CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rasa Bersalah Buat Orang ‘Terliur’, Eric Floor 88 Hulur Makanan Percuma

5-7-2021 03:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3452| Komen: 14

Description: Bagi membantu golongan dalam kesusahan akibat pandemik Covid-19, tiga anggota Floor 88 iaitu Eric Fuzi, Achoi dan Falique bersama pengurusan medan selera milik mereka mewujudkan satu program amal.
Bagi membantu golongan dalam kesusahan akibat pandemik Covid-19, tiga anggota Floor 88 iaitu Eric Fuzi, Achoi dan Falique bersama pengurusan medan selera milik mereka mewujudkan satu program amal.


Menurut Eric yang juga salah seorang pengusaha Masok Foodcourt, dia terpanggil untuk menjalankan program tersebut kerana memikirkan nasib orang yang tidak mampu untuk membeli makanan yang dijual di medan selera itu.

Kata pemilik nama Muhamed Eric Muhamad Fuzi itu, program agihan makanan di sekitar Kuala Lumpur yang tidak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilakukan sekali seminggu bermula Jumaat lalu.

Kredit foto: IG

"Alhamdulillah... pada Jumaat lalu, saya, Achoi, Falique dan pihak pengurusan Masok Foodcourt sudah mula program menghulurkan bantuan kepada golongan dalam kesusahan.


"Saya secara peribadi sebenarnya nak kongsi video atau foto tentang makanan di Instagram tak sampai hati sebab faham keadaan sekarang tak semua orang dapat merasa makanan yang sedap.

"Tapi nak tak nak, saya kena juga sebab terlibat dalam perniagaan makanan. Jadi, untuk tebus rasa serba salah itu, kami mengambil inisiatif mengajak orang ramai untuk berkongsi rezeki kepada yang memerlukan.

"Sesiapa yang ada rezeki lebih dan berkemampuan, boleh menghulurkan bantuan dengan menempah makanan daripada kami untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan," kata Eric kepada mStar.

Sebelum ini, Eric mengakui perniagaan medan selera yang diusahakan bersama rakannya itu turut terjejas memandangkan ia baharu sahaja dibuka sebelum larangan untuk 'dine in' atau makan di kedai sepanjang PKP.

Masok Foodcourt yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur itu diusahakan oleh Eric bersama dua lagi ahli kumpulan Floor 88 iaitu Achoi dan Falique.

Dalam pada itu, Eric mendedahkan dia dan ahli kumpulannya Floor 88 turut terkesan dengan keadaan pandemik Covid-19 namun mereka tetap mahu membantu orang yang lebih memerlukan.

Biarpun tidak dapat memberi bantuan dari segi kewangan, namun dia dan lima orang lagi anggota Floor 88 menggunakan platform serta tenaga mereka.



"Ikutkan, semua ahli Floor 88 termasuk saya sendiri sangat terkesan dengan pandemik Covid-19. Tambahan pula, bisnes medan selera itu baharu sahaja bermula.

"Tapi itu tidak mematahkan semangat kami untuk terus berjuang dalam pada masa yang sama membantu juga orang yang lebih susah. Mungkin bukan dari segi kewangan tapi kami gunakan platform yang ada selain tenaga kami juga.



"Selain program itu, saya turut serta dalam program Bakul Makanan Percuma bersama Pertubuhan Generasi Muafakat Malaysia yang diketuai oleh Apak Harry Khalifah dan program amal bersama bekas pelakon kanak-kanak," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote exclusive_vvip 5-7-2021 04:06 PM
zaman dia dok berlakon kecik2 dulu, i menyampah kalu tgk dia berlakon..tapi bila dah besar ni, i x menyampah pulak dah..tapi still x minat la
Quote hyie 5-7-2021 04:15 PM
exclusive_vvip replied at 5-7-2021 04:06 PM
zaman dia dok berlakon kecik2 dulu, i menyampah kalu tgk dia berlakon..tapi bila dah besar ni, i x m ...

heshe pon geng tentang bulan ke uols? iols takleh nak recall pulak
Quote Kurex 5-7-2021 04:17 PM
Kenapa nama samaran tak sesuai dgn fizikal?
Quote slyfynx 5-7-2021 04:35 PM
Kurex replied at 5-7-2021 04:17 PM
Kenapa nama samaran tak sesuai dgn fizikal?

Kannnn.
Aku terfikir yang die ade rambut jet black and kulit sedikit putih and bdn lean fit dengan nama Eric tu
Quote exclusive_vvip 5-7-2021 04:39 PM
hyie replied at 5-7-2021 04:15 PM
heshe pon geng tentang bulan ke uols? iols takleh nak recall pulak

rasa mcm tak...tapi yg i ingat, dia ada berlakon dlm I Know What You Did Last Raya..sikit je la,sbb watak flashback..rasa mcm nak lempang masa tgk dia lam tu..hihi
Quote ImpianSeroja 5-7-2021 04:43 PM
Bagus Eric.. Alhamdulillah
Quote Kurex 5-7-2021 04:54 PM
exclusive_vvip replied at 5-7-2021 04:39 PM
rasa mcm tak...tapi yg i ingat, dia ada berlakon dlm I Know What You Did Last Raya..sikit je la,sb ...

Jadi azlee masa kecik kan
Quote Kurex 5-7-2021 04:56 PM
slyfynx replied at 5-7-2021 04:35 PM
Kannnn.
Aku terfikir yang die ade rambut jet black and kulit sedikit putih and bdn lean fit denga ...

Kan.. aku beria scroll bawah nak tengok manusia yg bernama eric ni. Hampa!
Quote exclusive_vvip 5-7-2021 05:06 PM
Kurex replied at 5-7-2021 04:54 PM
Jadi azlee masa kecik kan

haaa,btol2...azlee jd abang erra dlm tu..
Quote doubleharmonic 5-7-2021 06:21 PM
Kurex replied at 5-7-2021 08:17 AM
Kenapa nama samaran tak sesuai dgn fizikal?

masalahnya tu memang nama betul heshe?

Kata pemilik nama Muhamed Eric Muhamad Fuzi itu, program agihan makanan di sekitar Kuala Lumpur yang tidak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilakukan sekali seminggu bermula Jumaat lalu.


Quote TomyamPuteh 5-7-2021 09:51 PM
Kecik2 dulu dia mmg pndai berlakon. Pelakon yg tak kayu utk kategori kanak2.
Quote belacan_gurl 5-7-2021 10:10 PM
Masa dia kecik2 semua ahli keluaga aku kata budak ni anak jalaluddin Hassan
Quote LadyCarefree 6-7-2021 12:03 AM
Si nabelah binik alepajis dah xniaga ke laksa sarawak? Xlaku ke?
Quote Perils 7-7-2021 12:34 AM
doubleharmonic replied at 5-7-2021 06:21 PM
masalahnya tu memang nama betul heshe?

Bolayan je org mcm tue . Dia je yg plg betul , plg bagus .

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.077064 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top