CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Salah orang kau nak serang, lelaki terduduk cuba cederakan warga emas bekas tentera

28-6-2021 04:22 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 4054| Komen: 25

Description: Port Dickson: Tindakan seorang lelaki memecahkan cermin pintu bas dan cuba mencederakan pemandu di pondok hentian bas berhadapan Klinik Kesihatan Port Dickson, di sini, malam tadi, bukan saja gagal ma ...



Port Dickson: Tindakan seorang lelaki memecahkan cermin pintu bas dan cuba mencederakan pemandu di pondok hentian bas berhadapan Klinik Kesihatan Port Dickson, di sini, malam tadi, bukan saja gagal malah dia ditahan lelaki itu yang juga bekas tentera.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya menerima aduan daripada pemandu bas berusia 58 tahun kira-kira 11 malam tadi.

"Pemandu bas itu memaklumkan seorang lelaki yang menunggang motosikal tiba-tiba berhenti di hadapan bas.

"Suspek kemudian mengambil sebilah parang di dalam bakul motosikal lalu memecahkan cermin pintu bas di sebelah kiri pemandu dan cuba mencederakan mangsa sehingga berlaku pergelutan," katanya dalam satu kenyataan media di sini tadi.


Katanya, pemandu bas itu berjaya merampas parang manakala suspek terduduk di dalam bas.

"Pemandu mengalami luka di jari tangan dan pipi manakala kerosakan pada bas dianggarkan kira-kira RM1,000.

"Pemandu bas itu adalah pesara tentera yang sudah berkhidmat selama 21 tahun selain mempunyai pengalaman ilmu mempertahankan diri, tempur tanpa senjata.

"Pemandu bas itu membawa suspek ke Balai Polis Port Dickson untuk diserahkan kepada polis," katanya.

Aidi Sham berkata, pemandu bas itu kemudian mendapatkan rawatan luar di Hospital Port Dickson.

"Suspek berusia 24 tahun dan hasil semakan mendapati dia mempunyai satu rekod jenayah lampau manakala ujian saringan air kencing adalah negatif penggunaan dadah.

"Punca kejadian masih belum diketahui dan suspek berada di bawah pengaruh alkohol," katanya.

Beliau berkata, suspek direman empat hari bermula hari ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mencederakan menggunakan senjata dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat terhadap harta awam," katanya.



Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 28-6-2021 04:49 PM
Cashhhh onlyyyy!
Quote orion_pax 28-6-2021 04:51 PM
Wrong target lorrr..sekali kena cepuk dengan bakal mangsa..
Quote lurve82 28-6-2021 04:52 PM
Adan uker…..silap besar la…sekali kena org ada pengalaman TTS…
Quote lattehazelnut 28-6-2021 05:02 PM
Agak la nak rompak pemandu bas..
da la touch n go je sekarang..
Quote mistified 28-6-2021 05:13 PM
Nasib mangsa ada ilmu self defense.
Quote nazzse 28-6-2021 06:53 PM
Sekali bakal mangsa ex komando.. Padan muka {:smile
Quote Decaffeinated 28-6-2021 07:25 PM
lattehazelnut replied at 28-6-2021 05:02 PM
Agak la nak rompak pemandu bas..
da la touch n go je sekarang..

ada tulis nak rompak ka?

aku speku kes near accident ni tu yang marah sangat. silapnya mamat tu yang menyerang.


Quote sarahmirza 28-6-2021 07:29 PM
Asyik nak tunjuk samseng je...
Sikit2 nak gaduh..
Biasa jantan2 macam ni bodoh belaka..
Quote kerabuBiru 28-6-2021 07:34 PM
Decaffeinated replied at 28-6-2021 07:25 PM
ada tulis nak rompak ka?

aku speku kes near accident ni tu yang marah sangat. silapnya mamat tu ...

Umo masih muda, mabuk, duk pd, bawak parang... hhmmmm macam kelingg jer ni..... bangnon manaaaa anak buah ko ni buat hal
Quote Decaffeinated 28-6-2021 08:33 PM
kerabuBiru replied at 28-6-2021 07:34 PM
Umo masih muda, mabuk, duk pd, bawak parang... hhmmmm macam kelingg jer ni..... bangnon manaaaa an ...

Yup, 'dibawah pengaruh alkokol' tu is a big clue lah tapi masih boleh bawa motor dan memarang lagi kira belum mabuk lah.


Quote salmon-suki 28-6-2021 08:35 PM
Padan muka{:smile{:smile{:smile
Quote kelapaparut 28-6-2021 08:36 PM
Decaffeinated replied at 28-6-2021 08:33 PM
Yup, 'dibawah pengaruh alkokol' tu is a big clue lah tapi masih boleh bawa motor dan memarang lagi ...

india kew, atau melayu mabuk kat pd melayu2 kat situ rosak sket
Quote Decaffeinated 28-6-2021 08:38 PM
kelapaparut replied at 28-6-2021 08:36 PM
india kew, atau melayu mabuk kat pd melayu2 kat situ rosak sket

Itu pun boleh jadi. Tak tau melayu PD macam mana.


Quote hanamunir 28-6-2021 08:45 PM
baru la buku bertemu ruas gitu..
level atuk2 pun jangan main2..
Quote Samerosie 28-6-2021 08:48 PM
Edited by Samerosie at 28-6-2021 08:50 PM

Padan muka!  Ha ah area ni area miss kelly.  I dulu kerja kat refinery itew ulang alik sepang- pd jalan dalam keluar kat lukut.  Memang derang bawak keta motor basikal beca kura2 harimau atau jalan kaki ikut suka.  Area anwar kan.
Quote jfq 28-6-2021 09:53 PM
Kerlas. Siap kena drive gi balai polis lagi
Quote Guli 28-6-2021 10:10 PM
Salah orang ni Kau target
Quote Manjahati 28-6-2021 10:22 PM
Mmg dah standby parang ke.? Depan klinik kesihatan tu dah dkat bebenor dengan IPD.. mendapat ler dok lokap barang 3-4 malam
Quote whadda 28-6-2021 10:45 PM
Ntah2 bas tu ada terhimpit dia kot

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.058846 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top