CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hos TV Dipecat Lepas Dedah Tak Dibayar Gaji Ketika Siaran Langsung

28-6-2021 06:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3745| Komen: 19

Description: Seorang penyampai televisyen di Zambia membuat kejutan apabila meluahkan pengakuan dia dan rakan sekerjanya tidak dibayar gaji.
Seorang penyampai televisyen di Zambia membuat kejutan apabila meluahkan pengakuan dia dan rakan sekerjanya tidak dibayar gaji.

Pengakuan itu dibuat Kabinda Kalimina ketika siaran langsung sebuah program stesen televisyen KBN TV.




NDTV melaporkan, Kalimina sebelum ini membaca berita secara langsung pada Sabtu sebelum menyelitkan kisah yang dihadapinya bersama rakan sekerja lain.

"Kita adalah manusia dan harus dibayar (gaji) namun KBN TV masih belum membayar gaji kami.

"Saya dan rakan yang lain tidak dibayar gaji lagi. Kami harus dibayar (gaji)," katanya.

Selepas perkara itu disedari pengurusan KBN TV, Kalimina kemudiannya dipecat stesen televisyen itu.

Kalimina kemudian memuat naik rakaman siaran langsung itu di Facebook (FB) sebelum ia tular.

"Ya, saya membuat pengakuan itu dalam siaran langsung kerana sebahagian besar wartawan takut untuk mendedahkannya," katanya.


Video itu ditonton ribuan netizen di FB dengan ramai yang mendesak agar kakitangan stesen televisyen berkenaan dibayar gaji.

Namun, KBN TV mendakwa Kalimina mabuk dan menganggap ia perbuatan yang keterlaluan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ImpianSeroja 28-6-2021 07:36 PM
Wah.. amazing..haha berani nyer
Quote MsPercy 28-6-2021 07:54 PM
U are the hero.
Quote xpdckelate 28-6-2021 07:58 PM
terus xde keja,kesian2...cakap telus mulus pun xleh jua
Quote Tweety_Senrose 28-6-2021 08:37 PM
xpdckelate replied at 28-6-2021 07:58 PM
terus xde keja,kesian2...cakap telus mulus pun xleh jua

Kerja pun tak dibayar sis buatpe
Quote xpdckelate 28-6-2021 08:41 PM
Tweety_Senrose replied at 28-6-2021 08:37 PM
Kerja pun tak dibayar sis buatpe

iya la..tapi ada orang masih bersabar..lain orang lain cara kan
Quote mrseller 28-6-2021 10:15 PM
igt dia nak baca nama team di Serie A pulak. EPL dah
Quote None68 28-6-2021 11:18 PM
Agak2 menular kat Msia tak? Klu ckp yg betul pastu kena bedal x pasal2.
Quote rastaf 29-6-2021 02:47 AM
nekad dah ni. jadah apa kerja gaji tak bayar.. cuba apply dekat tb3 baca nightline.  
Quote pyropura 29-6-2021 02:52 AM
[youtube]jKtRrdZYwHk[/youtube]

https://youtu.be/jKtRrdZYwHk
Quote imransulaiman 29-6-2021 06:40 AM
pyropura: &nbsp;&nbsp;jKtRrdZYwHk <a href="https://youtu.be/jKtRrdZYwHk" target="_blank">https://youtu.be/jKtRrdZYwHk</a>


Cagliari 2-0 Sempundal Diva AA

Hahahaha!
Quote sukacactus 29-6-2021 07:15 AM
Sana takde jab tenaga ke, takde pembelaan kah sampai stesen tv tu relax2 je buat penafian
Quote BoongaKertas 29-6-2021 08:53 AM
kesiannya. moga ada rezeki lain lepasni. tp meols salut lah heols. tak semua berani buat.
Quote nakkomenjugak 29-6-2021 03:49 PM
#bayargajipekerjacepat

orang tak beli grocery dengan bulu poohkey yach!
Quote DayangKirana 30-6-2021 09:46 AM
pyropura replied at 29-6-2021 02:52 AM
https://youtu.be/jKtRrdZYwHk

memang style gini ke tv host diorang? nak gelak tapi kesian pun ade..baca pun macam dh tunggu masa nak teriaq jer..
Quote Simunggu 30-6-2021 11:42 AM
baru siar pasal gaji....yg CM kena siar arahan baru utk satu negeri, ok ja CM tu....tak pun kena buang kerja oleh boss dia.......hehehehe
Quote Artemesiaa 30-6-2021 11:57 AM
Dah geram sangat hilang sabar ler tu
Quote pyropura 1-7-2021 02:29 AM
DayangKirana replied at 30-6-2021 09:46 AM
memang style gini ke tv host diorang? nak gelak tapi kesian pun ade..baca pun macam dh tunggu masa ...

Kokesen kalu tengok berita Rtm pun depa gelak. Lebih kurang gitu lah
Quote I.K.A888990 1-7-2021 02:54 AM
bagus dia ni tabik
Quote Olumis 31-7-2021 02:48 AM
Bertabahlah ya

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.067768 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top