CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Boleh Digelar Penyanyi Kalau Tak Boleh Menyanyi - Ramlah Ram

28-6-2021 06:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5975| Komen: 36

Description: Penyanyi terkenal Ramlah Ram berharap pelapis industri muzik dalam kalangan penyanyi biarlah mereka yang berkualiti dan betul-betul boleh menyanyi.
Penyanyi terkenal Ramlah Ram berharap pelapis industri muzik dalam kalangan penyanyi biarlah mereka yang berkualiti dan betul-betul boleh menyanyi.

Ramlah, 56, yang sudah 36 tahun menjadi penyanyi berkata, penyanyi yang bagus akan kekal bertahan dan bukan hanya tular sekejap tanpa bakat dimiliki.


Kenyataan itu bagi menjawab persoalan mengenai kebanjiran penyanyi baharu yang diterima peminat, tapi tidak berbakat dari segi nyanyian.


Kredit foto: IG Ramlah

"Kita tak boleh sekat pilihan peminat. Ini pilihan masing-masing. Nak suka sebab bakat atau apa terpulang. Sebab sekarang masing-masing boleh promosi diri sendiri.

"Kalau tanya saya, nak mencari pelapis sudah tentu nak yang berbakat. Menjadi penyanyi kena nyanyi dengan bagus. Penyanyi kalau tak boleh nyanyi, ia tidak digelar penyanyi. Jadi, kena ada pelapis berbakat.

"Macam sekarang, ada penyanyi baru yang berbakat dan memang bagus. Kalau boleh nak macam itu semuanya. Tidak mahu tular sekejap, tapi tidak boleh nyanyi dan terus hilang," katanya.


Ramlah yang ditemui pada sesi pelancaran lagu terbaharunya, Aku Ubatinya Lagi bersama media secara dalam talian berkata, dia kagum dengan bakat dan kualiti dimiliki penyanyi (sekadar menyebut beberapa nama) seperti Ernie Zakri, Aina Abdul, Hazama, Syamel dan beberapa lagi.

"Penyanyi yang bagus dan dengan kualiti vokal seperti Ernie Zakri, Aina Abdul, Hazama, Syamel dan beberapa lagi. Ini yang saya kagum. Kalau dapat semua macam ini sudah cukup baik.

"Kalau yang lain baru nak muncul tu biarlah yang berbakat. Insya-Allah, kalau hadir dengan bakat boleh bertahan lama," katanya.

Mengenai single bergenre balada itu, Ramlah buat pertama kali bekerjasama dengan komposer terkenal, Ajai dan gubahan muzik mendapat sentuhan komposer, Sharon Paul.


Sumber: Harian Metro
3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Kakopi

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakigojes 28-6-2021 06:26 PM
Amboi mendada kak…
Quote LadyCarefree 28-6-2021 06:29 PM
Zaman dah berubah. Bbnu puja bbnu ikut suka. Bukan ikut bakat.
Quote ImpianSeroja 28-6-2021 06:42 PM
Kak melah dah bunyi da tu
MakCik i suka sgt kak melah..semua album kak melah dia beli..zaman kecik i byk dgr lagu kak melah lah..pakcik i plak suka salwa tp bkn sebab suara sbb cantik katanya
Quote ajinomotonosuga 28-6-2021 07:00 PM
ImpianSeroja replied at 28-6-2021 06:42 PM
Kak melah dah bunyi da tu
MakCik i suka sgt kak melah..semua album kak melah dia beli..zaman keci ...

Bkn sb Salwa cantikkk...sb boobs Salwa

Besorrr yo..kne muke kampung n inesen aaa laaaaaju je jantan ske..Salwa taste jantan misai mcm Sivaji The Boss..deyyyy
Quote wirazam 28-6-2021 07:10 PM
Hopefully boleh masuk GV akan dtg..nampak mcm boleh nyanyi lagi ni..boleh dpt tempat kedua..no 1 Jac dah tapau..hahaha
Quote krustykrab 28-6-2021 07:19 PM
ImpianSeroja replied at 28-6-2021 06:42 PM
Kak melah dah bunyi da tu
MakCik i suka sgt kak melah..semua album kak melah dia beli..zaman keci ...

Ingat tak gusip dulu2 katanya ex mazuin suka salwa tp salwa rejek sb ex mazuin buruk byk kudis..bila ngorat mazuin terus dpt...
Quote ImpianSeroja 28-6-2021 07:33 PM
ajinomotonosuga replied at 28-6-2021 07:00 PM
Bkn sb Salwa cantikkk...sb boobs Salwa

Besorrr yo..kne muke kampung n inesen aaa laaaaaju je ja ...

Haha gelakkkkk iolls baca komen cuolls...ye la kot.hihi
Quote ImpianSeroja 28-6-2021 07:34 PM
krustykrab replied at 28-6-2021 07:19 PM
Ingat tak gusip dulu2 katanya ex mazuin suka salwa tp salwa rejek sb ex mazuin buruk byk kudis..bi ...

Oh ye ke..gosip ni tak ingat..mazuin kawen tu tau la.
Quote makneng 28-6-2021 07:34 PM
Take note yach retis2 bbnu suara mesin
Quote September14 28-6-2021 07:38 PM
Zmn skg senang jd pnyanyi sbb pkai single je asalkn ada duit… alip sukri sajat pun leh jd penyanyi sbbtu zmn skg bnyk sampah.. level2 iman troy tu pun leh jd pujaan bbnu

Dedulu kena dilamar sykt rakaman lpstu kena buat album full… sbbtu lbh bkualiti sbb bkn sembarangan org company sgup melabur…
Quote TomyamPuteh 28-6-2021 07:39 PM
Aku suka Melah. Dulu, kini dan selamanya
Quote ajinomotonosuga 28-6-2021 08:22 PM
ImpianSeroja replied at 28-6-2021 07:33 PM
Haha gelakkkkk iolls baca komen cuolls...ye la kot.hihi

Btuii laa..takkan nk ckp kamu boobs bosa..maaaaalu la ankel
Quote umbut 28-6-2021 10:01 PM
krustykrab replied at 28-6-2021 07:19 PM
Ingat tak gusip dulu2 katanya ex mazuin suka salwa tp salwa rejek sb ex mazuin buruk byk kudis..bi ...

Salwa ngan mazuin suara seakan sama. Suara yg x sedap pd aku .. Haha
Quote umbut 28-6-2021 10:02 PM
Suara kak melah memang powerrr.. X leh nafikan
Quote lampor 28-6-2021 10:11 PM
Aku setuju je dengan kenyataan Kak Melah ni... Rengsa sangat dengar penyanyi baru bersuara tadika kalau yg perempuan. Yg lakinya pulak suara mcm belum sunat... Ramai sgt skrg ya....
Quote Tinot7 29-6-2021 12:19 AM
Kaver bkn ke main filter

[youtube]8FU2ENpEZqw[/youtube]
Quote fealefea 29-6-2021 12:46 AM
Saya setuju kak melah. Say no to Nabila Razali, Cik B, Iman Troye.
Quote Meiizu 29-6-2021 12:54 AM
Mengata nabela leerrr tu
Quote sleepandream 29-6-2021 12:56 AM
iols baru lepas maraton citer dekat netflix tajuk selena the series... based on true story..
pasal struggle penyanyi american-mexican nak jadi penyanyi popular

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.217998 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top