CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fynn Jamal Terasa Bila Ramai Menghentam Ibu Bapa Anak OKU

29-6-2021 01:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7892| Komen: 40

Description: Baru-baru ini, tular mengenai remaja perempuan OKU yang dikatakan diculik, namun setelah diselidik dan disoal siasat pihak berkuasa, ternyata dakwaan tersebut adalah tidak benar.
Kredit foto: IG Fynn


Baru-baru ini, tular mengenai remaja perempuan OKU yang dikatakan diculik, namun setelah diselidik dan disoal siasat pihak berkuasa, ternyata dakwaan tersebut adalah tidak benar. 



Si pelaku yang dikatakan menculik itu merupakan warga tua berusia 80 tahun berkata, dia hanya berniat ingin membantu remaja tersebut yang dilihat seperti meminta pertolongan dan sesat. 

Isu ini mendapat perhatian orang ramai dek kerana si ibu bertindak untuk menendang warga emas tersebut tanpa membuat penyelidikan terlebih dahulu.

Terbaru, penyanyi dan penulis terkenal Fynn Jamal terpanggil untuk mengulas mengenai isu yang tular ini. 


Menurutnya, dia mengerti perasaan yang dirasai oleh si ibu, namun Fynn tidak bersetuju dengan tindakannya yang terus menyerang melulu dek terlalu mengikut amarah yang membara dalam diri.

Sebagai ibu kepada anak OKU yang menghidap Autism, Fynn kecewa dengan komen rata-rata pengikutnya yang melemparkan kata-kata kejam serta menuding jari kepada golongan ibu bapa yang membesarkan anak-anak OKU, lebih-lebih lagi dalam menguruskan anak syurga yang suka merayap ini. 

Katanya, ramai orang di luar sana yang tahu bahawa tidak semua ibu bapa anak OKU ini tidak bersikap lepas tangan seperti yang mereka sangkakan. 



Mengulas lanjut, Fynn menceritakan bagaimana dia dan suami membuat perancangan rapi terlebih dahulu sebelum membawa anak Austim mereka yang diberi nama Arjuna Bakti Fitri Abdullah atau dipanggil Juna untuk keluar dari rumah. 

Menurutnya, Juna yang gemar merayap akan dipantau sepenuhnya tanpa melepaskan pandangan kepadanya. Dalam kata lain, individu yang menjaga Juna ketika di luar itu akan memberi fokus sepenuhnya hanya kepada Juna dan tidak melibatkan diri kepada perkara lain.

Tambah Fynn lagi, mereka lebih memilih untuk mencegah daripada keadaan tidak diingini berlaku. 



Meninjau di ruangan komen, ramai bersetuju dengan pandangannya untuk membuat perancangan sebelum menjejak kaki keluar dari rumah. 

Ada betul juga apa yang Fynn katakan itu. Tidak dinafikan anak-anak syurga ini wajar untuk melihat dan mengenali dunia luar sekali sekala dan tidak ‘terkurung’ hanya di rumah sahaja. 



Mereka juga berhak untuk menerokai keindahan alam semula jadi dan bermain di luar seperti kanak-kanak lain. 


Sumber: KoolFM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kadaisaku 29-6-2021 01:56 PM
hmmmmm {:nose
Quote Kurex 29-6-2021 01:58 PM
{:laugh
Apa je sumbangan kau dalam industry seni?
Quote uori 29-6-2021 02:30 PM
terpaling muncul dah mencapap
Quote salmon-suki 29-6-2021 02:36 PM
Hmmmmmm....ai ketinggalan ketapi plak y psl mak anak oku tendang warga emas tu..psl kokspin ni,ai flip hair roll eyes jelaa{:smile
Quote ImpianSeroja 29-6-2021 02:50 PM
Pasal ank autism tu iolls setuju..mmg dugaan sgt nk menjaga ank autism..ank saudara ada sorang autism..
Quote laksmanabentan 29-6-2021 02:59 PM
ImpianSeroja replied at 29-6-2021 02:50 PM
Pasal ank autism tu iolls setuju..mmg dugaan sgt nk menjaga ank autism..ank saudara ada sorang autis ...

setuju dan semua orang paham kott...
masih ada ker yg macam nak kondem anak2 autism nih...
rasanya semua rakyat malaysia da paham sgt da pun

kalau budak2 autism kat mall atau mana2 kedai la...
bukan kira rasa jijik or whatsoever
cuma rasa binggung nak tolong camna ya...

heran minah ni bila part autism, OKU..
dia nak aja celahhh....


