Penyanyi terkenal Ramlah Ram berharap pelapis industri muzik dalam kalangan penyanyi biarlah mereka yang berkualiti dan betul-betul boleh menyanyi.
Ramlah, 56, yang sudah 36 tahun menjadi penyanyi berkata, penyanyi yang bagus akan kekal bertahan dan bukan hanya tular sekejap tanpa bakat dimiliki.
Kenyataan itu bagi menjawab persoalan mengenai kebanjiran penyanyi baharu yang diterima peminat, tapi tidak berbakat dari segi nyanyian.
Kredit foto: IG Ramlah
"Kita tak boleh sekat pilihan peminat. Ini pilihan masing-masing. Nak suka sebab bakat atau apa terpulang. Sebab sekarang masing-masing boleh promosi diri sendiri.
"Kalau tanya saya, nak mencari pelapis sudah tentu nak yang berbakat. Menjadi penyanyi kena nyanyi dengan bagus. Penyanyi kalau tak boleh nyanyi, ia tidak digelar penyanyi. Jadi, kena ada pelapis berbakat.
"Macam sekarang, ada penyanyi baru yang berbakat dan memang bagus. Kalau boleh nak macam itu semuanya. Tidak mahu tular sekejap, tapi tidak boleh nyanyi dan terus hilang," katanya.
Ramlah yang ditemui pada sesi pelancaran lagu terbaharunya, Aku Ubatinya Lagi bersama media secara dalam talian berkata, dia kagum dengan bakat dan kualiti dimiliki penyanyi (sekadar menyebut beberapa nama) seperti Ernie Zakri, Aina Abdul, Hazama, Syamel dan beberapa lagi.
"enyanyi yang bagus dan dengan kualiti vokal seperti Ernie Zakri, Aina Abdul, Hazama, Syamel dan beberapa lagi. Ini yang saya kagum. Kalau dapat semua macam ini sudah cukup baik.
"Kalau yang lain baru nak muncul tu biarlah yang berbakat. Insya-Allah, kalau hadir dengan bakat boleh bertahan lama," katanya.
Mengenai single bergenre balada itu, Ramlah buat pertama kali bekerjasama dengan komposer terkenal, Ajai dan gubahan muzik mendapat sentuhan komposer, Sharon Paul.
Post time 28-6-2021 06:42 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kak melah dah bunyi da tu
MakCik i suka sgt kak melah..semua album kak melah dia beli..zaman kecik i byk dgr lagu kak melah lah..pakcik i plak suka salwa tp bkn sebab suara sbb cantik katanya
Post time 28-6-2021 07:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Zmn skg senang jd pnyanyi sbb pkai single je asalkn ada duit… alip sukri sajat pun leh jd penyanyi sbbtu zmn skg bnyk sampah.. level2 iman troy tu pun leh jd pujaan bbnu
Dedulu kena dilamar sykt rakaman lpstu kena buat album full… sbbtu lbh bkualiti sbb bkn sembarangan org company sgup melabur…
Post time 28-6-2021 10:11 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku setuju je dengan kenyataan Kak Melah ni... Rengsa sangat dengar penyanyi baru bersuara tadika kalau yg perempuan. Yg lakinya pulak suara mcm belum sunat... Ramai sgt skrg ya....
iols baru lepas maraton citer dekat netflix tajuk selena the series... based on true story..
pasal struggle penyanyi american-mexican nak jadi penyanyi popular