CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ara Johari Paranoid, Sambut Hari Jadi Seorang Diri Dalam Bilik Gelap

29-6-2021 12:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3230| Komen: 9

Description: Penyanyi lagu Bunga, Ara Johari yang mengalami masalah paranoid akibat Covid-19 sejak tahun lalu, meraikan hari lahirnya yang ke-24 semalam, secara paling sederhana.
Penyanyi lagu Bunga, Ara Johari yang mengalami masalah paranoid akibat Covid-19 sejak tahun lalu, meraikan hari lahirnya yang ke-24 semalam, secara paling sederhana.

Ara yang berkongsi video berdurasi 52 saat di Instagram dilihat menyambutnya sendirian di dalam bilik dengan hanya meniup lilin serta membuat ucapan ringkas penuh makna.

Foto: IG

"Saya harap semoga kita dapat kehidupan kita semula seperti sebelum-sebelum ini. Saya juga doakan yang terbaik buat kita semua.

"Tahun ini, tahun yang sangat mencabar bagi saya. Tak boleh beraya dengan keluarga. Tak boleh nak rai hari jadi bersama keluarga juga. Saya harap, tahun ini adalah tahun terakhir untuk kita lawan Covid-19 ini bersama-sama," katanya.



Sempena hari lahirnya itu, Ara atau nama sebenar, Nurfarrah Izzatie Johari turut berhasrat dapat menjadi anak yang baik dan berbakti kepada ibu bapanya.

Baru-baru ini, Ara yang tampil pada sidang media secara virtual sempena pelancaran single kelimanya,Tetap Aku Cinta, berkata dia hingga kini masih paranoid untuk keluar rumah tanpa urusan penting berikutan penularan Covid-19 yang belum terkawal.



"Saya sekarang memang akan keluar rumah jika betul-betul ada urusan kerja penting saja serta mahu membeli barangan keperluan dapur untuk memasak tempahan makanan sebab saya paranoid.

"Saya lebih selesa di rumah kerana berasa sangat selamat. Sejak penularan Covid-19 dalam negara berlaku tahun lalu, saya memang paranoid nak keluar rumah kerana akan mudah risau tak menentu," katanya.




Ujar Ara, dia yang sangat berhati-hati pada setiap kegiatan harian yang nak dilakukan, kini memang memilih duduk di rumah dengan melakukan pelbagai aktiviti kerja seni secara atas talian (online) meskipun sudah divaksin.

Berdasarkan laporan harian Covid-19 di Malaysia, masih menunjukkan peningkatan jangkitan positif yang tinggi walaupun kini dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berterusan sejak 1 Jun lalu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salmon-suki 29-6-2021 12:45 PM
Bukak laa lampu kalau dah rasa xtahan gelap..ukalohhhhhh..{:smile

Aiolzs pn xde celeb bday yee..taw2 bday pn sbb deyolzs wish kt ai..{:shy
Quote sleepandream 29-6-2021 03:59 PM
cantik sheols niii
Quote mxsssgi81 29-6-2021 06:16 PM
Kenape nk sambut dlm gelap..buat biase sudah..nk buat bende ntah pape so that jd story..
Quote Pamelaloba 29-6-2021 06:33 PM
Serious la baru 24tahun?
Quote hanihan16 29-6-2021 08:21 PM
kenapa tak on lampu? rumah takde letrik ke?
Quote dua_chzy 29-6-2021 08:34 PM
Huntong la hada peminat. Jaga la peminat2 tu bebaik.
Quote LadyCarefree 29-6-2021 10:34 PM
Kenapa nak sebut ttttuh macam ttttu.
Quote ImpianSeroja 1-7-2021 03:15 PM
Tengah jimat bil letrik ke tu sambut dlm gelap
Quote imanjannah 1-7-2021 03:20 PM
bil dah bayar ke belum

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.051090 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top