View: 5623|Reply: 55
|
[Tempatan]
Kandang kambing jadi rumah empat beranak
[Copy link]
|
|
Edited by Abahmung at 29-6-2021 01:39 PM
Kandang kambing jadi rumah empat beranak
June 28, 2021
Memang hajat di hati mahu ada rumah yang selesa, namun kerana kekangan yang ada, sepasang suami isteri dan dua cahaya mata mereka terpaksa menjadikan kandang kambing sebagai tempat berteduh dari panas dan hujan.
Dengan sedikit ubah suai di kandang kambing yang terletak di Kampung Babong, Kota Bharu itulah Mohd Azlam Yusof berumah sejak enam tahun lalu.
Selain Mohd Azlam, 26, turut tinggal di situ ialah isterinya Raja Sazila Raja Hanuzi, 24, serta dua cahaya mata mereka, Nur Aidyah Syafiqah, 6, dan Amsyar Syazuran, 1.
Seolah-olah kesempitan sedia ada tidak mencukupi, datang pula pandemik Covid-19 yang menyebabkan kehidupan mereka bertambah ‘gelap’ kerana Mohd Azlam tidak dapat bekerja sekali gus menjejaskan pendapatan.
Sementara itu Raja Sazila berkata, sebelum ini mereka menumpang di rumah ibu Mohd Azlam yang terletak bersebelahan sebelum mengambil keputusan untuk menjadikan kandang kambing sebagai tempat tinggal.
“Asalnya kandang kambing ini kecil sahaja, kemudiannya suami ubah suai dengan untuk besarkan lagi untuk lebih selesa.
“Sepanjang tinggal di sini, paling sukar ketika hujan keseluruhan rumah akan basah kerana bumbung bocor, menyebabkan kami empat beranak sukar untuk tidur selain keadaan lantai kayu juga hampir reput,” katanya ketika tinjauan media, hari ini.
Raja Sazila berkata, suaminya bekerja sebagai tukang rumah dengan pendapatan RM50 sehari,
Namun sejak munculnya Covid-19 tahun lalu bermakna Mohd Azlam tidak boleh bekerja seperti biasa, sekali gus pendapatan mereka terputus. Pada ketika tertentu, kata Raja Sazila, mereka anak-beranak terpaksa mengikat perut.
Katanya, sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0, suami sudah tidak bekerja menjadikan keadaan semakin sukar.
“Jika ada telur sebagai hidangan itu sudah mencukupi dan kadang-kadang kulit ayam juga turut dijadikan lauk.
“Suami tidak mampu untuk menyewa di tempat lain. Maka di sini sahaja kami terpaksa bertahan. Menumpang tandas dan bilik mandi rumah ibu mentua.
“Bekalan elektrik juga terpaksa disambung dari rumah mentua. Tak ada apa yang diharapkan melainkan dapat tempat berteduh yang lebih selesa berbanding sedia ada,” katanya.
Terdahulu, keluarga tersebut menerima kunjungan Ketua Pemuda Amanah Kelantan, Hazmi Hassan, yang menghulurkan sumbangan kepada mereka.
Hazmi berkata, pihaknya melalui NGO Pertubuhan Amal Harapan Kelantan menyumbang sebuah motosikal kepada Mohd Azlam.
“Pada asalnya kami mahu membina rumah, tetapi sudah ada pihak lain yang menyatakan komitmen untuk membina rumah untuk keluarga ini.
“Jadi memandangkan mereka tidak mempunyai kenderaan, kami menghulurkan sumbangan sebuah motosikal berharga sekitar RM6,000 bagi memudahkan keperluan keluarga ini,” katanya.
Sementara itu Raja Sazila berkata, minggu lalu ada pihak yang hadir dan menyatakan hasrat membinakan rumah untuk mereka.
“Kami harap ia menjadi kenyataan, dan kami boleh berteduh di rumah yang lebih selesa,” ujarnya yang turut berterima kasih kepada pihak yang sudi membantu mereka.-mykmu.net
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tunggu lobai gak lambertttt lagi la. tapi walaun tetap akan berduyun2 balik kg undi lobai kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Allahu negeri mercedez. Apa nak jd ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku malas nak komen rakyat negeri sana.
Masalah dah puluh tahun tak settle2 |
|
|
|
|
|
|
|
orang jantan belah sana memang tak mau kerja lain ke selain tukang rumah dan tukang buat anak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Lobai kata doa je
Angkat bendera putih pon jangan
Doa je doa
Lobai syok ronda naik mercedes
|
|
|
|
|
|
|
|
Inilah konswp Membangun bersama isle versi paspispuss kebanggaan lobai..
Yb ustard hidup mewah naik merz dok rumah banglo bertingkek2
Meanwile rakyat alas perut makan kulit ayam dok kandang lembu
|
|
|
|
|
|
|
|
Masalah air, masalah kemiskinan. Sementara elaun lobai dinaikkan beribu2. Memalukan. |
|
|
|
|
|
|
|
mana org kaya kelantan
yg travel dok gi uk tu? Tinmok
ramai beauty founder2 org kelate yg buat business letop2 kat kl tu...gi la derma kat kampong halaman sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Baca je terus tau dekat negeri mana |
|
|
|
|
|
|
|
Allahu...
Tiap hari ada je masalah rakyat keluar.
Kenapa la YB tak ambik berat pasal penduduk kawasan dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
pindah la selangor..kat sini indon tukang rumah gaji 100 sehari |
|
|
|
|
|
|
|
angelofish replied at 29-6-2021 02:27 PM
pindah la selangor..kat sini indon tukang rumah gaji 100 sehari
50 hengget tu helper kpd tukang rumah..bancuh simen,angkut bata.. |
|
|
|
|
|
|
|
rakyat Palestin lebih untung
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sila pancurt luar o apa2 je spya tk beranak pinak.. Apa pn dh dpt bantuan allhamdulilah |
|
|
|
|
|
|
|
JohnyEnglish replied at 29-6-2021 03:52 PM
rakyat Palestin lebih untung
Tu diaaaa .... Duit tu bkn dia pn |
|
|
|
|
|
|
|
Knp ramai sgt miskin tegar kat kelsntan ya...dulu xpelah...br nak membangun..ni dah thn 2021...hrp2 wakil rakyat kaw tu cakna lah ckit dan bg bantuan bukan dlm btk one off..tapi bantuan camna nak sara keluarga dgn bg kemahiran etc...educate juga jgnlah anak ramai sgt..nabi pun 7 org je anak 3 mrninggal..just dpt anak yg mampu disarai dan dberikan hak dgn sempurna |
|
|
|
|
|
|
| |
|