CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Batal Kahwin Saat Akhir Sebab Baru Tahun Bakal Suami Rabun

29-6-2021 10:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2709| Komen: 12

Description: New Delhi: Seorang wanita membatalkan perkahwinannya selepas mengetahui bakal suaminya memakai cermin mata untuk membaca akhbar.
New Delhi: Seorang wanita membatalkan perkahwinannya selepas mengetahui bakal suaminya memakai cermin mata untuk membaca akhbar.

Perkahwinan yang sepatutnya berlangsung di Auraiya, Uttar Pradesh itu terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir selepas pengantin perempuan enggan berkahwin dengan lelaki yang memiliki tahap penglihatan rendah.


Perkahwinan itu diaturkan keluarga menurut The Times of India dan amalan itu masih dipraktikkan dalam masyarakat di India.

Disebabkan membatalkan perkahwinan, keluarga pengantin perempuan perlu membayar hantaran kahwin secara tunai bersama sebuah motosikal.


Foto: Getty Images

Agensi berita ANI melaporkan pengantin perempuan dikenali sebagai Archana berasal dari Sadar Kotwali, manakala pengantin lelaki, Shivam dari Kampung Banshi.


Perkahwinan seperti itu pada kebiasaannya diatur dengan teliti dan pasangan yang dipilih dipercayai sesuai dengan latar belakang pendidikan dan status sosial pemuda itu.

Pada hari perkahwinan, pengantin wanita dan keluarganya menyedari bahawa Shivam memakai cermin mata.

Curiga dengan perkara ini menyebabkan keluarga Archana meminta pengantin lelaki untuk melakukan ujian penglihatan.

Mereka meminta Shivam membaca akhbar tanpa menggunakan cermin mata dan ternyata lelaki itu tidak dapat membaca dengan baik.

Keadaan itu menyebabkan keluarga pengantin perempuan membuat keputusan untuk membatalkan perkahwinan kerana tidak mengetahui pengantin lelaki memakai cermin mata.

"Anak perempuan saya enggan berkahwin dengannya," kata Arjun Singh, bapa kepada pengantin perempuan.

Katanya, dia tidak menyangka penglihatan bakal menantunya itu begitu teruk dan selepas mengetahui perkara itu, anak perempuannya enggan meneruskan majlis perkahwinan.

Namun, ia tidak terhenti begitu saja kerana keluarga pengantin lelaki meminta hantaran kahwin termasuk motosikal.

Selain itu, pihak berkenaan turut menuntut perbelanjaan perkahwinan supaya dipulangkan semula. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ciktiekus 29-6-2021 11:55 AM
tak abis2 pompuan ditindas..kawin salah xkawin lagi lah serba salah {:nose
Quote Ayda89 29-6-2021 12:54 PM
Bg la alasan rada tertipu sebab pengantin lelaki rabun teruk jd tak payah bayar hantaran n motor tu
Quote nakkomenjugak 29-6-2021 03:42 PM
tetap nak jogaa yach dowry tuuu? nasib lerrr salah atur
Quote chinta89 30-6-2021 12:21 AM
Seksanya kena bg jgk eh hantaran walau x jd kawin?
Quote I.K.A888990 30-6-2021 03:36 AM
mcm2 pula kes india ni. kalau lps ni pn nasib dia dpt laki yg sakit lain pulak. alamatnya mmg x kawin la dia ni
Quote sukacactus 30-6-2021 06:51 AM
Dah tak jadi pun nak kena kasi dowry lg ke
Ntah apa2 adat bodo camni
Quote None68 30-6-2021 06:57 AM
Aik apa kena plak pompuan kena bayar...harap hindu2 malaysia sedar diri..yg kat German tu dah dpt blom? Elok dipanggang aje.
Quote cikmi 30-6-2021 03:22 PM
lps tu laki tu dijadikan calon utk org lain plak..lps tu org tu plak rs tertipu, dpt pampasan lagi....lelama kaya sbb dpt pampasan..hehe
Quote Artemesiaa 30-6-2021 03:36 PM
Mereka dengan adat mereka
Quote mclaren 16-7-2021 10:39 AM
Kelakarnya

Macam lah kalau kahwin dengan lelaki yang masa tu tak rabun, memang confirmed takkan rabun sampai bila2 pun.

Anyway esok2 dah tua akan rabun dekat juga macam mana pun.
Quote Decaffeinated 16-7-2021 12:23 PM
Dalam adat melayu pun ada korang ja yang tak tau. Siapa yang withdraw selepas setuju nak kahwin akan kena denda. Kalau perempuan kena pulangkan hantaran, kalau lelaki hantaran tu kira halal. Macam a bit unfair untuk lelaki.
Quote missycutie 5-8-2021 07:46 AM
begitulah di india

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.058079 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top