View: 1220|Reply: 14
|
PKPD: Dua Lelaki Menyelinap Keluar Bawah Pagar Kawat Berduri
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Dua lelaki dipercayai penagih dadah sedang diburu polis selepas melarikan diri dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Pantai Dalam di sini yang kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata satu laporan polis dibuat di Balai Polis Pantai susulan tular di media sosial satu rakaman video berkaitan kejadian itu, hari ini.
Foto: Berita Harian
"Sepasukan anggota polis kini menjalankan operasi mengesan dan menangkap kedua-dua suspek yang dipercayai penagih dadah.
"Buat masa ini suspek belum dapat ditangkap dan semakan mendapati mereka melarikan diri ke arah kawasan sungai di bahagian belakang PPR terbabit," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman video berdurasi 2 minit 5 saat dua lelaki tidak berbaju menyelinap keluar daripada bawah pagar kawat berduri yang dipasang di sekeliling PPR terbabit.
Sebaik berjaya menyusup keluar, kedua-duanya dilihat memanjat pagar PPR dan melarikan diri.
Mengulas lanjut, Anuar berkata pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengambil tindakan membaiki kerosakan yang berlaku pada kawat duri akibat tindakan dua lelaki itu.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)," katanya.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan PPR Pantai Ria serta Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam dikenakan PKPD bermula Khamis lalu hingga 14 Julai depan. -CARI
Sumber: Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
kena buat double line lah kawat tu lps ni |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik. Kenapa tak letak kawat duri tu di belah luar pagar? Nak kerja mudah kot |
|
|
|
|
|
|
|
ammboiiii ala2 mission impossible sungguh. kena letak ost MI baru nampak macam ala2 misi menyelamatkan dunia |
|
|
|
|
|
|
|
Bangsa todi ni mmg lahanat. |
|
|
|
|
|
|
|
I have to make a double line for this wire |
|
|
|
|
|
|
|
Dah biasa buat kerja macam tu je yang berani lakukan perbuatan tu |
|
|
|
|
|
|
|
i tgk kt fb smlm..pijo omar share..i ingt pokcik ni tgh nk amik something bwh keta.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ap punya kawat la. Sedehhhh. |
|
|
|
|
|
|
|
Tembak je lah dua2 ni dek oiii.
Simpan lama2 pun takde guna. |
|
|
|
|
|
|
|
Pasang kawat gap besar sgt sampai senang bolos
Atas pagar boundary tu pun kena pasang jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Kat WhatsApp aku tengok 3 orang
|
|
|
|
|
|
|
|
konfiden je dengan tak pakai bajunya |
|
|
|
|
|
|
| |
|