CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1093|Reply: 2

33 Maut, Hospital Di Indonesia Terputus Bekalan Oksigen

[Copy link]
Post time 5-7-2021 10:53 AM | Show all posts |Read mode
Puluhan kematian akibat COVID-19 dilaporkan selepas sebuah hospital awam di Pulau Jawa kehabisan bekalan cecair oksigen susulan peningkatan drastik kes di negara itu.


Menurut pihak berkuasa, sekurang-kurangnya 33 pesakit dengan simptom kritikal dilaporkan meninggal dunia selepas tiada bekalan cecair okisgen diberikan di Hospital Awam Dr Sardjito di Yogyakarta pada Ahad.




Kredit foto: AP




Malah ia dilaporkan kerana bekalan oksigen yang dihantar oleh syarikat pembekalan tiba lambat. Menurut jurucakap hospital, Banu Hermawan, kekurangan bekalan oksigen di hospital terbesar di bandar itu adalah kerana kebanyakan pesakit tiba dalam keadaan tenat.


Sejak Sabtu, 63 kematian akibat COVID-19 dilaporkan di hospital tersebut.


Jumlah kematian kian meningkat walaupun pihak hospital sudah menggunakan tangki silinder oksigen bagi merawat pesakit kronik.


Bekalan oksigen kembali pulih sekitar jam 4.45 pagi Ahad waktu tempatan selepas kira-kira 15 tan bekalan cecair oksigen tiba.


Malah, dalam keadaan kritikal itu, pihak hospital sudah memohon kepada pihak berkuasa kesihatan untuk menyegerakan bantuan.


Indonesia kini bertarung dengan peningkatan kes COVID-19 sehingga menyaksikan sistem kesihatannya hampir lumpuh.




Sumber: AWANI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2021 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu pun forumer indon ada hati suruh contohi indo.. Tapi ambik vaksin kat malaysia juga.. Haktuih
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by edayildiz at 5-7-2021 11:52 AM

siannya..tp dulu kt malaysia pnh blackout satu malaysia kn...i ingt dgr org ckp ramai jgk meninggal..tp xtau btl x..i umo 6 thn rasanya.ingt2 lupa..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.210643 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list