Quote nakkomenjugak 29-6-2021 03:23 PM
amboiii dalam kesederhanan pakai jugak ipong latest.

untuk tak ot, orang faham anak2 autism ni jaganya memang mencabar
Quote slyfynx 29-6-2021 03:36 PM
Pehal ko nk terasa?
Ko sorang je ke ade nak autism.
Adik aku anak kembar 2 orang autism x de nk terasa pun.
Ko ialah sape?
Quote blueberry12 29-6-2021 04:47 PM
laksmanabentan replied at 29-6-2021 02:59 PM
setuju dan semua orang paham kott...
masih ada ker yg macam nak kondem anak2 autism nih...
rasan ...

betul. parents yg ada anak autisme pon jangan cepat terasa. bila kita pandang anak dia tantrum tu bukan kita nak judge. kadang2 nak tgk kot2 budak kena dera/culik ke, xpun ready la kot boleh tolong apa2. bila dh clear situation tu kita blah je.  
Quote laksmanabentan 29-6-2021 05:26 PM
blueberry12 replied at 29-6-2021 04:47 PM
betul. parents yg ada anak autisme pon jangan cepat terasa. bila kita pandang anak dia tantrum tu  ...

kannn...  kita punya hati perasaan kot...
kita manusia bukan tak tentu hal nak judge dia org pun....
kita paham kalau anak2 ni perlukan more than 100% perhatian..
cuma kekadang tertanya2 gak, kenapa dibawa ke mall kalau kita awal2 da tahu yang anak ini akan memberontak...
sbb kita rasa kasihan tengok budak2 camtu dan kita sendiri tak dapat nak tolong..
aku rasa mcm bawa dia pergi taman permainan... tempat2 yang lebih terbuka untuk anak2 ini bereksperimen..
itu aja.....
Quote apech 29-6-2021 07:37 PM
Ye mmg dalam dunia ni ada 2 je oku/autism. anak dia dgn yg dikatakan diculik tu.
Dia sorang yg tau mcm mana nak handle autism.
Tapi, mmg dia tak nampak ke masa anak dia keluar ke rumah org?
Jiran tu mmg la, takkan nak marah. tp paham2 sendiri la.
Kang kalau ckp tak reti jaga anak, merempan anak dia oku, org tak paham.

Dasarr
Quote vender 29-6-2021 07:54 PM
Modus operandi minah ni nak kekal meniaga. Ade isu semua dia nak kupas. Bila ada yg bertentangan dgn dia, dia ajak follower hentam.

Betul la lagu zizi kirana :hati hitam boleh tutup dgn jubah.
Quote KucingBiru 29-6-2021 08:12 PM
Juna tu ada kelebihan lompat pagar ke pi rumah jiran selalu sangat?
Quote MarissaOberlin 29-6-2021 10:35 PM
dia macam tibahhhjahhh she ols pun nak spot light kah?
Quote Nenasketum 29-6-2021 10:42 PM
Lama tak dengar pasal dia ni. Anak dia dah early intervention ke? Harap dah lah sebab aku witnessed budak elementary yang agak ganas autism. Hantar kindie yang cikgu pandai bentuk, terus masuk Year 1 kat skolah biasa.
Quote anony-mous 29-6-2021 10:58 PM
apech replied at 29-6-2021 07:37 PM
Ye mmg dalam dunia ni ada 2 je oku/autism. anak dia dgn yg dikatakan diculik tu.
Dia sorang yg tau  ...

Dia kata jarang berlaku tp whatsapp tu mcm kerap jah. Rumah x ada pagar ke atau juna panjat? Kesian jgk DY tu tp klau kita DY kita pon faham la ank autisme ni mcm mana. Moga murah rezeki DY tu. Xsemua nk layan ank2 mcm ni. Klau i, i xpndai nk ambik hati ank autisme ni
Quote anony-mous 29-6-2021 10:59 PM
Nenasketum replied at 29-6-2021 10:42 PM
Lama tak dengar pasal dia ni. Anak dia dah early intervention ke? Harap dah lah sebab aku witnessed  ...

Intevention hapo uols. Dia siap berentikan ank dia dri skolah.
Quote miss_perfect 30-6-2021 01:59 AM
Korang...nak tanya i know autisme ni start dari baby2 lagi since its all about the brain. Tapi ada kemungkinan ke budak2 boleh dpt autisme sebab neglected sejak kecik? Macam kokping ni aku rasa macam juna ni dulu normal je budaknya tapi sebab masa dia kat kazakh tu kan dia macam bagi je gajet kat juna, dia dgn laki dia pon telepon berjahit kat tangan, macam tak berapa ajar si juna ni.
Quote fixafix 30-6-2021 02:01 AM
Relevant lagi ke minah ni.

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.212541 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top