik berjaya menyusup keluar, kedua-duanya dilihat memanjat pagar PPR dan melarikan diri.

Mengulas lanjut, Anuar berkata pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengambil tindakan membaiki kerosakan yang berlaku pada kawat duri akibat tindakan dua lelaki itu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)," katanya.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan PPR Pantai Ria serta Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam dikenakan PKPD bermula Khamis lalu hingga 14 Julai depan. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 5-7-2021 12:39 PM
'Di mana ada kemahuan...di situ ada jalan keluaq'...depa bkn letak kat tangga pon...
Quote Kurex 5-7-2021 12:41 PM
Tembak je la taik ni
Quote TabletSusu 5-7-2021 12:48 PM
kena buat double line lah kawat tu lps ni
Quote ultra78 5-7-2021 12:50 PM
Pelik. Kenapa tak letak kawat duri tu di belah luar pagar? Nak kerja mudah kot
Quote nakkomenjugak 5-7-2021 12:58 PM
ammboiiii ala2 mission impossible sungguh. kena letak ost MI baru nampak macam ala2 misi menyelamatkan dunia
Quote drivethru 5-7-2021 01:01 PM
Bangsa todi ni mmg lahanat.
Quote Mianawais 5-7-2021 01:07 PM
I have to make a double line for this wire
Quote Artemesiaa 5-7-2021 01:27 PM
Dah biasa buat kerja macam tu je yang berani lakukan perbuatan tu
Quote edayildiz 5-7-2021 01:28 PM
i tgk kt fb smlm..pijo omar share..i ingt pokcik ni tgh nk amik something bwh keta..
Quote Orix 5-7-2021 01:35 PM
Ap punya kawat la. Sedehhhh.
Quote dudaberhias 5-7-2021 01:36 PM
Tembak je lah dua2 ni dek oiii.
Simpan lama2 pun takde guna.
Quote jfq 5-7-2021 01:37 PM
Pasang kawat gap besar sgt sampai senang bolos
Atas pagar boundary tu pun kena pasang jugak
Quote Decaffeinated 5-7-2021 02:00 PM
Kat WhatsApp aku tengok 3 orang
Quote hyie 5-7-2021 02:49 PM
konfiden je dengan tak pakai bajunya

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 03:13 AM GMT+8 , Processed in 0.055951 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top