View: 1369|Reply: 15
|
Cuba Sogok Polis RM50 Nak Melepasi SJR
[Copy link]
|
|
Tindakan seorang lelaki cuba menyogok polis dengan menghulurkan wang RM50 bagi melepasi sekatan jalan raya (SJR) di sempadan Kedah-Pulau Pinang di Kampung Selamat, Tasek Gelugor di sini mengundang padah apabila dia ditahan, hari ini.
Lelaki berusia 41 tahun yang menunggang motosikal jenis Kawasaki 250 itu ditahan kira-kira pukul 3.30 petang ketika diperiksa di SJR tersebut.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, anggota polis telah meminta dokumen kebenaran rentas negeri, namun dia gagal mengemukakannya.
Gambar hiasan
Beliau berkata, lelaki tersebut telah menawarkan wang sogokan untuk melepaskan diri dengan cubaan merasuah anggota itu sebanyak tiga kali.
“Namun dia tetap memaksa menerima dengan memberi duit di dalam lipatan surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang telah tamat tempoh bertarikh Januari lalu.
“Lelaki itu kemudiannya ditahan dan polis merampas wang tunai RM50, sebuah telefon bimbit dan sehelai surat MITI bagi tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Noorzainy berkata, lelaki berkenaan dibawa ke Balai Polis Tasek Gelugor untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Suspek turut dikompaun RM5,000 kerana merentas negeri tanpa kebenaran.
Sumber: K! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
bagi RM50 mana maunya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Saman 5k nak digantikn dgn rm 50. Kalo ko bg 500 pun da 10x untung dah. |
|
|
|
|
|
|
|
Cer sogok 50k...mesti lepas kut... |
|
|
|
|
|
|
|
rm50 ???? kalo rasuah anak buah iols yg kecik tu masa main polis entry dgan rm50 tu pun iols rasa dia bo-layan kan jah iols |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi aku 50 hengget ni sangat berharga untuk orang yg betul2 terkesan.. tapi kau sogok pulis yg dapat gaji full, memang tak jalan la / pulis tu sorang yg amanah & hensem |
|
|
|
|
|
|
|
Sendiri cari pasal mana tak mendapat |
|
|
|
|
|
|
|
hauknyaaa 50 hengget! tapi dah duit, sape tak nak ye dok? *larikkkk* |
|
|
|
|
|
|
|
Patutla tak lepas RM50 jer |
|
|
|
|
|
|
|
gambar hiasan tu benchmark nk bagi berapa bnyk ahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
dah la xlepas
yg dpt saman je kut nnt |
|
|
|
|
|
|
|
Penghinaan kepada pulis rasuah banyak tu.. kalau RM500 sure lepas... |
|
|
|
|
|
|
|
#rinduzamanatokcowijau RM50 penuh troli |
|
|
|
|
|
|
| |
|