CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sentiasa Jaga Maruah Keluarga, Nama Sarah Suhairi Jarang Panas

29-6-2021 10:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1883| Komen: 0

Description: Empat tahun menceburkan diri dalam bidang seni, nama penyanyi Sarah Suhairi jarang dikaitkan dengan kontroversi berbanding rakan seangkatannya yang lain.
Empat tahun menceburkan diri dalam bidang seni, nama penyanyi Sarah Suhairi jarang dikaitkan dengan kontroversi berbanding rakan seangkatannya yang lain.

Sarah, 21, mengakui namanya kurang 'panas' berikutan dia sangat menjaga nama baik keluarga dan berfikir dahulu sebelum melakukan perkara yang boleh mendatangkan kesan buruk terhadap kerjayanya.

Foto: IG

"Sejak mula masuk industri, saya memang dah bersedia daripada segi mental dan fizikal... tak kisah untuk cerita baik atau buruk.

"Sebenarnya masa saya mula-mula nak masuk dalam industri, ibu merupakan antara individu yang sangat menentang keputusan itu, mungkin dia risau sebab saya anak perempuan pertama dan dia tak nak saya rasa spoilt.


"Kalau boleh saya tak nak kecewakan keluarga dan sebab itu saya menjaga maruah keluarga... sebab apa sahaja yang kita buat, lambat-laun ia akan terpalit juga pada keluarga," katanya kepada mStar.


Sarah berkata demikian ketika ditemui dalam sidang media virtual sempena pelancaran single terbaharunya berjudul Andaikan baru-baru ini.

Diminta mengulas mengenai isu kontroversi yang sering kali melanda rakan penyanyi BBNU (budak baru nak up) lain sejak kebelakangan ini, Sarah berkata dia cukup mengambil pengajaran daripada perkara tersebut.



"Bila saya tengok rakan-rakan artis yang pernah dikecam... yela, bila bercakap dalam keadaan kita sedang berhadapan dengan masalah pandemik, semua orang jadi lebih sensitif.

"Semua orang duduk di rumah mungkin melihat apa sahaja yang artis lakukan sebab itu saya belajar daripada situ sebelum nak muat naik sesuatu kita kena fikir apa akibat yang bakal diterima.

"Pengajaran yang saya dapat adalah untuk tidak melakukan perkara-perkara yang mungkin mendatangkan amarah orang... kalau boleh saya nak go all clean," ujarnya.



Sementara itu, bercakap mengenai single keenamnya itu, Sarah berkata dia berbesar hati dapat menyanyikan lagu ciptaan komposer Sharon Paul dan nukilan penulis lirik, Shah Shamsiri.

Dirakamkan dua tahun lalu, Andaikan juga turut dipilih menjadi lagu runut bunyi (OST) drama terbaharu yang ditayangkan di TV3 berjudul Hatimu Sedingin Salju.

Menariknya, muzik video (MV) Andaikan dirakamkan sendiri di rumah Sarah disebabkan kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).




Mendapat bantuan daripada adiknya sendiri, Sarah teruja akhirnya MV itu kini sudah boleh ditonton serentak dengan pelancaran lagu tersebut.

"Saya sangat bersyukur ada sedikit peralatan untuk saya rakam sendiri selain adik saya juga ada beberapa kelengkapan lain dan pandai pegang kamera.

"Jadi saya serahkan kerja-kerja posisi dan gerakan kamera itu kepada adik saya sendiri," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.047254 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top