CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 13 Tahun Pukul, Tendang Budak 12 Tahun-Cemburu Hubungan Dengan Abang Angkat

29-6-2021 10:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 802| Komen: 1

Description: Petaling Jaya: Gara-gara cemburu hubungan dengan abang angkat, seorang kanak-kanak perempuan cedera dipukul rakan sekolah dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Kelana Jaya, di sini, semalam.
Petaling Jaya: Gara-gara cemburu hubungan dengan abang angkat, seorang kanak-kanak perempuan cedera dipukul rakan sekolah dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Kelana Jaya, di sini, semalam.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa iaitu seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, semalam.

"Menurut laporan dibuat mangsa, dia memaklumkan dipukul rakan sekolahnya yang juga seorang remaja perempuan berusia 13 tahun kerana cemburu hubungan pengadu dengan abang angkatnya.

"Dalam kejadian itu, mangsa cedera di bahagian kepala dan badan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Gambar Hiasan


Mohamad Fakhrudin berkata, ketika kejadian itu, terdapat beberapa rakan suspek merakam perbuatannya dan memuat naik video berkenaan di aplikasi WhatsApp serta akaun Instagram milik suspek.

"Semua pihak yang terbabit dalam kejadian itu sudah dikenal pasti dan akan diambil keterangan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

"Kami menasihatkan orang ramai menghentikan penularan rakaman video berkenaan memandangkan kes itu masih dalam siasatan," katanya.

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi dua minit 20 saat menunjukkan seorang remaja perempuan dipukul, ditendang serta ditarik rambut oleh seorang kanak-kanak perempuan di tangga sebuah pangsapuri tular di media sosial, hari ini. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote chinta89 30-6-2021 12:40 AM
Kecik dh x senonoh mcm nih...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.034375 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top