CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Minta Maaf Tapi Terus Dihentam-Mastura Yazid Ucap Terima Kasih

6-7-2021 09:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5988| Komen: 39

Description: Selepas memohon maaf secara terbuka ekoran kontorversi membabitkan isu bantuan kepada penduduk di kawasan parlimennya, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mastura Mohd Yazid memuat naik ...
Selepas memohon maaf secara terbuka ekoran kontorversi membabitkan isu bantuan kepada penduduk di kawasan parlimennya, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mastura Mohd Yazid memuat naik satu posting mengucapkan 'Terima Kasih' di laman Facebook.


Bagaimanapun ucapan tersebut tidak disusuli sebarang kenyataan lanjut kepada siapa ia ditujukan.


Kredit foto: mStar

Dalam perkongsian berasingan di laman Facebook, Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu mengulas satu posting yang dimuat naik oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Raja, Rashidah Ismail berkaitan fitnah.

"Ye YB. Di dalam usaha kita membantu rakyat, inilah yang kita terpaksa harungi. Tapi yang pasti kebenaran itu pasti. Selamat berjuang YB Shida Ismail," tulisnya.


Mastura terdahulu menjadi sasaran netizen susulan tindakannya memuat naik video serta kenyataan di laman Twitter, memaparkan penjelasan daripada sebuah keluarga berhubung dakwaaan tidak mendapat bantuan sehingga kelaparan.



Menerusi posting tersebut, Mastura meminta orang ramai mendengar penjelasan daripada wanita bernama Kak Wati, di mana kisah kesempitan keluarganya diluahkan oleh seorang pemanggil di stesen radio Suria FM minggu lalu.

Dalam video temu bual yang disertakan bersama posting Mastura, Kak Wati menafikan dakwaan pemanggil lelaki yang dikenali sebagai Abang Din Kuala, konon keluarganya pernah terputus bekalan makanan sehingga anaknya kelaparan.

"Dalam usaha kita semua membantu mereka alami kesulitan, malangnya ada pihak yang membuat cerita dan menyebarkan berita palsu tentang bantuan melalui temu ramah radio.

"Kami sangat kesal dengan mereka yang mengambil kesempatan dalam perkara sebegini dan harap ianya tidak berulang lagi agar kita dapat terus membantu mereka yang benar memerlukan," tulisnya.

Netizen turut mengaitkan nama pelakon, Mira Filzah yang juga menantu kepada Mastura.


Kredit foto: mStar


Susulan kenyataan tersebut, Mastura menerima kecaman teruk kerana dilihat seolah-olah cuba 'membersihkan' namanya.

Bukan itu sahaja, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul turut tampil menegur wakil rakyat Umno itu.

Menurut Syed Saddiq, Mastura sepatutnya 'datang, bantu dan pergi', bukannya mengambil tindakan menemu bual keluarga yang berkenaan.

Dalam ruangan komen di media sosial, netizen turut mengaitkan nama Mira Filzah yang juga menantu kepada Mastura.

Menyedari dirinya menjadi sasaran, Mastura tidak lama kemudian membuat permohonan maaf dan mengharapkan semua pihak kembali fokus membantu rakyat yang terkesan dengan cabaran Covid-19.


Kredit foto: mStar


Sekalipun sudah membuat permohonan maaf secara terbuka, ibu mentua Mira Filzah itu terus menerus menerima kecaman netizen.

"Dah buat baru minta maaf. Ya Allah kesiannya jadi orang miskin... dimalukan. Sedihnya rasa.

"Sesama rakyat juga yang prihatin. Kalau kami tak suarakan kebimbangan kami, mungkin YB pun entah bantu ke tak.

"Jadikan ini sebagai pengajaran untuk berkhidmat dengan ikhlas," demikian antara komen netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote borne 6-7-2021 11:27 AM
Hah ni bukan laki ko ke yang suka tayang Mercedes merata ceruk Kuala Kangsar tu?  2008:

