CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Empat Beranak Tinggal Dalam Kandang Kambing- Tiada Tandas, Lantai Reput

29-6-2021 12:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6389| Komen: 55

Description: KOTA BHARU: Kesempitan hidup memaksa empat beranak di Kampung Babong, di sini, mengubah suai bekas kandang kambing untuk dijadikan tempat berteduh, sejak enam tahun lalu.
KOTA BHARU: Kesempitan hidup memaksa empat beranak di Kampung Babong, di sini, mengubah suai bekas kandang kambing untuk dijadikan tempat berteduh, sejak enam tahun lalu.

Mohd Azlam Yusof, 26, dan isterinya, Raja Sazila Raja Hanuzi, 24, serta dua anak mereka Nur Aidyah Syafiqah, 6, dan Amsyar Syazuran, setahun, hidup dalam serba kedaifan, terutama sejak pandemik COVID-19 yang menyebabkan pendapatan keluarga mereka tidak menentu.

Bangsal yang mereka berteduh pada asalnya adalah kandang kambing, namun disebabkan tidak mampu menyewa kediaman lain menyebabkan empat beranak itu tinggal di bangsal serba usang dengan memindahkan kambing ke kawasan lain.


Foto: Berita Harian

Raja Sazila berkata, sebelum ini dia dan suami menumpang rumah ibu mentua di sebelah rumah sebelum mengambil keputusan untuk berpindah di kandang kambing berkenaan.


"Pada asalnya kandang tu kecil sahaja, namun suami terpaksa mengubah suai dengan membesarkannya sedikit memandangkan kami ada dua anak.

"Sepanjang tinggal di bangsal berkenaan, paling menyedihkan adalah ketika hujan di mana keseluruhan rumah akan basah menyebabkan kami empat beranak sukar untuk tidur, selain keadaan lantai kayu juga hampir reput," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Raja Sazila berkata, suami bekerja sebagai tukang rumah dengan pendapatan RM50 sehari, namun sejak pandemik COVID-19 tahun lalu, pendapatannya tidak menentu menyebabkan ada kalanya mereka terpaksa mengikat perut untuk makan.

"Malah, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, suami sudah tidak bekerja menyebabkan keadaan kami semakin sukar. Jika ada telur sebagai hidangan, itu sudah memadai selain kulit ayam juga dijadikan lauk bagi mengalas perut.

"Suami tidak mampu menyewa di tempat lain. Maka di sini sahaja kami terpaksa bertahan. Bangsal kami tiada tandas dan setiap kali mandi, kami akan pergi ke rumah ibu mentua selain elektrik juga terpaksa disambung dari rumah mentua.

"Tiada apa yang diharapkan melainkan dapat tempat berteduh yang lebih selesa berbanding sedia ada," katanya yang tidak menerima sebarang bantuan.

Raja Sazila berkata, minggu lalu ada pihak yang hadir dan bersetuju untuk membina rumah buat mereka sekeluarga.

Namun katanya, dia tidak tahu sejauh mana kebenaran itu dan berharap ia menjadi kenyataan buat mereka sekeluarga.

Sementara itu, Penghulu Mukim Pulau Belanga, Wan Zaidi Wan Jusoh, berkata pihaknya dimaklumkan keluarga berkenaan meminta kepingan zink memandangkan keadaan atap yang bocor setiap kali hujan.

Katanya, barangan berkenaan akan dihantar dalam masa terdekat kepada keluarga berkenaan.

Terdahulu, keluarga berkenaan menerima kunjungan Ketua Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan, Hazmi Hassan, yang tampil menghulurkan sumbangan kepada mereka.

Hazmi berkata, pihaknya melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Amal Harapan Kelantan menyumbang sebuah motosikal kepada Mohd Azlam memandangkan keluarga berkenaan tidak mempunyai kenderaan. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus
2

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bakingsoda 29-6-2021 11:14 AM
tunggu lobai gak lambertttt lagi la. tapi walaun tetap akan berduyun2 balik kg undi lobai kan?
Quote otai_g 29-6-2021 11:38 AM
Allahu negeri mercedez. Apa nak jd ni.
Quote nazzse 29-6-2021 12:19 PM
Aku malas nak komen rakyat negeri sana.
Masalah dah puluh tahun tak settle2
Quote prettyuglybabe 29-6-2021 12:32 PM
orang jantan belah sana memang tak mau kerja lain ke selain tukang rumah dan tukang buat anak?
Quote depresio 29-6-2021 01:04 PM
Lobai kata doa je
Angkat bendera putih pon jangan

Doa je doa
Lobai syok ronda naik mercedes
Quote tripleid 29-6-2021 01:19 PM

Inilah konswp Membangun bersama isle versi paspispuss kebanggaan lobai..

Yb ustard hidup mewah naik merz dok rumah banglo bertingkek2

Meanwile rakyat alas perut makan kulit ayam dok kandang lembu
Quote AyaqMeloSuam 29-6-2021 01:22 PM
Puspaspus manaaaaaaa ?
Quote Raline 29-6-2021 01:26 PM
dah ada ler..

Multiple Posting/ Same Thread

https://bm.cari.com.my/forum.php ... ;highlight=kelantan
Quote msel 29-6-2021 01:47 PM
Masalah air, masalah kemiskinan. Sementara elaun lobai dinaikkan beribu2. Memalukan.
Quote sparkly 29-6-2021 02:07 PM
mana org kaya kelantan

yg travel dok gi uk tu? Tinmok

ramai beauty founder2 org kelate yg buat business letop2 kat kl tu...gi la derma kat kampong halaman sendiri
Quote Kurex 29-6-2021 02:09 PM
Baca je terus tau dekat negeri mana
Quote Herlina 29-6-2021 02:20 PM
Allahu...
Tiap hari ada je masalah rakyat keluar.
Kenapa la YB tak ambik berat pasal penduduk kawasan dia.

Quote angelofish 29-6-2021 02:27 PM
pindah la selangor..kat sini indon tukang rumah gaji 100 sehari
Quote Belibis 29-6-2021 03:26 PM
angelofish replied at 29-6-2021 02:27 PM
pindah la selangor..kat sini indon tukang rumah gaji 100 sehari

50 hengget tu helper kpd tukang rumah..bancuh simen,angkut bata..
Quote JohnyEnglish 29-6-2021 03:52 PM
rakyat Palestin lebih untung
tak.png

Quote makadek 29-6-2021 03:57 PM
Sila pancurt luar o apa2 je spya tk beranak pinak.. Apa pn dh dpt bantuan allhamdulilah
Quote makadek 29-6-2021 03:58 PM
JohnyEnglish replied at 29-6-2021 03:52 PM
rakyat Palestin lebih untung

Tu diaaaa .... Duit tu bkn dia pn
Quote nakkomenjugak 29-6-2021 03:59 PM
negeri serambi mekah tak dapekkk iols nak komen. ramai dah komen apa yang iols pikirkan
Quote jas7512 29-6-2021 04:05 PM
Knp ramai sgt miskin tegar kat kelsntan ya...dulu xpelah...br nak membangun..ni dah thn 2021...hrp2 wakil rakyat kaw tu cakna lah ckit dan bg bantuan bukan dlm btk one off..tapi bantuan camna nak sara keluarga dgn bg kemahiran etc...educate juga jgnlah anak ramai sgt..nabi pun 7 org je anak 3 mrninggal..just dpt anak yg mampu disarai dan dberikan hak dgn sempurna

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.248894 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top