CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cuba Sogok Polis RM50 Nak Melepasi SJR

29-6-2021 10:37 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2091| Komen: 15

Description: Tindakan seorang lelaki cuba menyogok polis dengan menghulurkan wang RM50 bagi melepasi sekatan jalan raya (SJR) di sempadan Kedah-Pulau Pinang di Kampung Selamat, Tasek Gelugor di sini mengundang pad ...
Tindakan seorang lelaki cuba menyogok polis dengan menghulurkan wang RM50 bagi melepasi sekatan jalan raya (SJR) di sempadan Kedah-Pulau Pinang di Kampung Selamat, Tasek Gelugor di sini mengundang padah apabila dia ditahan, hari ini.


Lelaki berusia 41 tahun yang menunggang motosikal jenis Kawasaki 250 itu ditahan kira-kira pukul 3.30 petang ketika diperiksa di SJR tersebut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, anggota polis telah meminta dokumen kebenaran rentas negeri, namun dia gagal mengemukakannya.


Gambar hiasan

Beliau berkata, lelaki tersebut telah menawarkan wang sogokan untuk melepaskan diri dengan cubaan merasuah anggota itu sebanyak tiga kali.

“Namun dia tetap memaksa menerima dengan memberi duit di dalam lipatan surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang telah tamat tempoh bertarikh Januari lalu.


“Lelaki itu kemudiannya ditahan dan polis merampas wang tunai RM50, sebuah telefon bimbit dan sehelai surat MITI bagi tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Noorzainy berkata, lelaki berkenaan dibawa ke Balai Polis Tasek Gelugor untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Suspek turut dikompaun RM5,000 kerana merentas negeri tanpa kebenaran. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wajaman 29-6-2021 10:42 AM
bagi RM50 mana maunya....
Quote bulalof 29-6-2021 11:31 AM
mendapat la.......
Quote otai_g 29-6-2021 11:42 AM
Saman 5k nak digantikn dgn rm 50. Kalo ko bg 500 pun da 10x untung dah.
Quote noor2 29-6-2021 11:44 AM
Cer sogok 50k...mesti lepas kut...
Quote Orix 29-6-2021 11:50 AM
rm50 ???? kalo rasuah anak buah iols yg kecik tu masa main polis entry dgan rm50 tu pun iols rasa dia bo-layan kan jah iols
Quote Kurex 29-6-2021 12:14 PM
Bagi aku 50 hengget ni sangat berharga untuk orang yg betul2 terkesan.. tapi kau sogok pulis yg dapat gaji full, memang tak jalan la / pulis tu sorang yg amanah & hensem
Quote Artemesiaa 29-6-2021 02:17 PM
Sendiri cari pasal mana tak mendapat
Quote namr 29-6-2021 02:27 PM
rm50 mana maunya
Quote nakkomenjugak 29-6-2021 04:23 PM
hauknyaaa 50 hengget! tapi dah duit, sape tak nak ye dok? *larikkkk*
Quote Olumis 31-8-2021 10:33 AM
Patutla tak lepas RM50 jer
Quote Whitepinkrider 31-8-2021 11:10 AM
gambar hiasan tu benchmark nk bagi berapa bnyk ahahaha
Quote I.K.A888990 31-8-2021 12:31 PM
dah la xlepas
yg dpt saman je kut nnt
Quote ChildrenOfBodom 1-9-2021 01:50 PM
Penghinaan kepada pulis rasuah banyak tu.. kalau RM500 sure lepas...
Quote imanjannah 1-9-2021 02:58 PM
rm50 je.. aduhai dikkk
Quote kakikuDibibirmu 1-9-2021 05:42 PM
#rinduzamanatokcowijau RM50 penuh troli

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.056034 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top