[youtube]pKWu6rZ5WcQ[/youtube]
https://youtu.be/pKWu6rZ5WcQ

Al-fatihah..
Quote bottombikini 6-7-2021 11:43 AM
nak sangat jadi menteri. amik!
Quote che-cikL 6-7-2021 12:08 PM
Kan dah ada threads lain yg subject sama?
Quote Ismacun 6-7-2021 12:13 PM
Knp...laki dia berlagak ke.. dtg je tu jemputan kawin org kmpg.. ke ada kisah lain
Quote tipahketipung 6-7-2021 12:14 PM
Esok timenk  mengundi suruh makcik ni angkat bedera putih org kuala sekelian.
Quote teen_angelJB 6-7-2021 12:22 PM
Tisu...mudah koyak
Quote borne 6-7-2021 12:46 PM
Edited by borne at 6-7-2021 12:48 PM
Ismacun replied at 6-7-2021 12:13 PM
Knp...laki dia berlagak ke.. dtg je tu jemputan kawin org kmpg.. ke ada kisah lain

Standard practice ke wakil rakyat jumpa orang kampung naik Mercedes latest model yang mahal2?
Quote Kurex 6-7-2021 01:22 PM
Puihhhh puihhh puihh puihhhhhhh puihhhhh puihhhh puihhh puihh puihhhhhhh puihhhhh puihhhh puihhh puihh puihhhhhhh puihhhhh puihhhh puihhh puihh puihhhhhhh puihhhhh puihhhh puihhh puihh puihhhhhhh puihhhhh puihhhh puihhh puihh puihhhhhhh puihhhhh puihhhh puihhh puihh puihhhhhhh puihhhhh puihhhh puihhh puihh puihhhhhhh puihhhhh puihhhh puihhh puihh puihhhhhhh puihhhhh puihhhh puihhh puihh puihhhhhhh puihhhhh puihhhh puihhh puihh puihhhhhhh puihhhhh puihhhh
Quote bulalof 6-7-2021 01:24 PM
patot dia malu ada org dlm kawasan dia hidup susah tak dibantu.
Quote ImpianSeroja 6-7-2021 01:31 PM
Ok la dah minta maaf lepas ni jgn diulangi lagi..sian org susah tu nk bantuan saje..bkn nk glemer diviralkn sebab susah
Quote likilu 6-7-2021 01:44 PM
Luntur pun takpe

Lepastu resign

Then by election, rakyat undi simpati kepada mirafilzah pulak. Senang. Orang kuala kangsar bukan tahu apa pun.
Quote anony-mous 6-7-2021 01:47 PM
teen_angelJB replied at 6-7-2021 12:22 PM
Tisu...mudah koyak

Kena belajar lg dgn rina harun . Tu terus x ada rasa malu
Quote izamasha 6-7-2021 02:04 PM
likilu replied at 6-7-2021 01:44 PM
Luntur pun takpe

Lepastu resign

ooooo ..ngutuk oghang kuale ye

oghang kuale ceghodik tau
Quote tripleid 6-7-2021 02:09 PM
Menantu dgn mertua sama2 sampahhh!

Resign je lah drpd dok mkn gaji buta..selama dah jadi menteri apa sumbangan pon x tahu
Quote Ismacun 6-7-2021 02:16 PM
borne replied at 6-7-2021 12:46 PM
Standard practice ke wakil rakyat jumpa orang kampung naik Mercedes latest model yang mahal2?

Oo ye ke... nak menayanglàh tu ye.. ok faham
Quote tumpanglalu74 6-7-2021 02:20 PM
Edited by tumpanglalu74 at 6-7-2021 02:29 PM

ADUN miker kat Bukit Chandan tu Facebook page tak hapdet menjak Mac 2018..  Makcik juey karipap pon zaman sekarang ni rajin hapdet yong oiii..

->>>>>> https://web.facebook.com/YBMASLINSHAM

Nah aku tunjok contoh ye: [fbp]https://web.facebook.com/Shatiri.KD[/fbp]
https://web.facebook.com/Shatiri.KD

Usah kata aku kutu PKR pulak..

Tapi yong skrol le tengok ape si Shatiri tu buad tiap hari yong oiiii..  Itu baru Wakil Rakyat namenye.
Quote likilu 6-7-2021 02:23 PM
izamasha replied at 6-7-2021 02:04 PM
ooooo ..ngutuk oghang kuale ye

oghang kuale ceghodik tau

Memang pun, ate terbukti kome pandai dah berapa tahun dok tang tu
Quote ChildrenOfBodom 6-7-2021 02:31 PM
Jadi wakil rakyat pon sebab nk ganti tempat laki yg mati bukannya ikhlas nk jadi sangat pon , tak gitu bitch..
Quote aderaderker 6-7-2021 03:21 PM
Dah kena cancelled pun.
Tunggu je la PRU nanti kalau panjang umur.

Harap2 pengundi semua lupa..

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.068642 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top