CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berkahwin Kali Kedua Sebab Lupa Dah Jadi Suami Isteri

29-6-2021 10:50 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1876| Komen: 1

Description: Pasangan ini melangsungkan perkahwinan buat kali kedua kerana si suami, yang menghidap penyakit Alzheimer, terlupa bahawa dia sudah mengahwini isterinya 12 tahun lalu.
Pasangan ini melangsungkan perkahwinan buat kali kedua kerana si suami, yang menghidap penyakit Alzheimer, terlupa bahawa dia sudah mengahwini isterinya 12 tahun lalu.

Peter Marshall, 56, dan Lisa, 54, melangsungkan perkahwinan pada 26 April lalu di Connecticut.



Peter dan Lisa berkahwin kali kedua pada April lalu di Connecticut.

Pasangan ini berkahwin kali pertama pada Ogos 2009, lapor Metro.co.uk.

Peter didiagnos menghidap penyakit Alzheimer pada tahun 2018, dan mengalami masalah kehilangan ingatan yang semakin teruk pada tahun berikutnya.

Pada Disember tahun lalu, lelaki itu secara tiba-tiba melamar isterinya ketika mereka sedang menonton televisyen.

"Saya tidak tahu siapa saya kepadanya sekarang, tetapi saya tahu bahawa dia pasti mencintai saya dan merasai selamat bersama saya," kata Lisa. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AyaqMeloSuam 29-6-2021 07:16 PM
Sedihnya..... nasib dia mlamar kembali... {:love

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.055035 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top