CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Nyawa-Nyawa Ikan- Isteri Fitri Haris Bersalin Awal Sebab Asma, Bayi Alami Masalah Pernafasan

29-6-2021 12:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3975| Komen: 18

Description: Penyanyi Dr Fitri Haris menimang anak lelaki apabila isteri yang juga pengurusnya iaitu Fazilah Omar selamat bersalin pada 9.07 pagi, Isnin di Hospital Pakar An-Nur, Bangi.
Penyanyi Dr Fitri Haris menimang anak lelaki apabila isteri yang juga pengurusnya iaitu Fazilah Omar selamat bersalin pada 9.07 pagi, Isnin di Hospital Pakar An-Nur, Bangi.

Fitri, 36, berkata isterinya terpaksa menjalani pembedahan dan melahirkan bayi awal dari tarikh sepatutnya disebabkan berdepan penyakit asma yang teruk.

Bukan itu sahaja, Fitri serta isteri juga berdepan dengan dugaan apabila bayi mereka menghadapi masalah pernafasan selepas dilahirkan dan kini dipantau di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).

Foto: IG


"Alhamdulillah... isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 9.07 pagi tadi secara pembedahan. Ikutkan due date dia sekitar 15 Julai depan.


"Tapi terpaksa bersalin awal sebab isteri saya ada masalah asma yang teruk dan dia sudah ditahan wad sejak tiga hari lalu. Sebelum itu, memang keadaan dia dah teruk... seperti nyawa-nyawa ikan dah.

"Itu yang doktor memang cadangkan untuk lakukan pembedahan awal. Buat masa sekarang isteri masih berehat tapi bayi kami pula alami masalah pernafasan.




"Tapi kata jururawat, itu perkara biasa untuk bayi yang dilahirkan secara pembedahan. Sekarang ini doktor masih pantau memadangkan degupan jantungnya masih laju," katanya ketika dihubungi mStar.

Sebelum ini, penyanyi nasyid itu berkongsi berita gembira kelahiran bayi lelakinya menerusi laman Instagram miliknya pada Isnin dan rata-rata netizen serta rakan artis mengucapkan tahniah.

Menerusi Instagram Fitri juga memberitahu keadaan bayi lelakinya yang terpaksa ditahan wad NICU kerana berdepan masalah pernafasan dan mengharapkan doa daripada orang ramai.



Dalam pada itu, juara Gema Gegar Vaganza (GGV) musim kedua ini mengakui berasa teruja melalui momen itu seperti menyambut kelahiran anak pertama.

Menurut Fitri, dia dan isterinya buat masa kini masih belum mempunyai nama untuk bayi mereka namun akan berkongsi apabila sudah bersedia.

"Memang sangat teruja menantikan kelahirannya... rasa seperti nak menyambut anak pertama. Buat masa sekarang, kami belum ada nama untuk baby.

"Insya-Allah nanti dah ada, saya akan kongsikan bersama. Harap semua orang boleh mendoakan keadaan isteri dan bayi kami," ujarnya.



Pada Disember 2019, bekas anggota UNIC ini mendedahkan dia sudah berkahwin dengan pengurusnya iaitu Fazilah Omar atau lebih mesra disapa El.

Fitri pernah tiga kali menduda dan mempunyai seorang cahaya mata bernama Sofea Soleha, 16, yang menetap bersama bekas isterinya di Singapura.


Manakala Fazilah juga pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Qhalish Rayyan Adam, 10. -CARI

Sumber: mStar Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SayaSayangMama 29-6-2021 12:19 PM
Siapakn fitri haris
Quote sfrnna 29-6-2021 01:08 PM
Who are yous… siap bersticker2 Bagai. Kalau xnak tunjuk xyah la post
Quote Kurex 29-6-2021 02:11 PM
Who are youssssss
Quote kelapaparut 29-6-2021 02:12 PM
..and who are youussss ?!
Quote laksmanabentan 29-6-2021 02:14 PM
who are yousssss???
Quote hyunniesSS501 29-6-2021 02:16 PM
sape je folo dia nih
Quote slyfynx 29-6-2021 02:26 PM
Sumpah aku mcm x paham....
Contoh situasi.
Anak aku peluang tipis untuk selamat.
Bini aku tak tahan menanggung sakit, and what should I do?
Amik gmbr, letak kt IG.
Eh, kalau ko tulis status je, smbil menunggu sbb ko x boleh buat ape2,
aku leh faham. Venting tu salah satu cara release stress.
Tp ni smpt amik gmbr, edit, and then post.
What was on your head mase ni?
Quote lalangkering 29-6-2021 02:28 PM
Pelik benor la gambar kartun solat baju hijau tu. motif, nak tunjuk solat atas katil nicu kah? Bayangan solat atas baby eh
Quote 3chanceno 29-6-2021 02:30 PM
Tahniah tapi Sapa nie???

3 kali menduda umur baru 36 tahun dan anak  dgn ex-1st wife umur 16???
Quote ciksaenara 29-6-2021 02:37 PM
sape ni? sorry tak kenal. pepepon hope semoga dipermudahkan urusan anak bini.
Quote ImpianSeroja 29-6-2021 02:44 PM
Oh ramai adek2 tak kenal fitri haris nampaknya walaupun beliyau sezaman jek ngn Sohaimi Flat earth
Bekas penyanyi nasyid UNIC adek2 ku sekalian..zaman UNIC naik beliyau ni paling hot la selain pismidon dlm group UNIC tu..
Apepun moga Dipermudahkn segala urusan
Sekian
Quote yondu 29-6-2021 03:28 PM
sape ni geli lak aku tgk cPtion pnjg brjela
Quote puanbintang 29-6-2021 09:04 PM
suara fitri sedap! Suka dengar tengok persembahan dia masa gema gegar vaganza. Apapun, semoga diperrmudahkan urusan dia dan keluarga.
Quote hareeeesah 29-6-2021 11:42 PM
Boleh dah kot letak fon pegi sujud doa mintak kat Allah betul-betul dari gigih type segala ni.. 3 kali kawin pun belum tentu bijak berfikir kekdahnya..
Quote Su_annur 29-6-2021 11:43 PM
Ex kumplan unic yg asal...sdp sore dy nie...
Quote Anamia 30-6-2021 11:24 AM
3chanceno replied at 29-6-2021 02:30 PM
Tahniah tapi Sapa nie???

3 kali menduda umur baru 36 tahun dan anak  dgn ex-1st w ...

Ye uolss. I peminat tegar grup2 nasyid dulu termasuk mi flat earth. Fitri kahwin masa tgh memuncak umur 20 while wife dia 21 masatu. Wife dia peminat dia dr spore. Cantik glersssss. Dlm 2 tahun tu divorce. Pastu dia kahwin lain tp kejap je takde anak. Tazangka iols die hard fans penasyid2 dulu. Sampai wife2 diorg pun i korek2 gambar buat simpanan peribadi. Ya ampunnn tebal album diorg satu family. Album family sendiri nipis je
Quote jejarihalus 30-6-2021 01:01 PM
Kalau X silap Aku,fitri ni pernah kahwin dgn orang Singapore Kan ....
Quote 3chanceno 30-6-2021 02:00 PM
Anamia replied at 30-6-2021 11:24 AM
Ye uolss. I peminat tegar grup2 nasyid dulu termasuk mi flat earth. Fitri kahwin masa tgh memuncak ...

Thank u

Gigihnya sis peminat tegar dak nasyid nie hehehe...masih tengok2 gambar2 di album lagik??

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.135285 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top