CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Warga Emas Tanpa Kepala, Disyaki Amal Ilmu Hitam

5-7-2021 04:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2419| Komen: 2

Description: DIGHA: Seorang wanita warga emas dibunuh termasuk kepalanya dipenggal kerana disyaki mengamalkan ilmu hitam di daerah Mayurbhanj di Odisha, India.
DIGHA: Seorang wanita warga emas dibunuh termasuk kepalanya dipenggal kerana disyaki mengamalkan ilmu hitam di daerah Mayurbhanj di Odisha, India.

Lapor India Today, pegawai polis daerah Karanjia, Sudarshan Gangoi berkata, wanita berusia 62 tahun itu dikenali sebagai Jamuna Hansdah yang berasal dari kampung Balibhol.

Menurut Sudarshan, mayat warga emas tanpa kepala itu dijumpai di sebuah kawasan berhampiran kampung tersebut semalam.

Jelasnya, setakat ini, kepala warga emas itu masih belum ditemukan.

Gambar Hiasan

Kata Sudarshan, dua pemuda ditahan untuk disoal siasat berhubung kejadian itu.

Menurut polis, ahli keluarga Jamuna mendakwa wanita itu menjadi sasaran selepas kematian seorang penduduk di kampung itu baru-baru ini.


Katanya, kali terakhir Jamuna dilihat di kampung itu pada Sabtu lalu.

Tambah polis, kes pembunuhan telah difailkan dan siasatan lanjut sedang dijalankan. – CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 5-7-2021 05:15 PM
Teringat aku citer Betaal.. Dia korbankan anak lelaki dia utk sembahan pada Betaal.. Dan jadikan seluruh pasukan tentera dia sebagai zombie..
Quote nakkomenjugak 5-7-2021 05:26 PM
erkkkkkk ahh sudahhh mana hilang kepala

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.061360 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top