CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ditetak Rakan Serumah Kerana Tegur Cakap Kuat

28-6-2021 05:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1500| Komen: 3

Description: Seorang pembantu kedai perabot ditetak tiga kali di kepala menggunakan parang oleh rakan serumahnya dalam satu pergaduhan di Taman Nusa Bestari di Iskandar Puteri pada Ahad.
Seorang pembantu kedai perabot ditetak tiga kali di kepala menggunakan parang oleh rakan serumahnya dalam satu pergaduhan di Taman Nusa Bestari di Iskandar Puteri pada Ahad.


Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan kejadian dua lelaki bergaduh dalam rumah tersebut pada jam 5.15 petang.



Polis turut merampas sebilah parang panjang lebih kurang 37.7 sentimeter dipercayai digunakan suspek untuk menetak rakan serumahnya. - Foto Ihsan PDRM

"Sampai di lokasi tersebut didapati sorang individu telah berlumuran darah. Kejadian berlaku di tingkat tiga dalam sebuah rumah di taman tersebut.

"Punca kejadian apabila suspek tidak mahu menerima teguran mangsa untuk memperlahankan nada suara semasa bercakap kerana mangsa sedang berbual melalui telefon dalam biliknya.

"Apabila mangsa keluar dari biliknya, suspek mendekati mangsa dan mengeluarkan parang dari dalam seluarnya lalu terus menetak mangsa di bahagian kepala sebanyak tiga kali," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.


Katanya, mangsa yang berumur 37 tahun dan mempunyai 15 rekod berkaitan dadah kemudian melarikan diri dan turun ke tingkat bawah.

Mangsa katanya, kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru serta berada dalam keadaan stabil.

Beliau berkata, berpandukan maklumat awam dan saksi di tempat kejadian pihak polis berjaya menahan suspek yang berumur 23 tahun di lokasi sama.

"Hasil siasatan awal suspek merupakan seorang pekerja kilang dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

"Ujian saringan air kencing ke atas suspek dijalankan adalah negatif dan bebas daripada sebarang pengaruh dadah," katanya.

Menurutnya, pihak polis turut merampas sebilah parang panjang lebih kurang 37.7 sentimeter.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan suspek akan dibawa ke mahkamah Johor Bahru pada Isnin untuk proses tahanan reman," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 28-6-2021 06:15 PM
Ingatkan dekat tanah leluhur..
Btw kalau suspek ni duduk kawasan rumah iols, mesti ajk surau ni kena tetak. Pasang cd ngaji kuat2 sebelum azan.. kalau kena tetak tu, memang iols tak kesian
Quote Xim 28-6-2021 08:11 PM
Pagi tadi dah ada dah pun thread nya

https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1257524
Quote Olumis 31-7-2021 02:52 AM
Huhhh.. Slow.sikit suara tu ya

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.052277 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top