CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Ingat Sikit Orang Belakang, Tak Perlu Simpan Sampai Raya Tahun Depan" - Dayana Roza

29-6-2021 01:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4439| Komen: 14

Description: Pelakon Dayana Roza mengesa segelintir masyarakat supaya tidak bersikap tamak dan mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan pihak lain yang turut terkesan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pelakon Dayana Roza mengesa segelintir masyarakat supaya tidak bersikap tamak dan mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan pihak lain yang turut terkesan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Dayana atau nama sebenarnya Nur Dayana Kamsun Bahari, 29, percaya memang wujud segelintir manusia yang hidup dengan sifat tamak tanpa menghiraukan orang lain.


Kredit foto: IG Dayana

“Tidak dinafikan memang wujud orang seperti ini. Kiri, kanan, depan dan belakang dia kaut. Kepada yang ambil kesempatan atas alasan ‘tiada makanan’, ‘tiada susu anak atau ‘anak tak makan’, tapi dalam diam dah kumpul banyak bekalan makanan, tolonglah berhenti,” katanya.

Ujar pelakon drama Cinta Bukan Kristal itu lagi, masih ramai lagi ahli masyarakat yang terpaksa ‘ikat perut’ disebabkan situasi pandemik yang melanda di seluruh dunia pada hari ini.


Sempat menitipkan pesan, Dayanan berharap individu yang memiliki sifat tamat itu supaya sentiasa beringat akan kesusahan orang lain dengan berbahagi rezeki.

“Ingat sikit orang belakang ya kakak dan abang. Tak perlu nak simpan bekalan sampai raya tahun depan. Ini dah kini macam makan hak orang, tak berkat nanti.

“Jangan nanti disebabkan orang-orang macam awak, orang yang nak bagi bantuan dah tak percaya. Akibatnya orang yang betul-betul memerlukan nanti lapar tak makan. Fikir-fikirkan,” jelasnya.

Dayana berkongsi hantaran tersebut sebagai respons terhadap sekeping gambar yang memaparkan seorang penerima bantuan mengumpul sumbangan barangan keperluan harian sehingga ‘membukit’ yang tular dalam media sosial sejak semalam.



Seorang pemilik akaun Facebook, Mohammad Fairuz yang membuat perkongsian tersebut berkata, dia dihubungi seorang wanita yang bantuan makanan, namun dia terkejut apabila mendapati terdapat banyak stok barang keperluan tersimpan dalam sebuah bilik di rumah individu terbabit. 


Sumber: K! ONLINE
1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rain2169 29-6-2021 01:14 PM
Omak aihhhh....
banyaknya stock dia wehhhh.....

ke dia ni dok kumpul stock sebab nak sedekah kat orang lain pulak....
Quote prettyuglybabe 29-6-2021 01:19 PM
percaya la.. biasa orang gini hidup dia tak senang pun..
Quote dudaberhias 29-6-2021 01:26 PM
memang sedih tengok ada manusia sangup ambil kesempatan tahap macamni... padahal tak kaya pun walaupun dah kumpul berkilo2 beras... tapi orang2 macamni la menyusahkan masyarakat sampai orang jadi takut nak derma nanti... nak doakan mampoih tak tergamak la pulak...
Quote ladybugz 29-6-2021 01:29 PM
dont let this single picture to stop u from giving. yg buat mcm ni sy percaya hanya segelintir. bantu tetap bantu. ramai yg betul2 susah x buat mcm ni pun malah sgt2 segan mahu minta bantuan org lain
Quote Nnasda53 29-6-2021 01:54 PM
Kalau niat dari awal untuk menipu dan tamak.
Memang tak berkat la hidup,maka tak hairan susah selamanya.
Quote KIM.K 29-6-2021 02:01 PM
Nak simpan timbun banyak ni pakai la duit sendiri. Beranak semua nak senang je
Quote salmon-suki 29-6-2021 02:05 PM
Kenapa laa wujud manusia busuk hati n selfish mcm ni..jangan laa plak sbb manusia mcm ni,org y betul2 memerlukan,susah nk dpt bantuan..n sebelum bg bantuan tu,hrp bt spot check je dulu..kot2 ada y jenis simpan stok n menipu mcm ni .

N ai doakan org mcm ni terus menerus semikin..jahat sgt
Quote honey1711 29-6-2021 02:12 PM
btw, ni org kg aku sendiri mmg mencari bantuan... mana ada sebut semua dia nak.. nak ckap byk org tua dah.. pening kepala aku ... tp mmg org jenih ada wei..
Quote AbukRokok 29-6-2021 03:04 PM
mgkun dia prepping bahtera nabi nuh ke niu jialand
Quote nakkomenjugak 29-6-2021 03:57 PM
haiii kakkkk. nak survive stok bawak masuk kubo keee...
Quote Zaien 29-6-2021 04:55 PM
mmg ada.. aritu aku ada tgk NGO viral kan..
kantoi kan ppuan ni.. dia guna taktik mcm2 utk dptkan bantuan berulang kali..
gunakan family dia.. pastu mcm scam la cmtu..
trus NGO tu cancel kann x mau bantu dah..
patern gini laa...
Quote sardintin 29-6-2021 06:34 PM
kt kg, ada foodbank. letak je brg terus lesap. mmg x sempat la org2 yg betul2 perlu utk ambik.
Quote sardintin 29-6-2021 06:41 PM
org nk bantuan ni patutnya berpada2 la skit. Ni beras kemain bnyk lg da mcm nk bukak kedai. Tamak betul.
Mmg patut pon ada sesetgh NGO ngn bdn kebajikan check dlu keadaan org yg mintak bantuan ni.  Sekurg2nya bantuan tu dpt salur kt org2 yg betul2 perlu.

Paling aku geram bila dgr siap mintak nk susu anak brand yg gini2 tanak brand yg cikai2.. nk pampers tanak kain lampin...ewahhhhh... dasssarrrr...
Quote imanjannah 30-6-2021 03:19 PM
ramai yg mgambil kesempatan begini

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:14 PM GMT+8 , Processed in 0.058170 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top