CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Vaksin COVID-19: FDA tambah amaran radang jantung pada Pfizer, Moderna

28-6-2021 04:09 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2547| Komen: 7

Description: AGENSI Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat menambah amaran dalam garis panduan suntikan vaksin Pfizer-BioNTech dan Moderna untuk menunjukkan risiko berkaitan radang jantung yang jarang ...

Pengawal selia kesihatan di beberapa negara sedang menyiasat kes myocarditis dan pericarditis yang sering dikesan selepas suntikan Pfizer atau Moderna berdasarkan teknologi mRNA. - Gambar fail



AGENSI Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat menambah amaran dalam garis panduan suntikan vaksin Pfizer-BioNTech dan Moderna untuk menunjukkan risiko berkaitan radang jantung yang jarang berlaku selepas penggunaannya.

Bagi setiap vaksin, lembaran fakta untuk penyedia penjagaan kesihatan telah disemak semula untuk memasukkan peringatan bahawa terdapat laporan mengenai peningkatan risiko myocarditis dan pericarditis.


Ini terutamanya selepas dos kedua, dan timbulnya gejala dalam beberapa hari selepas divaksin.

Pada 11 Jun, lebih daripada 1,200 kes myocarditis atau pericarditis dilaporkan ke Sistem Pelaporan Vaksin Amerika Syarikat (VAERS) daripada sekitar 300 juta dos vaksin mRNA yang telah diberikan.

Kes tersebut lebih tinggi dikesan pada lelaki pada minggu selepas dos kedua vaksin.

Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) AS mengenal pasti 309 individu dimasukkan ke hospital akibat keradangan jantung di bawah usia 30 tahun di mana 295 daripada telah sembuh.

Pengawal selia kesihatan di beberapa negara sedang menyiasat kes myocarditis dan pericarditis yang sering dikesan pada lelaki muda selepas suntikan Pfizer atau Moderna berdasarkan teknologi mRNA.

Kemas kini terbaru daripada FDA susulan tinjauan maklumat dan perbincangan yang meluas oleh Jawatankuasa Penasihat Amalan Imunisasi CDC pada Rabu.

Setakat ini tiada kenyataan daripada Pfizer dan Moderna mengulas perkara itu.



Sumber : Astro Awani
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 28-6-2021 04:18 PM
Edited by tumpanglalu74 at 28-6-2021 06:35 PM

Tred yang antufaaksin takmo masok..

https://t.me/covidvaccineinjuries
Quote sparkly 28-6-2021 04:22 PM
Wuishh cuak seyyy
Quote Skuau 28-6-2021 04:27 PM
abes..camna la
Quote budaktua 28-6-2021 04:31 PM
saham  vaksin AZ naik semula....
Quote white_musk 28-6-2021 04:32 PM
Antuvaksin tak kisah kiok dek vaksin. Persis pahlawan katanya...
Quote airmineral 28-6-2021 04:51 PM
ape benda pula radang jantung niii
Quote LadyCarefree 28-6-2021 06:52 PM
1200 cases 300mil doses

0.0004%

Kematian dari 0.0004% ni berapa?

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.046850 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top